Tuesday, May 31, 2016

Badam .. berkhasiat dan sedap!

Assalamualaikum


Sejak hubby amalkan DIET ATKINS ni (walaupun tak 100% hehe karbo tetap ambil tapi di waktu pagi dalam kuantiti yang sedikit), badam panggang ni lah akan jadi snek harian hubby selain biji bunga matahari dan biji labu. 

Sedap ke badam ni ??? Gila ko tak sedap. Ni lah snek berkhasiat yang aku rasa sedap sekali .. bila dah start kunyah tak sedar abis sebungkus. 
Rasa lemak-lemak manis kekacangnya memang enak gitu. (Dah macam indon pula bahasa aku hehe).

Mengapa badam ni sangat sesuai dengan orang sedang berdiet ?? Dah tentu2 khasiatnya :-
  • Tinggi kandungan Vitamin B
  • Tinggi kandungan Kalsium dan Fosforus.
  • Kandungan lemak tak tepu yang tinggi yang mana lemak yang sangat diperlukan oleh tubuh manusia
  • Tinggi antioksida
  • Dan banyak lagi
Pendek kata yang tengah berdiet, yang ingin menurunkan paras kolesterol dan tekanan darah tinggi, mengelak serangan sakit jantung ... disyorkan ada badam dalam menu harian korang.


Note : dekat dah puasa ni mulalah terbayang biskut raya almond london. Emmm sedapnya. Tapi yang ni bukan menu diet ye hehe






Monday, May 30, 2016

Jangan perlekehkan rezeki orang

Assalamualaikum

Sebelum korang baca ... minta maaf dulu kalau ada yang terasa.

'Hello cik/encik polan (bukan nama sebenar), saya buat panggilan dari syarikat insurans tuuuut, ingin menawarkan pelan perlindungan kami yang terbaru .... bla bla bla ... '

Hello cik/encik polan (bukan nama sebenar), saya buat panggilan dari bank tuuuut, ingin menawarkan kad kredit kami yang terbaru .... bla bla bla ... '

Korang mesti pernah dapat panggilan macam ni kan .... 
Lepas tu apa reaksi korang ?? Ada yang layan panggilan tu juga, ada yang off phone terus, ada yang sopan tapi tipu, boleh cik telefon balik, sekarang tengah meeting (padahal masa tu tengah santai sambil update blog) ... dan ada yang terus cakap direct, saya tak berminat, terima kasih. 

Aku pun selalu juga dapat panggilan camni. Memang agak menganggu sedikit dan kadang-kadang terasa annoying dengan sikap dan cara mereka bercakap yang bersungguh-sungguh untuk menjual produk mereka. 

Bila fikirkan balik, dorang hanya menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka. Dengan cara itu mereka mencari rezeki. 
Tak ada salah pun.
Kita yang menerima panggilan tu kena bijak membuat keputusan samada nak beli atau tidak. 
Kalau tak berminat just cakap tak berminat. 
Tak payah nak maki orang tu atau trend masa kini update status marah kat facebook. 

'Tadi aku dapat panggilan dari satu syarikat insurans ni ... macamlah aku tak tahu pelannya tu menipu ... pekerjanya tu pun macam hampeh .... bla bla bla'

Contoh luahan di FB yang pernah aku baca. 
Korang pernah terpikirkah keadaan pekerja yang membuat panggilan tu. 
Tak pernah terpikir mungkin dia seorang bapa yang harus bekerja kuat demi isteri dan anak-anaknya di rumah .. atau mungkin seorang ibu tunggal yang seorang diri membesarkan anak-anaknya yang masih kecil. Atau mungkin seorang abang atau kakak yang ingin mencari rezeki yang halal demi mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh ibu bapanya. 

Tak pernah kan ... kalau korang terpikir, korang tak akan upkan status yang seakan memperlekehkan tugas mereka. 
Dorang terpaksa tebalkan muka, pekakkan telinga bila mendengar sindiran orang. 
Kita ni yang sebenarnya tak bijak membuat keputusan. Tau nak rimas ja, tau nak marah ja. 
Aku pun dulu gitu juga, kadang-kadang terpikir nak marah si pemanggil tu sebab menganggu tapi bila dipikirkan balik dorang hanya bekerja, kita boleh terus cakap ya atau tidak ja. 
Tak payah nak up status sindiran segala. 

Lepas ni aku nak godek balik status2 yang pernah aku upkan kat facebook .. yelah mana tau tanpa sedar aku sakitkan hati orang. 
Status zaman muda-muda dulu kadang-kadang banyak status pentingkan diri. Ni dah semakin berusia ni kenalah semakin matang, jangan asyik fikirkan perasaan sendiri ja. 

Sekian ... sori jika terasa gitu 


Note : sama-sama perbaiki diri. Bila baca post ni terasa marah diri sendiri sebab pernah juga terlepas cakap dengan mereka ni ... 



Friday, May 27, 2016

Guru paling sabar

Assalamualaikum

Salam jumaat korang.

Selamat hari guru (belum terlambat lagi kan, baru ja kita raikan 16 Mei yang lalu). Kebanyakkan sekolah pun masih mengadakan Hari Guru di peringkat sekolah masing-masing. Termasuk sekolah di mana hubby aku mengajar, baru semalam mereka meraikannya diperingkat sekolah.

Semalam balik rumah, ternampak sijil ni atas meja. Sijil penghargaan, yang biasa guru-guru dapat tu. Tapi yang ni aku tengok sedikit lain dari kebiasaan. Selalu guru-guru akan mendapat penghargaan sebagai guru paling cemerlanglah, guru paling aktiflah, guru contohlah ... 
Yang ni hubby aku dapat GURU PALING SABAR.




Sabar ?? emmm aku akui memang hubby sabar, tetapi kalau dikatakan paling sabar tu tak jugalah ... manusia biasa kan, mesti adakalanya 'meletup' juga. 

Rasanya hubby terpaksa tingkatkan tahap kesabarannya semasa mengajar murid-muridnya di sekolah. Hubby bukan mengajar murid-murid biasa .... Hubby seorang GURU PENDIDIKAN KHAS. 

Guru yang mengajar anak-anak istimewa. Anak-anak yang disahkan sebagai Sindrom Down, Autism, Disleksia, Slow learner, hyperactive ... murid-murid ini yang akan hubby didik setiap hari di sekolah.
Ibu Bapa yang mempunyai anak istimewa ni tentu faham kepayahan dalam mendidik anak-anak seperti mereka ni. Satu yang wajib pada orang yang mengajar adalah SABAR. 

Hubby dah hampir 8 tahun berhadapan dengan murid-murid istimewa ni. 
Tak pernah pula hubby mengadu penat dengan karenah mereka. 
Apa yang hubby ceritakan cuma cerita-cerita lucu dan kenangan manis semasa mengajar murid-murid istimewa ni. Kadang-kadang aku tertawa juga mendengarnya tapi pada masa yang sama aku memang tabik dengan hubby, sangat sabar dengan murid-murid ini, Kalau aku ditempat hubby, agaknya tidak akan mempunyai tahap kesabaran seperti itu, 
Rasanya itu sebabnya aku tidak ditakdirkan menjadi seorang guru walaupun pernah beberapa kali memohon jawatan ini (sampai tahap interview je hehe)

Apa-apapun aku bangga dengan hubby (siapa tak bangga dengan suami sendiri kan) ... dari isterimu SELAMAT HARI GURU hubby (^__^)





Thursday, May 26, 2016

Diet Atkins ke ?

Assalamualaikum

Diet ke Mia?? :P

Alkisahnya, dipendekkan cerita, hubby buatlah pemeriksaan biasa kat klinik masa hari tu hantar Damia ke klinik sebab demam. 
Sekali check, tekanan darah tinggi ko.
Tapi baru SUSPEK je. Sebab hubby kata masa aku pegi training kat KL 3 hari tu dia tak cukup tidur. 
Penat urus anak-anak katanya.
Maklumlah sebelum ni Umi yang urus semuanya kan .. hehe 
Tu lah tak belajar dari isteri mu ini ... kihkihkih camna nak handle anak-anak yang pelbagai ragam tu.

Ok ... sambung balik kisahnya. 
Hubby suspect hypertension .. doktor tak bagi ubat. Dia bagi hubby tempoh dalam masa sebulan dua ni. Lepas tu pegi klinik check balik tekanan darah. 
Aku risau juga (siapa yang tak risau weee !)
Mak mertua dan kakak ipar aku penghidap darah tinggi. Tu yang risau tu.
Bila dah tentu darah tinggi, dan ubat diberikan, tak boleh dah undur diri lagi. Terpaksa ko bergantung dengan ubat seumur hidup plus penyakit lain senang datang menyinggah ... nahuzubillah

Itu yang sekarang ni hubby tengah amalkan pemakanan sihat. Kira dietlah tu.
Tanya kawan-kawan yang lain, dorang suggestkan keadah Diet Atkins

Apa tu Diet Atkins ? secara ringkas dalam ayat ayat yang mudah ... TIADA KARBOHIDRAT dalam makanan seharian. No nasi-nasi, No roti-roti, No mee-mee dan apa-apa yang mengandungi karbohidrat. Kalau ada pun (korang paham-pahamlah menu orang asia cam kita ni, tak lepas dari karbohidrat) kuantiti yang diambil adalah sangat sedikit.


Sumber : Google


Nah contoh menu untuk mereka yang mengamalkan Diet Atkins. Sanggup ke korang ??? :P
Ko makan banyak makan protein jak dan sayur-sayuran. 
Hubby aku dah hampir sebulan amalkan cara pemakanan ni. Minggu pertama kata hubby memanglah sangat mencabar. Bayangkan tak ada nasi-nasi, roti-roti, mee-mee, macam mana nak kenyang. Otak kita sejak kecil dah disetkan, makan nasi baru kenyang kan. hehe
Bergegar satu badan kata hubby .... laparrrrr.
Tapi doktor dah bagi tips, bila terasa lapar, ambil kekacang yang dipanggang. Tiada perisa tambahan tau. Kacang pula bukan kacang tanah yang ko makan sambil nengok tv tu. Tapi kekacang seperti badam, gajus dan juga biji bunga matahari (kuacilah).
Kalau tak ada kacang, silalah makan buah. (^_^)

Lepas seminggu, hubby dah ok. 
Tapi tak cukup dengan diet jak ... senaman wajib jadi rutin harian. Jogginglah hubby setiap petang sebelum ambil anak-anak balik dari sekolah. 

Ada ke perubahan hubby? 
Tipu kalau tak ada. Perut yang gebu itu, aku tengok dah ada penipisan sedikit. hehe
Hubby kata badan dah terasa ringan sedikit dan tak cepat mengantuk. Dulu aku tengok hubby, landing ja kat tilam dah tertidur. Jam 9 malam dah berdengkur. 
Sekarang ... jam 10 malam masih tengo bola ko. Aku tak boleh dah suka2 hati kontrol remote tv, sebab sebelum ni aku ja yang tengo tv malam-malam dengan bebasnya. kihkihkih

Minggu depan temujanji hubby dengan doktor. Harap-harap semuanya ok. 



Note : Aku sebenarnya tercabar juga dengan diet hubby tu. Aku ni bilalah nak mula diet yang orang kata betul-betul diet. Ni nampak makanan sedap ja, emm testlah sikit, ala sikit ja ...tapi sikit-sikit tu lama-lama jadi bukitlah pulak kahkahkah.



Wednesday, May 25, 2016

Cantik di luar, dalamnya ?

Assalamualaikum

Ni versi Wordless Wednesday, jadi malas nak tulis banyak-banyak :P

Kata orang jangan terpedaya dengan kecantikan dan keindahan luaran. Belum tentu dalamannya elok. Ko pilih yang cantik-cantik ja, kelak jangan menyesal dikemudian hari .. gitew



Ni nak bagitahu sebenarnya kek yang aku makan ni, adalah hari tu .. kat hotel sinun tu .. cantik kan. Cute je aku tengo rupa kek ni. Siap ada sehiris buah strawberi lagi kat atasnya. Pink kaler lagi.
Sekali test, hampeh! tak sodap. 
Langsung bah nda da rasa. Manis ja lebih.

Tapi kan ...

Bukan semua yang cantik diluar itu tak cantik didalamnya. Ada yang untung bila mendapat sesuatu yang cantik luar cantik dalam. 
Dan sebaliknya lah .. pandai-pandai lah korang pikir sendiri. Malas aku nak explain.


Note : Banyak berkias2 pula aku hari ni. 

Tuesday, May 24, 2016

Off ke Kuching

Assalamualaikum


Sunyi sebulan ni ... rasa malas sangat mau update blog. Ntah ada ke lagi yang masih sudi jenguk blog bersawang ni .. huhu
a'a betul kata okje , dah siok2 kupi-kupi terus lupa tulis entri baru. :P

Tak ke mana pun ... masih lagi sihat walafiat di KK ni tetapi busy mengalahkan wakil rakyat. Cuma hari tu aku off 3 hari ke Kuching ... 6 hingga 8 May tu .. hari mengundi Sarawak tu.
Kira-kira nak pegi berkempen hehehe
Tu yang rehat sebulan tu ... penat tak hilang lagi :P

Buat apa ke Kuching ?? kan aku kata tadi nak melawat kawasan ... nak raih undi kuikuikui
Aku sempat ke DUN Sarawak dan tengok beberapa ekor kucing tengah-tengah roundabout tu. (^__^)








Ni entri permulaan je selepas off dari blog sebulan ni. In sha Allah esok ada entri baru .. nak kongsi kisah aku melawat kawasan di Kuching dan tinggal sehotel bersama pak menteri yang berkempen. Sempat terserempak dengan TPM kita tau .. lupa pulak nak minta otograf ... kihkihkih