Friday, April 22, 2016

Kupi-Kupi di Kedai Kak Kiah

Assalamualaikum


Sekali sekala dapat minum kopi di petang hari atau bila-bila masa teringin nak minum kopi, best juga kan. Kalau kamu di KK ni, biasa sebut kupi-kupi ... bah mari kita pigi kupi-kupi! selalu ginilah cara kami mengajak raka-rakan mengopi di petang hari (^_^)

Tempat lepak pula selalunya yang menjadi pilihan adalah restoran India. Sini KK tidak disebut kedai mamak sebab rata-rata yang mengusahakannya adalah dari golongan India Muslim yang berhijrah dari semenanjung atau negara asal mereka, India.
Minuman yang mejadi pilihan kalau di restoran india ni adalah tak lain tak bukan teh tarik! teh tarik dorang memang kawwww abis! Tidak tahu berapa gantang teh dorang bubuh dalam minuman tu sampai teh dia pekat ligat sekali ... hehe

Kalau kopi pula, kat restoran india ni agak kurang sikit. Kalau nak kopi kaww kena pegi di kedai-kedai kopitiam. Rata-rata pengusaha kedai kopi kopitiam di KK ni adalah dari kaum Cina .. kopi yang paling pemes di KK ni adalah Kopi Tenom. Kopi buatan tempatan ni memang terbaik gitu. Yang akan berkunjung di KK ni nanti jangan lupa cuba try test kopi tenom ni k!

Selalunya tempat pilihan untuk kupi-kupi ni adalah dari segi keselesaan tempat itu kita melepak sambil berbual dengan kawan-kawan. Berbual pula bukan yang ala-ala korporat tu, yang itu korang kena pegi Setarbak lah .. ni orang kata berborak-borak kosong. Cerita pasal hal-hal semasa. So kenalah ada tempat yang sesuai dan santai kan.

Yang nak minum kopi ala ala western stail pula, seperti yang aku kata tadi bole ja pegi ke setarbak ke, atau kopi bean kah .. lepas tu korang boleh lah menghirup kopi sorang-sorang sambil layan viral di Facebook. Jangan lupa upload sekali cup setarbak tu ye *mata ke atas*

Nak minum kopi ala-ala western tapi mahal!
Ni aku kongsi ada satu kedai kopi ala-ala setarbak dan kopi bean tu tapi harga dia berpatutan.
Kak Kiah Coffee House!






*Rasanya owner dia memang peminat kaler pink. Masuk kat kedai ni semua pink ko. Dekorasi kedai ni memang menarik dan teratur tapi agak sempit sedikit .. so tempat duduk adalah agak terhad*



*Pelbagai jenis kek dan juga manisan yang ada dijual di coffee house ni. Bolehlah dijadikan kudapan sambil berkupi-kupi dengan kawan*


Aku hari tu sempatlah lepak sekejap dengan hubby sambil menunggu Damia dan Shumi balik dari sekolah. Oh ya lokasi ni sebenarnya dekat dengan kawasan sekolah anak-anak aku. Di Plaza Kingfisher, Jalan Kuala Menggatal, Kota Kinabalu. Dekat area Hospital Ibu dan Anak Likas tu.






*Minuman dan kudapan yang aku order hari tu. Tak ingat apa nama suda. Kopi dia bolehlah, pekat likat gitu .. tapi Churros kat kedai ni memang terbaik! sedap .. rapuh dan crunchy sikit di luar tapi rasa lemak-lemak lembut di dalam. Nak-nak lagi bila dicicah dengan sos karamel tu ... perrgghh! siap aku tapau lagi untuk anak-anak*


Nak tau kopi dia umppph kah tidak korang pegi ja kupi-kupi di kedai kak kiah ni. Ok TaTa!



Wednesday, April 20, 2016

Nasi Arab di Mashawi Grill!

Assalamualaikum


Sejujurnya aku bukan peminat nasi arab ... hari tu dah pernah test makan di beberapa restoran tapi tak menepati selera aku. Bagi aku nasi arab ni satu hidangan yang 'kering', hanya nasi dan juga ayam atau kambing yang telah dipanggang. Kering tak berjus gitu.

Hingga hari tu aku ternampak dalam FB kawan-kawan yang berkongsikan tentang satu restoran yang menjual pelbagai menu nasi arab dan juga makanan dari timur tengah.
Tengok gambar memang nampak menyelerakan dan begitu menarik.
Tanya kat kawan mana tempat tu, dia kata restoran ni baru sahaja dibuka di kawasan Indah Permai, Kota Kinabalu. So set dengan hubby nanti akan pegi cuba makan kat situ.
Terasa berliur tengok gambar-gambar makanan yang dikongsi kawan-kawan.
Kata mereka memang sedap dan menyelerakan.

Aku nak pegi cuba selalu tak kena masa .. hingga restoran tu telah berpindah di sebelah Hotel Tang Dynasty Jalan Sepanggar tu.
Dan sabtu yang lalu akhirnya aku dan hubby serta anak-anak ke restoran yang diwar-warkan dalam FB tu. Nak tengok dan rasa betul ke seperti yang dikatakan oleh kawan-kawan aku tu. Makanan dia semua memang pergghhh!



*Menu di restoran ni ... ringkas dan senang nak buat pilihan. Ada nasi arab, roti pita, ayam panggang, kambing panggang dan menu sampingan yang lain*




*Restoran Mashawi Grill nama diberi gitu .. nak tahu maklumat tentang restoran ni boleh je ke FB dorang .. *




*Minuman yang kami order hari tu .. gelas dia besar gedabak gitu. Harga dia dalam lingkungan RM2 lebih .. berbaloi dengan saiz minumannya*




*Set Roti Pita Ayam .. roti pita dia memang lembut giler .. ada rasa sedikit crunchy2 di luar .. inti dia memang meriah .. harga 1 set cuma RM10.90*




*Yang ini Set Lamb Shank Stew dengan Nasi .. Harga RM16.90 .. ni korang wajib cuba. Daging kambing dia memang lembut dan sangat berperisa. Bau dia memang tak ada. Aku kan bukan seorang penggemar daging kambing .. sebab bau dialah tak berapa masuk dalam tekak. Tapi yang ini memang tak bau hamis kambing tu hehe*




*Set Chicken Mashawi dengan Nasi .. yang ini pun korang mesti order. Harga RM12.90. Ayam dia memang saiz besar punya dan walaupun ianya dipanggang, rasa berjus dia memang masih terasa*




*Dan yang ini, killer menu di Mashawi Grill ... sehingga aku terlupa bahawa aku bukan penggemar daging kambing ... hehe susah nak cakap, korang datang dan rasa sendiri ... memang sedap giler. Aku suka roti dia yang crunchy dan lembut serta inti kambing dia tu .. pergghhh .. Set Turkish Pide Pizza, harga RM16.90 untuk inti kambing dan RM15.00 untuk inti ayam. Ni aku bagi 10 bintang!*


Ok cukup ... aku pula yang terliur balik bila nampak gambar-gambar ni



Tuesday, April 19, 2016

Hari Sarapan Malaysia bersama MILO di Kota Kinabalu

Assalamualaikum


Sabtu yang lalu aku dijemput untuk sama-sama memeriahkan Hari Sarapan Malaysia bersama MILO di Taman Awam Teluk Likas Kota Kinabalu.

Bertemakan 'Miliki Harimu', gerakan sarapan yang dianjurkan buat kali ke-4 ni bertujuan untuk mendidik orang ramai tentang kepentingan sarapan sebagai sumber tenaga yang baik untuk kekal aktif sepanjang pagi.
Ianya juga bertujuan untuk menggalakkan ibu bapa menjadi teladan kepada anak-anak mereka dalam memupuk amalan sihat dengan sarapan penuh khasiat untuk memulakan hari mereka.

Ramai sebenarnya tidak sedar akan fakta bahawa badan kita kehilangan 80% tenaga semasa kita tidur ... selama ni aku pun fikir yang kita akan bertenaga selepas bangun dari tidur tetapi rupanya sebaliknya, 
Nasib baik aku tak pernah skip sarapan pagi. Dah biasa bersarapan .. kalau tak, terasa lemau ja sepanjang pagi tu. Nak buat kerja pun tak ada semangat.

Tapi kan anak-anak aku sebaliknya. Dorang tak suka nak makan sarapan di waktu pagi. Kadang-kadang tu akibat terkejar-kejar nak ke sekolah di awal pagi yang menjadi penyebab anak-anak aku skip sarapan pagi mereka. Kadang-kadang faktor masa juga menyebabkan kami sekeluarga tak sempat bersarapan di rumah sebelum keluar ke sekolah dan berkerja.
Aku selalunya akan singgah makan dulu sebelum masuk ke pejabat manakala anak-anak aku bekalkan sandwich tapi belum tentu mereka sempat makannya sebelum mula waktu persekolahan.

Tapi bila terbaca MyBreakfast Study mendapati bahawa kanak-kanak yang mengambil minuman malt lebih cenderung untuk memenuhi keperluan nutrien yang disarankan dari segi jumlah pengambilan tenaga, protein dan vitamin-vitamin lain, aku terfikirkan minuman MILO.
Minum segelas MILO cukup memberikan tenaga untuk anak-anak aku sepanjang pagi.
Dengan formula Activ-Go yang terdiri daripada PROTOMALT dan nisbah mikronutrien yang sempurna, ia membantu memberikan tenaga yang optimum, mengurangkan keletihan dan menyokong fungsi tubuh di awal pagi. Wah dah macam pakar nutrisi pula ..

Antara aktiviti hari tu adalah Tarian Zumba, Permainan Bola Sepak, Pengukuran Indeks Jisim Badan oleh pakar nutrisi dan banyak lagi. Selain itu orang ramai juga dapat menikmati sarapan percuma dan juga minuman MILO dari MILO Malaysia.

Lokasi pertama adalah Melaka pada 27 Mac yang lalu, kemudian Kuantan, Pahang pada 10 April lepas. Lokasi ketiga adalah Kota Kinabalu(17 April)! Selepas ini jelajah akan diteruskan di Padang Perbadanan Pasir Gudang, Johor (23 April), Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang (15 Mei), Padang Merdeka Kuching, Sarawak (22 Mei) dan di Kompleks Perbadanan Putrajaya, Presint 3 Putrajaya (29 Mei).

Jom tengok gambar-gambar yang sempat aku ambil di Hari Sarapan Malaysia bersama MILO Kota Kinabalu !


*Sesampai di sana, perkara pertama adalah pendaftaran blogger. Aku ditempatkan di khemah Media dan VIP gitu*


*Di cop MILO gitu. Ni tanda pengenalan bahawa aku wakil Media dan Blogger yang bebas duduk di khemah khas itu*


*Anak-anak aku pun sama dapat Cop MILO. Jangan tanya napa tangan Umi lebih cerah dari anak-anaknya. Gen Baba lebih dominan gitu .. hehe*


*Budak yang sedang teruja dapat cop MILO*


*Wah wah wah bukan main lagi anak-anak aku. Over dari Uminya. Layanan vip gitu*


*Sukalah dorang ye ... semua pun `hantu` MILO. Pantang terminum MILO ais, selepas segelas, segelas lagi ... dan segelas lagi*


*Yang ini katanya minum MILO dengan penuh bergaya dan sopan santun*


*Yang ini sesi soal jawab bersama dengan Brand Manager MILO Malaysia, Ms Vanessa Lim. Terasa diri seorang wartawan padahal aku banyak ambil gambar je pun. hehe*


*Bergambar dengan Crew-Crew MILO. Terima kasih dengan layanan korang hari tu dan juga Goodies Bag yang meriah itu, dapat stok sebulan MILO hehe. Memang terasa vip gitu*


*Ms Vanessa Lim bersama-sama sebilangan kecil pengunjung hari tu*


*Yang ni gambar-gambar yang diambil oleh MILO Malaysia pada hari tu. Bukan main meriah lagi kan*


So terasa nak join sama untuk jelajah yang akan datang? Boleh je. Korang boleh layari www.milo.com.my untuk maklumat lanjut tentang Gerakan Sarapan MILO dan cara mendaftar untuk larian Hari Sarapan Malaysia yang akan datang.

Minum MILO anda jadi sihat dan kuat ! (ni iklan yang aku paling ingat tentang MILO)

Monday, April 11, 2016

Ke pawagam selepas 10 tahun?

Assalamualaikum

Cak ! 
Salam isnin korang.
Timbul lagi ni sebab ada kesempatan dan masa nak update blog. 

Aku ni zaman muda mudi dulu selalu jugalah tengok wayang. Tapi tidaklah sampai menjadi seorang kaki wayang. Asal movie baru keluar, dia orang pertama yang wajib menontonnya :P

Last sekali aku tengok wayang masa mengandungkan si Shumi tu. 
Masa tu masih berdua dengan encik hubby, kata orang masih senang nak ke hulu ke hilir berdua. 
Lahir ja si Shumi tahun 2006 tu, aktiviti menonton wayang terus dihentikan hinggalah si Damia lahir. 

Bukan tak teringin menonton wayang bersama anak2, teringin juga nak bawa dorang tapi itulah takut dorang buat perangai dalam pawagam tu.
tak pasal2 menganggu orang.

Napa tak tengo wayang dengan hubby? Emmm. Kami somi isteri ni sama, kalau nak pegi mana atau nak buat apa mesti teringatkan anak2. 
Tak lengkap rasanya kalau tak ada anak2 bersama. 

Hinggalah hari tu, Shumi dan Shamzi teringin sangat nak tengok boboiboy the movie tu.
kesian pula aku tengok dorang bila dah balik2 cakap tentang movie tu.
Aku bagitau kat hubby, hubby kata ok. Try tengo peel dorang dalam panggung wayang tu. 
Bila aku bagitau kat anak2 ok kita boleh tengok bobiboy, bukan main hepi dorang.

Maka 3hb April lalu pecahlah record aku tak menonton wayang selama 10 tahun. 


Movie pertama selepas 10 tahun. Boboiboy The Movie!
Nasib baik anak2 ok ja masa menonton tu. Tak ada pun buat perangai kecuali Damia yang agak takut katanya sebab tempat gelap tul. 
Filem animasi ni aku bagi 10/10. Memang best. Bukan anak2 ja suka, mak bapa pun seronok menontonnya. 

Macam best pula tengok wayang bersama anak2 so kami ulang lagi semalam.
The Jungle Book, movie kedua yang kami tonton. 
Filem tu pun ok juga ... aku bagi 9/10. Kurang 1 sebab filem orang putih ... hehe
Shumi bukan main seronok lagi sebab dia dah baca buku Jungle Book ni dan dah tau watak2 binatang dalam filem tu.





Semalam sebelum masuk ke panggung sempat bergambar dengan kumpulan Zero. 
Dorang tengah buat promosi filem dorang yang akan ditayangkan 21 april ni.
Aku sebenarnya bukan jenis orang yang suka bergambar dengan artis atau nak minta sign segala. Itu bukan aku.
Tapi bila Shumi merayu2 nak gambar dengan kumpulan zero yang dia minat, terpaksalah Uminya ni berkorban dengan berbaris bersama orang yang ramai menunggu giliran untuk bergambar dengan artis ... 
huhu asalkan anak-anak gembira.

Oklah tu je. Tata!


Friday, April 1, 2016

Nasi Kerabu ala Ganu Kite

Assalamualaikum

Salam jumaat!

Semenjak dua menjak ni banyak benar kawan -kawan share gambar nasi kerabu di FB.
Ada yang makan kat restoran, ada yang masak dan makan sendiri.

Yang tinggal di semenanjung untunglah, mana-mana tempat pun ada jual nasi kerabu ni, tak payah ke restoran, di pasar malam pun banyak dijual. Tinggal pilih ja.

Yang pandai masak untunglah. Boleh makan bila-bila kalau tetiba teringin. 
Masak sendiri dan boleh makan puas.

Aku nak kata penggemar nasi kerabu, tak lah fanatik sangat. Tapi bila dah terasa teringin sangat tu, tengok gambar pun terasa nak menitis air liur. 
Nak masak sendiri, tak reti aku. Huhu

Kat Sabah ni nak makan nasi kerabu kena tunggu pasar ramadhan. Masa tu ramai orang melayu semenanjung yang jual nasi kerabu ni. 
Kalau hari-hari biasa cam sekarang ni memang susah sangat nak jumpa.

Aku ada bagitahu juga hubby yang teringin sangat nak makan nasi kerabu.
Hubby terus cakap napa nda bagitahu awal2. Kat Pekan Tuaran ada satu restoran yang jual nasi kerabu ... owner dia orang melayu semenanjung. Nasi kerabu dia memang power kata hubby.
looooor napa tak bagitahu awal-awal. Sia-sia air liur ku menitis selama ni sebab teringin nak makan nasi kerabu.

Tak tunggu lama-lama kitaorang pun terjah restoran tu.


Restoran Ganu Kite ... menu pemes memang nasi kerabu. Selain tu laksa penang, nasi dagang dan juga nasi lemak kukus ayam berempah juga ada dijual di sini.



Nasi kerabu yang diidam-idam selama ini. Besar giler portion dia. Cam boleh makan berdua. Harga RM7 memang berbaloi dengan test dia. Cukup rasa semuanya. Aku memang puas hati gitu. 



Untuk anak-anak aku orderkan mereka nasi lemak kukus ayam berempah. Yang ni pun sedap tapi sambal dia agak.pedas sedikit. Kalau budak-budak yang makan memang tak tahan. Kesian Damia termakan sikit sambal tu. Terkeluar air mata sebab menahan pedas. 
Sori Umi tak sangka sambal yang pekerja restoran tu kata pedas sedikit sebenarnya pedas giler.

Alhamdulillah ... lega tercapai hajat nak makan nasi kerabu.

Lokasi restoran : Pekan Tuaran berdepan dengan tokong cina.