Terung Tumis Cili Padi

Assalamualaikum

Eleee setakat masakan biasa pun nak post dalam blog ... 😏 
Dah namanya blogger kan ... mana tau resepi ni boleh jadi ilham kepada mereka yang malas nak masak lauk pelbagai tapi mampu membuka selera ... ni dia ... sangat simple tapi sedap dimakan ... makan dengan nasi putih, bertambah-tambah ko 😅

Terung Tumis Cili Padi

Bahan dia sangatlah mudah didapati .. terung dipotong kecil2 (kalau boleh terung muda yang tak banyak biji), bawang putih, bawang merah, udang kering, cili padi, garam dan minyak untuk menumis. 

Cara masak sangatlah senang ... ko main campak je kat kuali. Panaskan minyak, kemudian goreng udang kering yang telah direndam tadi. Bila dah agak garing dan naik bau, masukkan bawang merah, bawang putih dan cili padi yang telah ditumbuk atau dihiris. Bila dah naik bau masukkan terung tadi. Tumis hingga terung dah layu. Air simpan sikit je untuk elakkan terung hangus. Tabur garam secukup rasa dan kacau hingga masak. Masak ni sekejap ja sebab terung tadi kan kita potong kecil2. 
Hidangkan semasa masih panas dengan sepinggan nasi putih ... lepas tu 2 pinggan ... kihkihkih. 


Note : tumis tu kira cam stir fry 😀



5 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. kekadang time terdesak tu lah orang cari resepi...
    kalau kat rumah eda jarang makan terung ni mia...

    ReplyDelete
  2. wow... sdpnye... mkn dgn nasi panas best....

    ReplyDelete
  3. Faveret okje ni Mia... tak kiralah guna cili padi ke guna cili kering. Tp lagi bedt kalau terung tu di goreng dgn minyak sikit dulu....mmg perghlah!

    ReplyDelete
  4. Faveret okje ni Mia... tak kiralah guna cili padi ke guna cili kering. Tp lagi bedt kalau terung tu di goreng dgn minyak sikit dulu....mmg perghlah!

    ReplyDelete
  5. menarik ni, mia. tq for sharing.
    terung salah satu sayur yg paling ada dlm fridge aida.
    sambal ler biasa nyer.
    nanti nak try ni...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post