Friday, September 30, 2016

Buah Cinta

Assalamualaikum

Bukanlah, bukan buah hati cinta tapi BUAH CINTA ... aku bukan nak story pasal cinta-cinta. Ni nak perkenalkan korang dengan buah ni, mungkin ada yang dah tau dan mungkin ada juga yang baru tau kewujudan buah jenis ni ... cam aku lah. Ada sakai sedikit sebab  baru tau buah ni wujud. hehe



Ni aku jumpa kat gerai menjual buah-buahan di Kundasang. Aku nda lah pula bertanya lebih lanjut samada buah ni memang ditanam di sana atau pun diimport dari tempat lain.  
Kata penjual tu, buah ni dinamakan buah cinta. Dari sudut mana cintanya tu, aku tak pasti pula. 

Tapi kan bila korang Google tentang buah cinta ni, tak banyak maklumat tentang buah ni. Carian paling atas tentang buah ni adalah daripada laman web Indonesia .. ada dipaparkan buah cinta tetapi berbeza rupa bentuknya dari yang ni ....




Yang ni rupa bentuk dalam buah cinta ... macam rupa tomato pun ada, rupa buah terung pun ada juga kan. Macam mana test dia ... aku ada tanya penjual buah tu, rasa dia masam-masam camtulah. kalau yang baru first time makan memang ada terasa pelik sedikit.
Dan memang betul, kalau yang baru pertama kali makan cam aku memang sangat pelik rasanya. Nak kat sedap, emmmm kalau pendapat aku, test dia lebih kurang cam buah tomato yang tawar. Masam-masam tapi ada kekurangan umppphh di situ.
Tapi itu pendapat aku je lah. Kalau korang nak rasa sendiri buah ni, nanti kalau ke Kundasang, jangan lupa beli dan test. Rasanya cam kat Cameron Highland pun ada dijual (ni mengikut apa yang aku baca kat Googlelah) ... 


7 comments:

  1. Yg pasti kakak tak pernah jumpa dan tak pernah rasa
    Kalau kakak nampak pun agaknya kakak mesti beli sebab nak rasa
    Tapi kalau rasa macam tomato sedap jugalah Mia.

    ReplyDelete
  2. Namanya pun unik kan...buah cinta.Hmmm ,tak pernah pun terjumpa apatah lagi nampak.
    Kalau rasa tomato tu ,ok juga rasanya tu.

    ReplyDelete
  3. Namanya pun unik kan...buah cinta.Hmmm ,tak pernah pun terjumpa apatah lagi nampak.
    Kalau rasa tomato tu ,ok juga rasanya tu.

    ReplyDelete
  4. Ada jugak nama buah cinta yerp. 1st time dengar ☺

    ReplyDelete
  5. BUah Cinta?....Mmg tak pernah dengar ni Mia.....Kalau rasa dia mcm buah tomato, tak pe lah tak payah rasa pun hihi....Buah tomato tu kalau tak masuk dalam tomyam nak makan pun malas weyh hihi....

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!