Thursday, October 6, 2016

Diganggu ketika ambil wudhu

Assalamualaikum


Nampak gambar tu, korang dah boleh teka aku nak cerita tentang apa ...

Bukan aku ... tapi hubby. Kisahnya jumaat hingga ahad hari tu sekolah hubby mengadakan perkhemahan unit beruniform bertempat di lapang sasar di salah satu pusat latihan ... di Kota Kinabalu ni.
Hubby sebenarnya sangat jarang bercerita tentang hal-hal mistik camni. Tapi hari tu balik dari perkhemahan ja cam orang kehilangan semangat. Dia suruh aku sentuh lengannya, ya ... bulu-bulu roma dia kembang semacam, seperti orang baru disampuk hantu, umpamanya.

Alkisahnya, hari kedua perkhemahan, waktu zohor tu, hubby pergilah ke masjid yang ada di pusat latihan tu. Seperti biasa masuk masjid dan menuju ke tempat mengambil wudhu. Kata hubby semasa masuk ke dalam masjid tu memang dah terasa lain macam. Keadaan masjid di situ agak terbiar, seperti tidak diselenggarakan dengan baik, kebersihannya juga kurang memuaskan.
Tapi mungkin kerana tempat tu jarang-jarang digunakan. Pusat tu berpenghuni jika ada aktiviti dijalankan di sana, kalau tak memang sunyi.

Ok berbalik kat cerita hubby tadi, sewaktu sedang mengambil wudhu, dia seakan nampak bayangan melintas di belakangnya. Terkejut juga hubby sebab masa tu hanya dia seorang sahaja berada di bilik air tu. Mungkin hanya perasaannya, kata hubby dan terus berlalu dari situ dan menunaikan solat zohor walaupun dalam keadaan seram sejuk.

Hari ketiga, ahad tu, hari terakhir perkhemahan. Program dijangka tamat sebelum waktu zohor. Hubby merancang sebelum balik ke rumah dia nak menunaikan solat zohor di masjid di pusat latihan tu dulu. Kejadian sebelumnya tu dia tak ambil kisah, mungkin imaginasi sahaja katanya. Lagipun ianya sebuah masjid, tak ada benda yang nak ditakutkan.

Jangkaan hubby meleset. Melangkah ja ke dalam kawasan masjid tu, hatinya tiba-tiba berdegup kencang. Terasa berdebar-debar. Waktu tu hanya hubby seorang berada di masjid tu, rakan-rakan yang lain masih berada di tapak perkhemahan.
Hubby kuatkan semangat, masih melawan rasa takut ... masjid je pun.
Masuk ja ke tempat mengambil wudhu tu, hubby dah terasa lain macam. Perasaan seolah-olah ada benda yang memerhati tu sangat kuat. Ok hubby masih kuat semangat. Letak cermin mata kat tepi dan mula membasuh tangan. Hubby tunduk sahaja untuk membasuh tangan, bulu-bulu roma tiba meremang seakan-akan terasa ada benda di sebelah sedang melihat hubby. Tempat mengambil wudhu tu hanya bersebelahan dengan tandas (seperti yang digambarkan hubby dalam lukisan tu).
Kali ni hubby kata, dia tak sekuat semalam. Lutut terasa bergegar, habis meremang semua bulu roma dan hubby tak berani pun untuk pandang di sekelilingnya. Dan tak pikir panjang hubby cepat-cepat keluar dari bilik tu dan menuruni tangga untuk keluar dari kawasan masjid tu. Separuh jalan baru tersedar cermin mata tertinggal. Patutlah kabur semacam ja kata hubby (yang ni memang aku tau dah hubby memang sangat takut sehingga tertinggal cermin mata, padahal tahap rabun hubby sangat kritikal).
Mau tak mau, kena patah balik ke tempat tu untuk ambil cermin mata yang tertinggal. Masuk ke bilik, tak tengok arah lain, terus menuju ke tempat di mana hubby letak cermin mata tu.

Hubby menunaikan solat zohor di masjid lain. Kata hubby sepatutnya dia boleh balik ke rumah terus tapi menurut kata orang-orang tua, bila diri diganggu sebegitu jangan terus balik tapi singgah kat mana-mana tempat yang berlainan beberapa kali. Takut benda yang tidak sepatutnya mengikut balik ke rumah ... Allahualam

Aku yang key in post ni seram sejuk, sebenarnya nak buat semalam tapi rasa lain pulak. So pagi-pagi ni taip dan post.




Note : Selamat Hari Lahir untuk Hubby, semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik selalu dan semoga kita sekeluarga bahagia selalu ... aamiin.


10 comments:

  1. salam sis..

    seramkan...

    saya pun pernah kene gangguan baru2 ni..dlm tgh thn ni kalau x silap...kat opis... seram sejuk jugak tp masa tu tawakal jer la sbb sorg2 jer kat opis stayback..huhu

    ReplyDelete
  2. huwaa, so scary..
    Kira kuat semangat dah hubby tu...
    Berani lagi pergi utk kali kedua seorang diri...

    ReplyDelete
  3. Kena pulak dgn lukisan cikgu tu kakak dpt bayangkan keadaan seram itu Mia
    Tapi kira cikgu masih kuat juga pada hari pertama tapi kena kali ke dua aduhai kalau kita Mia agaknya bukan lari keluar aje tapi dah menangis ketakutan.

    ReplyDelete
  4. Pergh.....Seram mak! Lelaki ni dlm kata takut takut tu pun berani jugak ye Mia.
    Kalau mak, tak delah nak pergi lagi masjid tu sorang sorang.

    ReplyDelete
  5. Pergh.....Seram mak! Lelaki ni dlm kata takut takut tu pun berani jugak ye Mia.
    Kalau mak, tak delah nak pergi lagi masjid tu sorang sorang.

    ReplyDelete
  6. Memang lah seram kalau gitu ...apatah lagi hubby mia sorang je.Kalau akak dah langkah seribu dah..

    ReplyDelete
  7. Memang lah seram kalau gitu ...apatah lagi hubby mia sorang je.Kalau akak dah langkah seribu dah..

    ReplyDelete
  8. Aku yg membacanya pon rasa seram.

    ReplyDelete
  9. seramnye baca mia..pernah berlaku pada hubby masa singgah solat di masjid perjalanan dari kelantan ke kl. dia ikut hubby anak melalak menangis. last sekali minta tolong ustaz berubat on the phone.

    ReplyDelete
  10. hadoi la. seram. memang seram!
    kalu aida la kan, asben balik citer, confirm aida x berani pun nak tulis kat blog.
    penakut :) hi hihi..

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!