Makanan terenak di dunia!

Assalamualaikum

Pelbagai jenis makanan yang aku kongsikan di blog ni .. yang tradisional hinggalah ke moden. Yang original from Sabah hinggalah menu dari tanah semenanjung. 

Yang aku kongsikan memang terbaik yang pernah aku makan setakat ni. So tak rugi jika korang nak cuba. 

Tapi kan tapi kan ... kalau nak compare semua makanan tu dengan 'makanan terenak di dunia' ni, memang tak akan dapat lawan. 
Makanan yang satu ni akan buat korang termimpi siang malam. Bila dah teringat terasa nak meleleh air liur. Hati kecil memberontak nak makan makanan tu. Kalau senang nak dapat tak apalah tapi ada sesetengah tu sangat sukar untuk dapatkan makanan ni. Yang lagi teruk ada yang tak berpeluang untuk merasa makanan ni .. begitu hebat penangan makanan ni. Sangat sedap ... pastu bila dapat makan terasa sangat bahagia dan disayangi gitu. 

Makanan apa yang sedap sangat tu. Sangat kaya dengan ramuan, pelbagai bahan digunakan ... dan ada satu bahan yang kita tak akan jumpa dalam makanan yang kita makan di luar tu. 
Kasih Sayang .... ya, bahan utamanya ialah Kasih Sayang. Dimasak oleh chef yang terkemuka yang kita panggil MAK.

hah! Korang saspen lah tu kan. Tapi yang ni korang memang setuju kan ... apa-apa ja yang dimasak oleh mak, semuanya terasa sangat sedap dan enak walau setakat nasi putih dan telur goreng. 😂

Dulu zaman budak memang puas makan masakan mak. Tapi semenjak tahun 1999 (berhijrah ke bandar sebab belajar dan terus bekerja dan berkeluarga) hinggalah sekarang, sangat jarang merasa air tangan mak. 
Sebab tu kalau balik kampung ambil kesempatan untuk menikmati semua masakan mak. 


Ikan Ampap

Ikan ampap salah satu masakan mak yang sedap. Sebenarnya nak masak ni senang ja dan aku telah cuba resepi ni beberapa kali. Hubby cakap memang terbaik dan anak2 pun suka tapi bila aku makan cam ada kekurangan bahan. Ya, air tangan mak.
Gambar ikan ampap tu, kakak whatapps minggu lalu, katanya dia minta mak masakkan. Untung kakak bila teringin nak makan masakan, terus datang ke rumah sebab dekat ja. 😔

Tapi mak tak lupa akan anak2nya yang tinggal berjauhan ni. Hari tu semasa mak ke KK, kami ke pasaraya Giant bersama2 membeli barang. Sampai kat tempat ikan bilis tu, aku spontan ja cakap dengan mak, ikan bilis ni kalau digoreng pastu disambal campur bawang besar sedap ni mak ..
Dan tak sangka semasa kami balik cuti raya haji hari tu, dia masakkan ikan bilis goreng dengan bawang besar tu. 
😢😢😢
Semasa dibilik aku ada terdengar juga perbualan mak dan bapa, ikan bilis tu aku masak sebab si ..... (nama panggilan aku di rumah) suka makan .. sedih tau 😢😢😢

Dan sekarang bila dah jadi mak ni, anak-anak pula yang asyik bertanya ... umi tak masak hari ni. 😁
Dan aku tau apa masakan favorite anak2 aku, nasi goreng telor pecah-pecah, sos tiram dan special request tak mo bawang ... hehe



11 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. Begitulah hati seorg mak kan Mia. Mia beruntung masih ada mak.
    Kita dah jadi mak-mak ini amat maklum - terkenang pulak almarhum mak kakak yg dah lama pergi Mia. Al-fatihah buatnya.

    ReplyDelete
  2. biasanya begitu. setiap kali balik kampun mak akan masak masakan feveret anak2.

    ReplyDelete
  3. seorang ibu (mak) tentu selalu ingin masak makanan terenak bagi anak-anaknya, maka wajar jika kemudian anaknya bilang kalau masakan terenak didunia adalah buatan mak nya...hehe

    ReplyDelete
  4. haha..betul.kalau Mak goreng telur pun sedap dah..

    ReplyDelete
  5. Betullah tu ,air tangan mak memang sedap sangat walaupun ringkas je.Kita dah jadi mak2 ni tentunya anak2 rindu masakan kita.

    ReplyDelete
  6. alamak,,, ni dah ada anak..rasanya belum expert masak apa2 pun.

    ReplyDelete
  7. kann..mak kalau goreng telur pun sedap sangattt

    ReplyDelete
  8. Naluri seorang ibu. Tau je makanan kegemaran kita..lepas tu skrg kita plak...kan?

    ReplyDelete
  9. Lama dah tak makan masakan mak Mia. Mak dah tak larat nak masak.
    Sekarang ni kalau balik kg mmg jadi tukang masak ajelah.

    Cuba penuhi keinginan mak. Tp biasalah.... anak, kalau mak yg ingin ikut dan anak jer, lain betul dengan sikap mak, kalau anak yg ingin huhu.....sedih

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum mia...masakan mak lah yg paling sedap kan....rasa rindu pulak dgn masakan arwah mak...sedih pulak hati..al -Fatihah buat arwah...:)

    ReplyDelete
  11. alahai. sayu plak baca entri mia ni.
    sama ler mak kita. pantang kita sebut, akan dimasak nyer.
    aduhai... rindu la aida kat mak ni.
    next monday besday mak aida. tapi x dpt naik kl.
    nurin peksa ptg isnin - khamis.
    sabtu depan ler balik. ajak mak abah makan2.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post