Thursday, July 14, 2016

Seminggu selepas Raya

Assalamualaikum

Salam Syawal ke-9

Tu dia dah seminggu lebih kita beraya kan. Masih dalam mood raya ?? mestilah kan. Raya kan sebulan. Mesti hujung minggu ni ambil peluang berkunjung ke rumah rakan-rakan. Maklumlah raya hari tu ramai yang balik ke kampung. Sekarang ni giliran beraya di bandar pula. 

Ada yang masih teringat ketupat lemang dan rendang ?? ada yang masih terbayang2 tapi aku dah tahap jemu dah. Cepat benar hilang selera nak makan benda-benda tu ... mana tak, makan semua benda tu non-stop dari raya pertama hingga raya ke-4. Mana tak cepat muak. 

Balik dari kampung hari tu ... aku dah suruh hubby beli sayur kat pasar ... dah lama tak makan sayur ...asyik pulut dan daging jer. jemu wei.
Malam tu tumis sawi manis campur pula dengan tauhu kering. Punyalah nyaman. :P

Mula kerja hari isnin tu, aku teringin pula nak makan nasi ayam. Siang malam terbayang rupa nasi ayam tu jer ... haipppss bukan ngidam ye, ni kes terlebih makan makanan hari raya. Tu yang teringin nak makan makanan yang lain. 
Teringin makan dari hari isnin hari tu, semalam dapat juga merasa. Hubby belanja makan semalam. tengkiu.

Semalam aku dan hubby cuti sehari gitu. Bukan nak pegi dating (walaupun sempat juga tengok wayang The Legend of Tarzan hehe), hubby ada review dengan doktor. Hari tu kan hubby ada suspect darah tinggi. Tapi hubby tak nak makan ubat, dia nak cuba kawal berat badan dan diet. 
So check semalam, alhamdulillah. Tekanan darah dah normal. Berat badan hubby pun dah turun 14kg dalam masa 3 bulan. Hari tu check 89kg ... semalam berat hubby dah turun 75kg.
Berkesan diet atkins hubby selama 3 bulan ni. :) aku pula yang jeles. Bilalah nak buang lelemaks degil ni .. huhu
Walaupun ikut BMI hubby masih overweight tapi kira oklah berbanding dulu. Yang penting sihat.

Aku pula cuti semalam sebab nak review juga, tapi bukan aku yang review .. tu si Alputih aku tu. Buang tebiat pula lepas raya ni. Ada masalah aircon. So bawalah ke Nissan semalam. Check apa benda yang rosak. Check punya check .... dah bocor apa ke benda tu Cooling Coil. Kalau nak baiki, kena ganti part terus. Part pula bukan main harganya ... nak fengsan ko di Nissan. Harga 2000 lebih. 
Aiiii Alputih ...apasallah ko ada masalah lepas abis warranty ni ... huhu.
Redha je lah. Mau tak mau kena baiki juga. Ko yang nak pakai kereta jenis camtu, harus pasrahlah bila dah ada kerosakkan. 
So book hari untuk baiki cik Alputih .. kena bermalam 2 hari kat sana. huhu



Hari ni datang kerja termenung sorang-sorang sambil layan bihun goreng dan dim sum ... nasib baiklah dim sum tu sedap, terubat juga sakit hati bila memikirkan cik Al Putih tu ... huhu


5 comments:

  1. alhamdulillah..lepas ni husbnad akak kene jaga makan & jaga diri lebih sikit kan ;)

    selamat hari raya kak!

    ReplyDelete
  2. Fantastic tiga bulan dpt turunkan 14kg
    Gigih betul cikgu tapi wife dia tak mampu hihi... macam kakak jugalah Mia. Tengok org lain mampu macam kita pun boleh tapi tengok makan sedap susah betul nak elak. Nak tinggalkan carbohydrate tu yg payah.. macam tak kenyang aje haha...

    ReplyDelete
  3. Yalah Mia,14 kilo tu bukan senang nak turun kan.Memang terbaik lah diet husband Mia.Akak ni sakit atau puasa sama je ,badan tak pernah susut.

    ReplyDelete
  4. En Hubby sure bangga tu. Bukan ko je yg jeles mak ni pun jeles Mia.... Teringin pulak nak berdiet.
    Biasalah Mia keta ni ada kalanya mmg nak mengenakan tuannya sekali sekala...Bukan selalu pun katanya hihi....Mmg tak larat weyh mengenangkan kena keluar duit banyak tu. Fengsan sekejap.

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!