Thursday, March 31, 2016

Ke Kundasang lagi ?

Assalamualaikum

Ya, ke Kundasang lagi.
Rasa-rasanya korang dah muntah hijo baca kisah Kundasang lagik.

Jangan risau walau tempat yang sama tapi lokasi penginapan adalah berbeza. 
Sekurang2nya boleh juga bagi idea kat korang jika berkunjung di sini.

Kitaorang pegi sabtu minggu-minggu lalu. Korang kiralah dah berapa hari berlalu ye.
Plan last minute, itupun hubby yang bawa. 
Alasan nak tambah stok gambar. 

First plan mo stay di homestay. So aku book lah D'Olundus Lodge yang terletak betul2 menghadap gerai buah dan sayur di Pekan Kundasang tu.
Harga semalam RM170 Net termasuk dua sarapan.

Tapi hari yang kami nak check in tu, dorang call ada masalah sedikit. 
Homestay yang kami nak stay tu mengalami kekurangan bekalan air.
Disebabkan kemarau dan cuaca kering, Kundasang kekurangan bekalan air so ianya terpaksa di catu.
Ada air pun kata dorang hanya keluar sedikit sahaja. Payah pula kalau nak O O. Huhu

So terpaksa cari tempat stay lain. Terpaksa pilih resort atau hotel sebab dorang selalunya ada tangki untuk menyimpan air.
Kalau tak ada tempat stay maka terpaksalah kami berangkat pulang ke KK petang tu juga. 

Mungkin dah rezeki kami, tanya satu hotel ni terus dapat bilik.
Kitaorang stay di The Cottage Hotel.
Lokasi di Jalan Mesilau. Dah dekat dengan Desa Cattle Farm aka New Zealand Malaysia tu.



Ni hotel biasa dan simple ja. Mungkin rate dalam 2 bintang gitu tapi yang bestnya, bilik dia bersih dan harum sentiasa. 
Ni yang aku suka. Kalau hotel tu 4 5 bintang tapi kebersihan bilik out, memang aku reject. 



Kami ambil superior room. Harga asal RM180 tapi memandangkan hubby keja gomen dapatlah discount turun ke harga RM160 Net. 
Ada bilik besar untuk family juga tapi bilik ni cukuplah untuk kami berlima.
Muat ke katil tu?? Memang lah tak muat sebab tu kami kalau ke Kundasang akan bawa 1 spare blanket. Buat alas tidur kat atas lantai hehe

Bilik ni ada breakfast untuk 2 orang juga. Tambah RM5 ja untuk kanak-kanak 6 hingga 12 tahun.

Hotel biasa-biasa ja tapi lokasi yang strategik, dekat dengan tempat2 yang wajib dikunjungi kalau ke Kundasang ni. Kalau nak ambik bilik view menghadap Gunung Kinabalu korang kenalah inform awal2.
Tu hari sebab last minute punya kerja, kami dapat hotel yang sipi-sipi ja nampak gunung tu.




Wefie sefamili wajib ambik gitu .. hehe
Selain nak tambah stok gambar, kiranya kami ni melarikan diri kejap dari cuaca panas di KK ni. Cari tempat lepak yang sejuk sikit so terpaksalah pegi Kundasang. Nampak perkataan terpaksa tu, hehe jangan Tanya napa kami balik2 ke Kundasang ... :P



Sebenarnya juga aku dan hubby tetiba mengidam nak minum kopi susu dari Desa Farm tu. Tahun lalu kami sempat merasa minuman kopi susu yang diperkenalkan oleh New Zealand Malaysia tu, memang power sedap giler gitu.
Tapi sangat-sangat-sangat hampa gitu, perisa ni cuma percubaan saja. Kalau ada banyak permintaan baru dorang kekalkan perisa kopi ni.
Hubby sempat lagi pesan staff Desa Farm tu, tolonglah jual sebab memang banyak permintaan. hehe

Kami cuma sempat membeli aiskrim yang diperbuat daripada susu segar di sana. Perisa vanilla dan coklat. Ya ampun, sedap sungguh. Ni first time kami membeli aiskrim Desa Farm walaupun dah banyak kali datang ke sini.
Patutlah ramai ja orang beratur kat kaunter aiskrim tu.
Walaupun kira mahal RM5 segelas tapi taste dia memang berbaloi dengan harga.
Sekejapan licin sampai tak sempat nak snap gambar.

Ok lah itu ja cerita Kundasang untuk tahun ni ... betul ni yang last untuk tahun ni :P


Note : nak tahu contact no The Cottage Hotel, korang google ja nama hotel ni :D



 




Tuesday, March 29, 2016

Hentian rehat versi Kota Belud

Assalamualaikum


Salam selasa

Kejap ada kejap tiada. Banyak cerita tapi mood ke lautan dalam. Faktor usia kah apa ni ... hehe

Memori phone over akibat terlalu banyak gambar disnap untuk upload di blog tapi sampai sekarang nda juga terusik tu gambar.

Delete pula terasa sayang .. last2 transfer ja lah di memory card sementara tunggu mood berblog datang.

Intro dah abis sekarang kisah yang nak diceritakan. 
Orang kalau jalan jauh memang kena singgah kejap mana-mana pusat hentian rehat. 
Yelah singgah kejap nak membuang yang besar dan kecik. Sambil2 tu mencari kudapan dan minuman untuk alas perut dan hilangkan ngantuk.

Aku kalau balik ke Kota Marudu wajib singgah satu tempat ni.
Tapi tempat ni bukanlah pusat hentian rehat, cuma sebuah gerai tepi sawah yang menjual pisang goreng, kudapan lain dan juga minuman.

Gerai biasa tapi kalau tak singgah kira rugi tau.


Gerai biasa ja tapi nda pernah sepi sebab memang ada saja yang singgah untuk membeli makanan dan minuman yang dijual.

Ramai yang 'take away' untuk dimakan semasa di perjalanan, cam aku lah tu. 

Tapi kalau nak singgah makan dan minum pun boleh sebab owner gerai ni ada sediakan meja dan kerusi untuk mereka yang nak relaks kejap sambil menikmati pemandangan sawah padi yang permai gitu. 



Kudapan yang selalu aku beli. Pisang goreng, kuih penjaram yang memang pemes di Kota Belud dan juga fishball. 

Fishball ni biasa ja sebenarnya tapi yang membuatkannya special adalah sambalnya.
Sambal kicapnya manis-manis pedas-pedas manja gitu. Meleleh air liur bila teringat sambal tu. Memang padanan mantap dengan fishball tu.

Gerai ni jual makanan yang ringan2 ja tapi kadang2 tu ada juga dijual mee goreng dan nasi lemak yang sudah siap dibungkus dalam bekas plastik.



Satu lagi tarikan gerai ni adalah minumannya. Minuman yang dijual di sini memang power gitu. Cukup rasa, minum hingga ke titisan yang terakhir. 

Kalau singgah di sini aku dan hubby wajib beli nescafe aisnya. Nescafe aisnya emmmm memang pergghhh kaw giler gitu. Sedap!
Selain nescafe ais, sirap bandung selasih juga laris dijual di gerai ni.
Pendek kata semua minuman yang dijual di gerai ni memang sedap belaka.

Ini bukan entri review, cuma nak berkongsi tempat best dan sedap!






Wednesday, March 9, 2016

Wordless Wednesday # 86

Assalamualaikum


Sulong vs Bongsu


Note : berpinar mata nengok gerhana matahari tadi. Gatal sangat nak tengok direct .. hehe


Tuesday, March 8, 2016

Tarikan baru di Desa Dairy Farm Kundasang

Assalamualaikum

Minggu depan dah mula cuti sekolah. Seminggu ye, bukan 2 bukan 3 minggu ye anak2 ibu2 bapa3 sekalian. 
Ada yang plan nak kemana-mana? Ya lah cuti saja kan peluang yang kita ada untuk bersama dengan keluarga.
Hari2 lain masing2 pun sibuk dengan hal sendiri, anak2 ke sekolah, mak bapa keluar bekerja. 

Aku tetap ambik cuti bila anak2 bercuti sekolah. Lagipun hubby pun turut bercuti, maklumlah cikgu sekolah ... so minggu depan apply leave straight 3 hari .. nasib baik boss approvedkan .. hehe

Nak ke mana cuti sampai 3 hari tu? Tak pasti lagi. Belum rancang nak kemana tapi sebenarnya duduk rumah dengan anak2 pun best juga.

Kalau rasa boring2 mungkin kami akan ke Kundasang. Last sekali pegi 25hb Dis tahun lalu. Itu pun pertama kali jejak ke Kundasang setelah kejadian gempa bumi Jun tahun lalu. 
Tak bermalam di sana, jujur kami masih trauma. Cuma berjalan2 di Desa Dairy Farm. Hari kejadian gempa bumi tu actually nak pegi sini tapi cancel sebab terus balik ke KK. 

Kami bawa mak sekali sebab kebetulan mak ada di KK masa tu. 

Mak dan cucu-cucunya. Ni muka lemau ni sebab baru sampai di Pekan Kundasang. Pening lalat mak sebab jalan cam ular tu belum hilang lagi.


On the way ke Desa Dairy Farm. Cuaca hari tu betul2 terang. Langsung tak berkabus tapi sejuk masih terasa.


Sampai ja ke Desa Dairy Farm, suruh anak dara kenit ni berposing dulu. Nampak Gunung Kinabalu kat belakang tu. Sangat sangat sangat terbuka ... langsung tidak dilitupi kabus seperti selalu. Dah beberapa kali ke Desa Dairy Farm, tak pernah berpeluang melihat gunung dengan dekat. Hanya kabus tebal yang boleh dilihat.


a'a! Yang ni merupakan tarikan baru untuk pengunjung Desa Dairy Farm. Jika dulu cuma ada perisa asli dan juga coklat, hari tu dorang membuat percubaan untuk menjual susu berperisa kopi ni. Aku berpeluang membeli 3 kotak hari tu. Sekali sedut ... perggghhh nyaman dan kawww. Kopi dia rasa pahit2 gitu tapi dapat di cover oleh rasa lemak susu lembu yang segar tu. Tidak terlalu manis ... i like, sangat2 sedap!


Aku jarang bergambar dengan mak. Ni selfie pertama aku dengan mak. 


Aku suka gambar ni.  Cam berada di obersi gitu. 

So apalagi ... jom lah ! 

Mood nak habiskan keja untuk minggu ni sebelum cuti minggu depan :D







Monday, March 7, 2016

Kudapan kampung rare, Biji Kemanci Rebus

Assalamualaikum

Salah satu yang aku paling suka jika balik kampung bila dapat makan makanan yang jarang-jarang jumpa bila kita dah duduk kat bandar .. bila dapat makan terus mengimbau zaman kanak-kanak yang penuh dengan kenangan yang manis.
mana tak makanan itu yang menjadi menu harian kami. Sumber makanan senang diperolehi, di sekitar rumah pun dapat.
Hari tu (tak ingat sudah bila, yang penting baru2 ni lah) aku dan sefamili balik ke Kota Marudu. Kami bertolak dalam jam 2 dan sampai dekat-dekat jam 4.
Mak masa tu tengah nak minum petang. Cepat-cepat dia pergi ke dapur dan membawa keluar bakul kecil yang berisi biji-biji berwarna hitam. 
Wah biji kemanci rebus !! Punyalah lama tak makan benda ni. Kudapan aku dan adik beradik zaman kanak-kanak dulu.

Punyalah lama tak merasa biji kemanci ni. Aku rasa ni lah makanan ringan yang paling sedap masa tu. Rasa berkacang lemak-lemak manis. Nak nak lagi makan sambil minum kopi O panas. Kita orang adaik beradik gigih kupas kulit semua biji, pastu makan  .... perghhh layan gitu.

Mungkin ramai yang tak tahu buah kemanci ni ... aku pun susah nak explain korang sebab buahnya tak sempat aku nak snap gambarnya untuk korang. Sampai kampong ja mak dah rebuskan bijinya.
Buah ni lebih kurang adik beradik dengan buah nangka dan cempedak. Boleh buat gulai lemak dan bijinya boleh dimakan.
Macam rupa biji getah pun ada tapi tak sama langsung ye.

Buah Kemanci ni dah jarang jumpa ... kalau dulu pokoknya banyak tumbuh di sekeliling rumah tapi sekarang semua dah mati. Yang di rebus ni pun mak dapat terhad ja, pemberian dari makcik mak aka nenek sedara. Boleh lah nak melepas gian.


 
 
 
 
Sekarang ni dah banyak makanan atau tumbuhan kampung yang kita susah nak jumpa dah. Nak explain kat anak-anak pun susah sebab tak ada bukti nak bagi tunjuk. Apalagi nak bagi dorang rasa kesedapannya tu. huhu
Tak lama lagi mungkin semua tu hanya jadi sejarah ja ... cerita dalam buku dan gambar cuma lukisan hasil dari kenangan zaman kanak-kanak dulu.



Friday, March 4, 2016

Pagar tepi jalan pun bolehlah ...

Assalamualaikum

Nasib baik muncul lagi. Tadi pikir2 nak taip ada timbul rasa malas bila melihat kerja bertimbun atas meja tu. 
Draft siap2 kat rumah, tak ada mood dah bila dah sampai rumah dari kerja badan dah lemau.

Ni entri pendek ja. 
Yang suka tangkap2 gambar tu tentu kenal tripod kan. Ye lah kalau nak tangkap gambar bersama, masa tu tak ada sapa yang nak tolong ambilkan, tripod amat berguna. Letak kamera kat tripod dan set masa. Ko cepat2 lari dan pose, auto snap dan siap !
Satu lagi guna tripod yalah khas untuk mereka yang tangan bergegar semasa tangkap gambar. Tak bestlah bila tengok gambar blur semacam sebab tangan ko bergegar. 

Memandangkan aku suka tangkap gambar guna kamera hp ja terpaksalah kena cari inisiatif yang lain bila terasa tangan bergegar masa snap gambar tu. 


Nampak tu gigih letak tangan atas pagar tepu jalan tu. Konon2 tak nak bagi tangan bergegarlah.


Dan hasilnya. Boleh lah ... puas hati sebab gambar tak gegar.


Ok bai!


Thursday, March 3, 2016

Merajuk ??

Assalamualaikum

Last post was a month ago ... ceh muncul2 terus berspeaking london. 
Ingatkan tercapailah azam rajin update blog tahun ni. Rupanya hangat2 ta** ayam jak. Huhu

Kesibukkan dari awal tahun terus menghalang aku nak post entri dan berblogwalking. 
Lamanya tak menumpang bergossip dan membuzy body dengan cerita rakan yang lain. 
Cam si Fiza Rahman tu, ntah masa bila pula dia preggy, tau2 jak dah bersalin. Dah 4 orang anak ko noks.  Ni yang terasa ada jeles di hati. 
Ye lah happy ja bila dah selamat bersalin dan ada baby. 

Lama tak muncul bukan merajuk .. masa .. masa dan masa. Lebih2 lagi tahun ni beban kerja bertambah bila mandat baru terpaksa aku pikul. Huhu
Sibuk dan sibuk .. kalau aku merajuk agaknya cam si Shamzi tu. Merajuk tepi tangga dapur usang di kampung. 

rindu pula aku kat kampung bila tengok gambar ni.

Harap2 post seketul ini dapat mengubat rindu si Okje tu. Tak sangka akak awet muda ni rindu kita ... ahaks! :P


Tak ada nak loya2 itu okje. Loya nak muntah sebab pening duduk lama dalam jammed adalah. Tak tau dah kenapa semenjak dua menjak ni jammed kat KK semakin teruk. Huhu

Oklah .. tengok kalau tak bz, besok mesti ada entri baru.