Saturday, September 3, 2016

Dutch Lady 'Mak kata, Saya Anak Bijak'!

Assalamualaikum

Image : Google


Mak kata, saya anak bijak ... bijak ke ??? Tentulah. Semua mak kan memang ingin anak-anaknya menjadi bijak. Bijak pula bukan sahaja dari segi pelajaran malahan dalam kehidupan seharian.

Mak dan bapa bukan dari golongan yang senang. Sebab tu kami telah diajar sejak kecil lagi untuk berdikari dan bijak menangani semua masalah. Hidup dalam serba kekurangan merupakan salah satu cabaran yang paling besar dalam membesarkan anak-anak. Mak banyak kali pesan, kalau tak nak hidup susah di masa depan kena bijak menyusun perancangan sejak kecil terutamanya dari segi pelajaran. 

Mak merupakan seorang yang buta huruf, tak pernah menjejakkan kaki ke sekolah. Bapa pula belajar hanya setakat tingkatan 3. Tidak begitu cemerlang dalam pelajaran. Tapi mereka tidak pernah mengabaikan pelajaran aku dan adik beradik yang lain. Tiap-tiap malam mak pesan supaya belajar rajin-rajin. Ingat apa yang cikgu ajar di sekolah. Aku sentiasa ingat pesan mak tu dan buktinya walaupun aku tidak pernah belajar di tadika tetapi aku dah boleh membaca dan mengira seawal 6 tahun. 

Mak yang sentiasa pesan mesti rajin belajar ...

Sekarang segala pesanan tu pula aku turunkan kat anak-anak. Kalau tak mahu hidup susah .. ilmu dan pelajaran tu adalah sangat penting. 
Belajar rajin-rajin, dengar cakap cikgu di sekolah .. ingat pesanan mak dan bapa. 
Alhamdulillah ... dari hari ke sehari anak-anak aku semua menunjukkan kemajuan yang positif dalam pelajaran. 

Tapi tidak cukup dengan pesanan, aku pastikan anak-anak aku mendapat rehat yang cukup serta makan dan minum daripada sumber yang berkhasiat. Salah satunya ialah susu.
Dan satu-satunya jenama susu yang kami sekeluarga suka adalah Dutch Lady.


Rangkaian susu Dutch Lady yang wajib ada di rumah. Anak-anak aku suka minum susu Dutch Lady perisa asli tu. Aku dan hubby pula sangat suka minum Dutch Lady PureFarm Full Cream Milk tu. Rasa dia memang sangat-sangat sedap. 
Teringat dulu masa aku pregnant, susu ni lah minuman wajib untuk aku.

Sumber : Google

Untuk mereka yang mempunyai anak sekitar umur 1 hingga 6 tahun, Dutch Lady ada rangkaian susu yang untuk tahap perkembangan anak-anak kita. 
Untuk menjadi anak yang bijak, anak-anak kecil harus ada perasaan ingin tahu, kemudian meneroka dan mencubanya .. akhir sekali belajar daripadanya. 
Bak kata mak ... nak jadi bijak kena berani mencuba dan belajar daripada kesilapan. 



Banyak sebenarnya pesan mak ... in sya Allah semuanya akan aku ingat dan ikuti. Dan sekarang semua pesan tu aku turunkan kat anak-anak aku pula ...

Korang macam mana ? Tentu ada pesan mak yang korang ingat dan jadikan panduan hingga sekarang. Apa kata korang kongsi pesanan tu dengan menyertai peraduan Dutch Lady 'Mak Kata, Saya Anak Bijak' ...
Macam mana nak join ... senang ja, korang pegi ke laman web Dutch Lady Malaysia's smart moments di www.smartmoments.com.my
Tempoh peraduan bermula dari 1 Ogos 2016 hingga 30 September 2016.
Masih sempat ni nak join. Mungkin korang bernasib baik dapat berhi tea dengan Scha Alyahya dan anaknya si Lara Alana tu dan berpeluang memenangi sebuah kamera. Ada juga RM 50 cash voucher untuk 250 peserta bertuah!









3 comments:

  1. Ohh menarik jugak ni ye Mia. Dulu masa pregnant mmg tak suka minum susu, tp bila dah tak pregnant boleh suka pulak...

    Okje pun suka gak susu Dutch lady ni. Lagi lagi sekarang dah ada perasa kopi...sedap!

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Mia,

    Brand Dutch Lady memang sentiasa di hati..
    Banyak pilihan susu DL sekarang..

    ReplyDelete
  3. Membesar dengan dutch lady...suka yg choc..

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!