Thursday, September 8, 2016

Modal RM30!

Assalamualaikum

Apa yang modal RM30 tu?? Nak berniaga ke? Nak buat MLM ke? Nak offer kotak iklan ke? 😁






Nak bagitau sebenarnya ... kita orang beli semua buah tu dengan bayaran RM30 ja ... diulangi RM30 😲 
Murah kan ... rambutan seplastik sederhana, seplastik langsat, sebiji nenas, sebiji tarap dan yang paling best setumpuk cempedak (1 tumpuk ada 7 biji kesemuanya) 

Ni hubby beli kat penjaja buah di tepi bus stop pekan Tenghilan (orang KK mesti tau punya). Kata hubby menotos kita makan buah. 
Ya menotos betullah kita makan. Sekarang berpikir macam mana nak abiskan. Cempedak 2 biji dah abis aku goreng. 
Nak goreng lagi macam muaklah pula. Sampai sekarang masih sendawa cempedak ni ..hehe

Korang ada idea apa benda lagi yang boleh dibuat dengan cempedak ni ??


Note : Menotos - erti seperti berhabis-habisan. Kira camtulah meaning dia hehe

10 comments:

  1. Menotos - perkataan baru buat kakak:)
    Kupas cempedak tu tutup kedap dan simpan dlm freezer
    Boleh tahan lama Mia. Bila-bila nak goreng keluarkan sekejap, dah lembut gorenglah.

    ReplyDelete
  2. Salam Perkenalan,
    RM30 utk semua tu... memang murah,

    ReplyDelete
  3. Salam pagi...
    datang pagi tinggalkan jejak
    wow!serius nie rm30 je??wow~berbaloi

    ReplyDelete
  4. uishh..murahnya..dapat semua tu...wow...kat jb ni tak tau dapat ke tak dengan harga rm30 tu mia

    ReplyDelete
  5. wah, murahnyer...
    boleh ke buat ais krim cempedak, ke jus cempedak..
    sue pun tak pernah lagi buat
    biasa buat cucur je

    ReplyDelete
  6. Bah marilah pi sana..menotos kita makan tu buah hehe..lama nda balik sabah ni, kalau balik nanti hujung tahun ada lagi kai ni

    ReplyDelete
  7. Biji chempedak tu boleh dibuat gulai..sedap tau

    ReplyDelete
  8. Yelah....mmg murah sangat. Banyak buahnya tu. Ni mmg betul betul menotos ni hihi...

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!