Monday, January 11, 2016

Izzy Instant Shawl - Memang mudah!

♡Assalamualaikum♡

Aku ni sebenarnya tak berapa nak pandai pakai tudung jenis shawl tu. Aku tengok orang pakai cantik je. Aku beli dan try pakai cam lain je rupa aku pula. Nak lilit cam terbelit pula ... hehe Aku pula bukan jenis orang yang suka menghadap cermin lama2 hanya sekadar nak pakai tudung.

Last2 simpan je dalam almari dan pakai je tudung jenis sarung tu. Sekali sekala pakai juga tudung bawal tapi tetap tak berapa nak suka sebab terpaksa nak ironlah lepas tu lipat baik2 dan lepas tu terpaksa tiup2 kat dahi -stail budak sekolah tiup2 kat dahi bagi tudung terletak kat atas dahi tu- ..
Huhu ... tensen oo bila depan tudung tu tak menjadi.

Tudung sarung tu lah yang banyak dalam koleksi aku walaupun dalam hati nak juga guna shawl.
So cari2lah ni dalam Facebook ... kan sekarang ni ramai yang dah jual shawl instant.
Tetiba nampak page jual instant shawl ni. Nampak cam best ja. 
Tengok model dan testimonial pakai shawl tu, cantik terletak.
Aku tak buang masa terus whatapps penjual shawl tu. Cepat ... memang response dorang sangat cepat ... i like gitu.

Order kaler Black, Dark Grey dan Green Forest dengan harga RM130 termasuk kos penghantaran. Harga sehelai shawl ni RM39. Ok berbaloi sebab harga tudung yang aku pakai sekarang ni pun rata2 berharga RM50 ke bawah. :)

Penghantaran pun memang cepat ... dalam masa 3 hari ja. 
Terima ja shawl tu terus nak test. Haruslah kan. Tapi tak pandailah pula pakai. Terus pm penjual tanya macam mana cara nak pakai. Cepat dia pm kan tutorial bergambar cara2 nak pakai instant shawl ni.
Memang sangat mudah gitu ♡







Sangat sangat mudah. Jenis kain yang tidak jarang tapi tak panas. Selesa ja pakai shawl ni. Pastu yang aku suka ianya travel friendly. Maksudnya bila ko dah iron2 sikit ja kemudian masuk dalam luggage .. sampai kat tempat dituju, shawl ni masih kemas gitu juga. Terus boleh pakai tak payah nak iron lagi. 

Kalau korang teringin nak try instant shawl ni boleh ja jenguk Facebook dorang di norizz hijabistar 😊

Ok tata!









Tuesday, January 5, 2016

Malam Groovy 70-an

♡Assalamualaikum♡

11 Dis yang lalu, company tempat aku berkerja ni mengadakan Annual Dinner untuk meraihkan semua pekerjanya. 
So semua pekerja termasuk pekerja dari seluruh cawangan di Malaysia ni berkumpul di KL untuk majlis tahunan. 
Ini yang kali ke-4 Annual Dinner di adakan dan tahun ni bertemakan 70-an Groovvyy.

Aku korang boleh jangka dah. Tak berapa nak mengikut tema .. hehe. Suka hati aku je nak pakai apa. Bukan tak ikut tema langsung, seakan2 tema tu kira oklah kan. 

Majlis kali ni diadakan di Hotel Hilton Kuala Lumpur, bersebelahan dengan KL Sentral tu. 
Memandangkan kami stay di Bukit Bintang terpaksalah bergerak awal dari hotel dengan menaiki teksi. 

Sampai di Hilton .. memandangkan majlis belum bermula, perkara wajib adalah selfie dan wefie ! 

♢ Wefie bersama rakan-rakan sekerja ♢

♢ Wefie bersama rakan sekerja dari cawangan Kota Kinabalu dan juga Sandakan ♢

♢ Dengan boss besar company ... orang putih dari Australia ... sangat humble dan baik dengan para pekerja ♢

♢ Dekorasi meja makan malam tu ♢

♢ Dapat gula-gula ala2 dalam cerita Kungfu Hustle tu .. ni setahun jilat pun tak habis ni :P ♢

Oklah dinner hari tu. Dapat tengok orang buat persembahan, dapat makan free, dapat lucky draw voucher Parkson RM100 .. dah selamat digunakan untuk beli handbag dan wallet semalam .. :D




Monday, January 4, 2016

Sehari Semalam di Pulau Labuan

♡Assalamualaikum♡


4hb Dis 2015 | ni entri untuk beberapa minggu yang lalu aka tahun lalu. Hujung tahun lalu sibuk mengalahkan menteri. Dengan perubahan system, isu VSS lagi ... emm hujung tahun lalu memang agak merisaukan sedikit kedudukan kerjaya aku. Rata2 semua company besar dan juga bank pada hujung tahun lalu mengambil langkah untuk mengurangkan pekerja. Termasuk company tempat aku kerja.
Risaunya. Dah lah sekarang ni susah nak dapatkan perkerjaan baru. Nak berniaga tak ada bakat peniaga.
Ni lah yang risiko yang terpaksa dihadapi oleh mereka yang berkerja di sektor swasta. Gaji dan bonus memang masyuuk TAPI bila2 masa boleh diberhentikan kerja dengan secara sopan ... vss lah tu.
Tapi syukur alhamdulillah ... rezeki aku masih dengan company ni. ^_^

Ok lupakan hal kerja2 tu. Ni aku story pasal jjcm kami ke Pulau Labuan hari tu.
Balik dari Beringgis Resort, esoknya kami berangkat pula ke Pulau Labuan.
Kiranya nak ikut feri yang bertolak ke Labuan jam 10 tu. Tapi kami terlewat tiba ke Jeti Menumbok tu. Jam 10.30 sampai. Perjalanan dari KK ke Menumbok mengambil masa lebih kurang 3 jam.
Dah tertinggal feri jam 10.00 tu, ada feri lagi yang akan bertolak dalam jam 1 petang. Tapi kami tak mau tunggu terlalu lama. Lagipun kali ni kami tak bawa kereta ke Labuan. Kereta kami parking kat rumah orang sediakan tapak parking dengan sewa RM5 semalam. Jadi kami ambil keputusan untuk ikut bot laju. Perkhidmatan bot laju ni dari pagi hingga ke petang memang ada. Seorang penumpang dikenakan bayaran RM7.
Walaupun masa yang diambil lebih kurang 20 minit sahaja untuk sampai ke Labuan, tapi aku dan hubby agak kecut perut juga bila naik bot laju ni. Terlambung2 bila dipukul ombak. Aku pegang erat2 Damia masa tu. Aku tengok mulut hubby kumat kamit membaca doa ... kami suami isteri ni actually fobia sikit naik bot kecik camni.
Punyalah kami bersyukur bila semua jejakkan kaki ke tanah Labuan ... ^_^

♢tiket bot laju ke Pulau Labuan♢

Sampai ke Labuan perkara pertama kami lakukan ialah mencari kereta sewa. Kami tak bawa kereta kan so terpaksa cari kenderaan sebagai pengangkutan kami semasa berada di Labuan. Kaunter kereta sewa ni banyak terdapat di pelabuhan Labuan tu. Tinggal korang pilih sahaja. 
Kami ambil kereta Viva dengan sewa RM70 sehari semalam. Oklah sebab kami cuma semalam ja di Labuan tu. 
Tentu korang hairan napa tak bawa ja kereta bersama ke Labuan? 
Boleh tapi korang kena book awal2 tempat di feri jika hendak membawa kenderaan. Tempat selalu fully booked terutama waktu peak season. Boleh juga beratur di waiting list, ye lah manalah tau ada tempat kosong. Tapi itu jika bernasib baiklah. 
Memandangkan ini sebenarnya plan last minute kami so terpaksalah tinggalkan kereta kat Jeti Menumbok.

Dapat saja kereta sewa tu, kami check in hotel, simpan barang2 dan cari tempat untuk makan tengahari.
Siap makan terus bergerak ke Muzium Chimney dan juga kampus UMS Labuan.

♢Muzium Chimney. Bangunan tinggi tu adalah tinggalan sejarah zaman British dulu. Kawasan ni adalah tempat perlombongan arang batu pada zaman tu .. ♢

♢ Pemandangan matahari terbenam di Kampus UMS Labuan ... hubbylah paling seronok. Dapat port menarik untuk koleksi gambarnya ♢

Makan malam tu kami cari lokasi yang dikongsi oleh pemilik blog Bicara Hati Idzwa ... hari tu dia ada kongsikan gambar makan kat tempat ni.
Cam best dan sedap ja. Lagipun lama dah aku teringin nak makan ketam yang selalu ditayang dalam rancangan JJCM, Best in The World tu.
So gigihlah mencari tempat ni. Labuan ni kan sebuah Pulau. Korang tak akan sesat sebab pusing2 pun akan kembali ke tempat yang sama juga.
Senang ja pergi ke Anjung Ketam ni. Ikut ja peta yang korang boleh perolehi di Pelabuhan Labuan. Tempat ni memang termasuk dalam senarai lokasi wajib yang korang mesti pergi di Pulau Labuan.

♡ Anjung Ketam. Menu utama tempat ni semestinyalah masakan ketam. Makan malam tu kami pilih menu Ketam Telur Masin, Stim Lokan Halia, Sotong Goreng Tepung dan Baby Kailan Goreng. Semua sedap terutama masakan ketam tu ♢

Lepas makan, kami terus balik ke hotel. Anak beranak dah penat seharian berjalan.
Awal pagi esoknya, selepas bersarapan perkara pertama aku buat ialah beli tiket feri. Takmo dah naik bot laju tu ... lagipun nak bagi anak2 merasa naik feri ... kapal besar kata dorang.
Shumi dan Shamzi dah pernah naik feri tapi masa tu dorang masih kecik lagi ... belum faham apa2pun. Damia pula ni pengalaman dia kali pertama naik kapal besar. 
Aku beli tiket feri jam 1 petang dengan harga RM2.50 seorang.
Ada masa lagi kami berjalan ... kereta hanya dikembalikan pada pukul 12.30 so kami bergerak ke Taman Burung Labuan.


♢ Taman Burung Labuan ... tak banyak burung kat taman tapi bolehlah untuk di lawat2 ♢

Habis di Taman Burung Labuan, kami check out dan kembalikan kereta yang disewa. 
Sebelum balik, kami beli ole2 untuk di bawa balik ke KK. Pulau Labuan ni sama seperti Pulau Langkawi, kawasan bebas cukai. Coklat free tax banyak dijual di sini. 
Belilah sedikit untuk adik beradik dan juga mak mertua. 

Jam 12.30 kami masuk ke dalam feri. Kat feri yang kami ikut ni tempat duduk adalah limited sebab ianya sebenarnya feri kenderaan. 
Tapi kami tak kisah pun sebab aku tahu anak2 dan babanya lebih suka berdiri di luar sambil tengok pemandangan laut.
Jika menaiki feri masa yang diambil untuk sampai ke Jeti Menumbok lebih kurang sejam gitu. 
Alhamdulillah hari tu cuaca sangat terang dan baik. Angin pun bertiup manja2 gitu.


♢ Pemandangan dari atas feri. Nampak biru saja kan. Sangat tenang air laut masa tu ♢

♢ Pulau Labuan ... jika dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki ... in sha Allah kita berjumpa lagi ♢




Friday, January 1, 2016

Selamat Tahun Baru 2016

Assalamualaikum

Dah tahun baru ... jumaat pertama di tahun 2016 ni.
Tiap2 tahun pasang azam baru ... azam yang lalu2 pun tak tercapai lagi -nampak sangat azam hangat-hangat taik ayam- ... maka terkumpullah azam yang belum tercapai tu :P

Hari ni duduk kat rumah ja. Ikut perancangan nak balik ke kampung hari ni, tapi hubby ada last minute meeting esok pagi di sekolah. 
Nampaknya kami habiskan sisa cuti sekolah ni di rumah sajalah. 

Semalam mak mertua jemput ke rumah makan. Mak rebus ketam seperiuk. Kawan bapa bagi petang tu. Murah rezeki dorang. Ketam yang baru ditangkap dan dimasak, rasanya memang sedap sekali. Manis tak perlu ditambah perisa. Ada ayam goreng dan ikan bakar juga. Alhamdulillah ... kenyang.

Semoga tahun baru ni lebih bermakna dari tahun2 sebelumnya. Moga banyak kenangan yang manis dapat kita perolehi pada tahun ini ... amin

♢ rezeki di tahun baru ♢