Pizza Cheese Meleleh di Desa Dairy Cattle Farm Kundasang!

Assalamualaikum

PIZZA CHEESE MELELEH DESA DAIRY CATTLE FARM KUNDASANG | apa yang meleleh tu ... hehe alkisahnya sabtu tu kitaorang satu family pegilah ke Kundasang atas permintaan anak pompuan aku tu si Damia. Katanya teringin sangat nak lawat 'sapi' dan makan puding stoberi.  

Kitaorang stay semalam kat Kundasang. Kali ni kami ke homestay yang berdekatan dengan Cottage Hotel. Nak tahu tentang homestay tu ??  tunggu ye, akan dikongsikan nanti .. Lagipun gambar-gambar semua belum di touch up lagi ... kita cerita-cerita tentang pizza ni lah ye.

Lepas urus dan simpan barang-barang kat homestay tu, kitaorang terus gerak ke Desa Cattle Farm. Homestay kitaorang kat Jalan Mesilau, tak jauh kalau nak ke tempat ladang lembu tu. 
Masa kitaorang sampai dalam jam 2 lebih tu, hujan turun. Kira kuat jugalah tapi demi Damia, ceh .. hehe, kitaorang redah je lah. Masa tu masih ramai penghujung, barisan kat kaunter menjual susu dan puding pun masih panjang. Aku dan Damia berbaris kat situ sebab nak beli puding, Baba, Shumi dan Shamzi pula ke kaunter menjual aiskrim dan yogurt. Sejuk-sejuk pun tetap nak makan aiskrim segar terbaik dari ladang tu. 
Tiba giliran kami dan Damia, terus tanya puding stoberi. abis sudah miss , budak kaunter tu bagitahu.... alalala sian Damia. Dah berubah sikit muka Damia bila aku cakap puding dah abis, sikit lagi nak tantrum di sana tapi cepat-cepat aku cakap kita makan aiskrim je lah ye. 
Nasib baik mood Damia ok, dia ya kan saja. Kalau tak memang abislah satu ladang tu dengar suara Damia menangis. hehe

Kitaorang duduk2 sambil menikmati aiskrim sementara menunggu hujan reda. Rugi wey kalau tak ambik gambar kat situ. Kabus tengah banyak so kita trip-trip kat obersi lah ye. 

Sedang duduk-duduk tu aku terpandang kaunter menjual pizza dan wafel. Macam best juga rupa pizza tu, masa tu perut kitaorang pun tengah berkeroncong, sejuk-sejuk kan, cepatlah lapar. Ok order satu pizza, harga pizza size regular di Desa Cattle Farm ni cuma RM 19.80 ... size lain tak ada so memang itulah harga pizza di sana :P. Ada dua flavour, satu Pizza Cheese dan satu lagi Pizza Sausage Cheese. Aku pilih yang ada sausage, tunggulah dalam 10 minit gitu. 

Selepas 10 minit .... tada !!!!!!

Gebu Gebas pizzanya ... wangi cheese dia memang memikat selera. Kalau tak silap cheese ni dorang hasilkan sendiri di ladang lembu tenusu ni.  Roti pizza tu pun rasa dia memang sedap. Lembut pastu ada rasa crunchy sikit kat luar.


Kejap je kitaorang kerjakan .. hehe tengo lah cheese dia ... meleleh sangat, dah macam tali pula kitaorang tarik. Yang aku suka dengan cheese pizza ni, ianya tak memuakkan. Ye lah sesetengah cheese kan bila korang bubuh banyak2 kat atas pizza, cepat terasa muaknya. 



Hah ! yang ni, kira cam duta pizza lah ye. hehe Sebenarnya Baba nak ambil gambar kami berempat ja, tapi tiba-tiba ada sorang brother cina yang duduk sebelah kami offer ambilkan gambar kami sefamily. Sangat tengkiu dengan brother cina tu, kalau tak memang 'baba' selalu ja hilang dari gambar kitaorang :)


Ok tu je nak cerita tentang pizza tu. Aku memang suggest kat korang kalau singgah ke Desa Cattle Farm ni, korang jangan lupa test pizza ni. Jangan lupa juga test Gelato Yogurtnya, Susu perisa coffeenya, puding stoberinya ... emmmm tak terbayang-bayang pula aku, nyum nyum ... pendek kata, semua yang aku suggest ni memang terbaik !



6 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. Sesekali ada yg tolong ambikkan gambar ok juga baru nampak riang sefamily:)
    Kakak teringin nak ke Cattle Farm di Kundasang tu.

    ReplyDelete
  2. aduhhh nampak pizza ni memang sedap sangat Mia... cheese nya banyak kan...masa pigi hari tu ndak teringat plak mo order pizza..sibuk beli susu ja..:)

    ReplyDelete
  3. meleleh air liur tgk ni haa...
    pizza homemade biasanya memang sedap dari pizza yang feymes tu.
    hehehe
    harga pun tak mahal sgt.
    yang penting puas hati.

    ReplyDelete
  4. wah sedapnye tengok pizza cheese meleleh tu, sedap kalo cheese tu tak memuakkan.

    ReplyDelete
  5. Haahhhhhh memang sedapppp okeh pizza niii

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post