Monday, July 11, 2016

Tema Hijau Hitam

Assalamualaikum

Salam syawal ke-6!

Baru berkesempatan jenguk blog hari ni. Almaklumlah sibuk beraya.
Sebelum tu nak juga ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin. 
Hari tu tak sempat nak ucap kat blog .. sibuk nak balik kampung. Hehe

Untuk hari ni kita cerita pasal baju raya lah ye. 
Tahun ni umi dan baba recycle baju lama jer. Tak beli apa pun. 
Cuma belikan baju baru untuk anak-anak. Bila nak beli tu terpaksalah mencari kaler yang sama dengan baju recycle umi dan baba. Mesti nak juga sedondon kan ...
Maka terhasillah tema kaler baju raya hitam hijau tahun ni ... 😁


*Tak sah kalau tak bergambar sefamili kan*


*Kanak-kanak riang di hari raya*


*Umi dan Damia .. pose ala-ala iklan baju raya gitu ... hehe*


Nak bz body ... baju raya korang kaler apa tahun ni ?? 😁

6 comments:

  1. tema kita sama..hehehe..cuma hijau je lain sikit ;)

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya maaf ahir batin mia..

    cantik tema tu, dengan latar belakang gambar tu memang menarik sangat.

    saya tema biru tahun nih

    ReplyDelete
  3. Selamat hari raya buat MK sekeluarga..

    Raya sedondon akak warna kuning mustad MK..

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari Raya maaf zahir batin Mia.....
    Lum pernah lagi baju Melayu warna hitam... Ok jugak ek mia..... Background pulak dekat pokok pokok, yang ambik gambo pulak professional photographer, tambah cantiklah jadinya Mia. Masuk contest confirmed menang ni Mia... hihi

    ReplyDelete
  5. Cantik. Gambar pon cantik2.

    Selamat Hari Raya noks ☺

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!