Saturday, July 30, 2016

Cuti yang aku suka

Assalamualaikum

Perkara paling best untuk ibu yang berkerja cam aku ni adalah CUTI ... bestnya sebab bolehlah luruskan tulang belulang sekejap. 

Apa yang aku buat masa cuti ? Jika masa tu bukan musim cuti sekolah aku lebih suka duduk di rumah. Relaks depan tv, blogwalking *suda semestinya untuk seorang blogger* dan tidur .. :😜

Kadang2 tu hubby ada juga ambil cuti sekali ... ye lah lepas hantar anak-anak ke sekolah, masa ni lah kita orang berpeluang dating cam zaman bercintan cintun dulu 😍
Pegi tengok wayang, makan-makan pastu round-round shopping mall.

Jika cuti aku ngam-ngam timingnya dengan cuti sekolah .. kitaorang selalunya akan keluar kejap dari area bandar yang sesak ni 😥
Destinasi wajib haruslah balik kampung ... anak-anak suka, mak bapanya pun suka. 
Kalau tak kitaorang akan ke kawasan pergunungan yang sejuk itu, di mana lagi kalau tak Kundasang, Ranau. Yang sangat pemes dengan Gunung Kinabalu itu. Stay 2 malam di peberet resort memang sangat cukup menyenangkan. 

Tak kisah macam mana, kalau namanya cuti memang aku dan hubby akan plan terlebih dahulu. Tak lah kelam kabut kan. Kalau ada area yang kitaorang nak pergi kena bermalam di sana, resort atau hotel kena book sebulan awal gitu. 

Korang pula macam mana ?? Mungkin salah satu style cuti ni 》》 6 Style Cuti Di abad ini! 《《 adalah style korang 😁


Favorite place Kundasang!


5 comments:

  1. Salam kenal sis.. 😍😍😍

    Sis tinggal di Sabah ker? Lady xpernah sampai lg ke sana..

    ReplyDelete
  2. i love Kundasang!!
    betul tu, sesekali mmg kita kena berdua2 je dengan en suami kan...
    baru lah feeling zaman bercinta dedulu...

    ReplyDelete
  3. Mak laki bini suka last minit MIa...sebab tulah selalunya tak de hotel. Sudahnya duk rumah haha...Bagus jugak, dapat jimat. Kadang kadan hati teringin nak bercuti tp mengenangkan macam macam terus cancel huhu

    ReplyDelete
  4. cantiknya permandangan. best arrr

    ReplyDelete
  5. Alahai! Janganlah disebut-sebut Kundasang tu. Teringin nak pergi. Dah lama tak jejak tanah kat Sabah!

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!