Thursday, June 30, 2016

Tamat dah Lambaian Ramadan

Assalamualaikum

Salam ramadan yang ke-25

Aku kan bukan penggemar tegar drama-drama melayu (jangan kecam aku) ... bukan tak tengok langsung, aku tengok tapi sangat selective.

Aku paling suka drama-drama yang ditayangkan semasa bulan ramadan. Banyak pengajaran dan cerita berpijak kepada dunia realiti, dunia sebenar ... bukan dunia yang penuh angan-angan tu.
Bulan ni aku follow tau drama Lambaian Ramadan yang ditayangkan di Tv3 tu. 
Banyak message kekeluargaan dalam drama ni, kisah suami isteri, kisah adik beradik, kasih sayang, pengorbanan ...

Sapa yang ikut cerita ni? .. aku kan tiap kali scene Adam dan Warda tu memang aku sangat tension. Lebih-lebih lagi watak Warda yang jadi pihak ketiga antara Adam dan Ila .. pengacau rumah tangga orang ... huishh!
Bila masuk scene Ila, sangat down tau mood, seolah-olah kita pula berada kat tempat dia. 
Masuk bab anak-anak Adam dan Ila, Abang, Is dan Adik ... sangat-sangat sedih tau. Tambah sedih bila Adik disahkan sakit leukemia. Berat bebanan yang ditanggung oleh Ila, suami yang main kayu tiga dan anak yang disahkan sakit kronik.

Aku mula-mula sorang ja tonton cerita ni, anak-anak dan hubby tidur jam 10 malam tu, aku sorang-sorang layan sambil nangis tau ... huhu
Tetiba dipertengahan episod hubby join sekaki. Dia tension sangat dengan watak Warda tu, pengacau kebahagian orang lain. 

Semalam episod akhir drama ni. Hubby dah siap2 tekan punat record, tak tahan ngantuk katanya, besok baru dia tengok. 
Aku dah dapat agak kesudahan cerita ni. Punyalah sedih scene adik meninggal semasa dorang sembahyang tarawih tu. Mengalir-ngalir tau air mata. Meleleh hingus terpaksa ku tarik perlahan-lahan sebab takut hubby sedar. Putri Balqis ni kalau berlakon memang aku tabik. Sangat menghayati watak. Seolah-olah kita berada disituasi itu. huwaaaaaa sedihnya, tak tahan aku tau. :'(



Sumber : Google Image



Note : Drama feveret Damia, Mak Cun pun dah tamat hari tu. Jangan tak tahu budak Damia ni, umur baru nak masuk 5 tahun tapi tengok drama Mak Cun. Kata hubby drama orang-orang usia emas .. hehe





Tuesday, June 28, 2016

Bila raya nak dekat

Assalamualaikum

Salam ramadan yang ke-23 :D

Tak sedar korang tinggal seminggu lagi nak raya. Ramadan pula dah dipenghujungnya ... huhu terasa sayu ja tinggalkan bulan ni. 

Ni hilang dari hilang radar kejap bukan apa, sibuk ko. Sibuk siapkan kelengkapan raya anak-anak. Budak-budak kan yang paling excited nak sambut raya cam kita dulu-dulu tu. Nak semua yang baru gitu. Untung anak-anak aku sekarang, tak lah merasa kesusahan Umi dulu-dulu. 
Kekadang tu terpikir juga nak ajar anak-anak aku hidup susah, nak dapatkan baju raya sehelai pun payah ... biar dorang rasa kepayahan hidup seperti anak-anak lain yang tidak bernasib baik .. huhu
Tapi kan, naluri mak-mak kan, mana mau anaknya hidup susah. Selagi mampu selagi itulah kita sedaya upaya lengkapkan keperluan mereka. Tak gitu mak-mak semua. 

Bila semua dah siap, lega ko. Umi dan Baba tak beli baju raya tahun ni. Pakai apa yang ada ja. Raya usia-usia cam kita ni, excitednya tak seberapa. Cuma bila dengar lagu raya, hati dah ingat-ingat kat kampung. 
Damia tadi pagi bila dengar lagu raya, dah tanya Umi, napa Damia masih pakai baju sekolah lagi. Kan dah raya ni Umi. Bila kita balik kampung Umi? Bukan ko ja yang excited balik kampung Damia, Umi pun sama .. mood kerja terus ke laut. Ish ish ish sabar ko Mia, ada 4 hari lagi nak kerja sebelum cuti seminggu minggu depan. 

Dalam pada tak beli baju raya, tetiba rezeki datang bergolek. Kawan hadiahkan sehelai blause kaler biru. Dapat juga baju baru untuk raya ... hehe terima kasih lah pada teman tu. 


*blause pemberian teman*


Minggu lalu adalah dalam dua kali kita orang buka puasa kat luar. Ni pun atas permintaan anak bujang seorang tu dan juga tetiba hubby bermurah hati belanja ber shellout gitu.


*Shellout untuk buka puasa kita orang hari tu. Ni sebab kawan hubby yang rekemenkan ... katanya sedap. Oklah juga. Isi ikan goreng tu memang sedap, butter prawn tu pun not bad taste dia .. tapi kan cam kuantiti tu yang sedikit sangat. Cam tak berbaloi dengan harga yang kami bayar. Kat mana restoran ni, tak payah sebutlah ye namanya. Aku bagitahu lokasinya ja, tepi Perodua Alamesra, Kota Kinabalu. Confirm orang KK tahu*



*Yang ini kitaorang berbuka kat Restoran BTC. Restoran ni owner dia India Muslim. Makan kat sini sebab anak bujang yang request. Katanya nak makan nasi beriyani so layankan ajalah. Bukan main ko dia berdoa masa buka puasa hari tu. Tu gambar kuetiow goreng tu, nampak sedap kan. Tapi kan tak sedap. Udang dia tak fresh, aku dapat makan suku ja, memang tak memenuhi selera aku .. huhu*



Oklah nak bzkan diri sambung kerja ... kasi settle sebelum kita mula bercuti-cutian ye :P



Wednesday, June 22, 2016

Wordless Wednesday # 87

Assalamualaikum

Salam ramadan yang ke-17


*Pengganti Umi katanya ... hari tu keluar rumah tetiba pakai tudung segala .. pastu siap pakai spek lagi .. Umi-umi tengok Damia, cam Umi kan .. :P
emmm bolehlah tu nak ... walaupun rupa tak berapa nak ikut Umi, semua gen Baba huhu*




Note : Sejak semalam lagu raya dah start berkumandang di radio ... bila dah dengar lagu-lagu tu semua, tetiba mood kerja ke laut, hati dah berada di kampung hehe



Monday, June 20, 2016

Semua pasti kena

Assalamualaikum

Salam Ramadan ke-15

Alkisahnya sabtu lepas kitaorang berbuka puasa di rumah parents hubby. Mak hubby cakap dia masak juga tapi korang paham-pahamlah dah bazar ramadan tepi rumah je jadi gatallah juga nak menyinggah membeli kuih muih.

Mula-mula tu kata beli sikit ja tapi bimbang tak cukup beli lagilah extra katanya. Dekat jam 6.00 petang kitaorang sampai kat rumah keluarga hubby. Sembang punya sembang dengan mak mertua tak sedar ko nak dekat buka puasa. 

Nak dipendekkan cerita kitaorang balik rumah malam tu dengan perut yang sangat penuh dan mata yang sangat mengantuk. Masa tu nak masuk jam 10 dah. Anak-anak lepas mandi ja dah 'pengsan'. 
Dah macam ular sawa pula aku tengo. 
Uminya ni pun sama ... lepas mandi, kemas2 dapur sedikit, dah set nak buat roti telor ja untuk sahur nanti, kemudian tidur. Masa tu dekat jam 12 dah. 
Sebelum tidur sempat ingatkan hubby tutup tv suruh tidur sebab dia masih siok2 melepak depan tv layan Euro 2016 tu. Takut tak terbangun sahur pulak.

DAN !!!! memang aku sekeluarga terkena pagi tu .....huwaaaaaaa ... kitaorang terbangun, 9 minit lagi nak azan subuh. Kelam kabut aku dan hubby masa tu, hubby capai air nabeeznya yang dia prepared semalam. Aku teguk terus mineral water sebab masa tu memang tekak sangat kering. Nak bangunkan Shumi dan Shamzi memang dah tak sempat. 
ish ish ish ish ... ni lah penangan buka puasa kat rumah mertua. Makan tak ingat dunia sampai kenyang cam ular sawa.

Pagi tu bila bangun Shumi tanya aku, kita ada bangun sahur kah tadi ?? alaaaa nda terbangun Shumi ... Shumi tahan kah puasa tiada sahur ?? Saya cubalah ... Semangat Shumi ni. 
Shamzi pula bangun pagi relaks ja. Buat yang cam dia puasa selalu. Main-main lepas tu menyakat adiknya Damia .. kejar2 dalam rumah. Aktif sungguh. 
Masuk tengahari baru tersedar, Umi kita tiada sahur tadi pagi kan .... patutlah saya lapar .... 

Bukan main dorang Shumi dan Shamzi mengadu lapar tapi bila aku tanya dorang nak buka ka tidak, tak mo pula ...dorang nak puasa juga. Sampailah jam 4.30 petang tu. Alhamdulillah dorang masih lagi bersemangat. Aku sebenarnya risau juga sebab dorang tak makan sahur tu tapi tengo dari gaya dorang cam biasa ja, lembik pun tidak. Tambah bersemangat bila Baba bawa pegi bazar ramadan. Masing-masing ni beli makanan dengan duit sekolah yang dorang kumpul. Shumi dengan nasi kerabunya dan Shamzi dengan nasi kuningnya.

Dan jam 6.31 petang berbukalah Hubby, Shumi dan Shamzi .... aku ikut makan ja sebab tak makan seharian ... kelam kabut tak sempat sahur tadi pagi, tau2 awal paginya tu aku ABC .. hehe
Tapi aku tak makan sebab kesian anak-anak. Tunggu jugalah sampai petang baru makan sama-sama dengan dorang.

Gitulah alkisahnya ... (^__~)



Note : Dulu masa kami menyewa rumah di Kampung Likas, time puasa mesti ada budak-budak kampung bangunkan masa sahur. Jam 3 dorang dah berarak sekeliling kampung pukul gendang dan kompang bangunkan sahur. Sekurang-kurangnya tak lah terlajak bangun sahur bila dengar nyanyian budak-budak tu (^_^)





Friday, June 17, 2016

Teringat raya dulu-dulu

Assalamualaikum

Salam ramadan ke-12

Bila ingat zaman kanak-kanak punyalah best terutamanya time raya. Dah hampir 2 minggu berpuasa so ada dua minggu lagi kita nak berhari raya kan. Bolehlah kita cerita-cerita kisah raya ye ...

Aku nak kenang-kenang dulu raya masa zaman budak-budak. Banyak kenangan best yang tak boleh lupa.

*mood sedih tetiba* aku kan zaman kanak2 dulu susah sangat nak dapatkan baju baru untuk raya. Kadang-kadang memang tak ada baju baru cuma mengharap baju-baju lama dari sedara mara. Bapa aku tak mampu masa tu isk isk isk 

Tapi kan ...
*mood gembira balik* aku adik beradik tak berapa kisah pasal tu janji kami dapat sambut raya. Aku paling suka bila dekat2 nak raya mak mula sibuk membuat kuih. Dulu2 biskut raya tak popular .. almond london ? Belum wujud rasanya. Kuih-kuih tradisional lah yang jadi pilihan. 
Mak rajin bakar kuih bahulu. Bahulu yang mak buat memang terbaik gitu. Mak bancuh tepung dan telur dalam baldi, pukul sendiri tak ada mesin. Bakar pula guna arang sabut kelapa dalam acuan besi tu. Pergghh bila masak bau harum dia semerbak satu rumah. 

Dulu rumah kami tak ada lampu lip lap tu. Kami pasang pelita banyak2 di halaman rumah. Tiang untuk sangkut pelita bapa ambil kayu dari hutan kecil belakang rumah. Pelita pula dari tin2 kosong yang boleh diisi minyak tanah. Bila dah nyalakan semua .. nampak berkelip2 cantik dihalaman rumah. Kami adik beradik duduk diberanda rumah sambil senyum2 tengo pelita. 

Masuk sekolah rendah .. time raya mesti bertanding sapa dapat banyak kad raya. Kad raya popular zaman2 aku mestilah gambar kucing dan patung2 comel tu. Selalu aku memang kalah sebab kakak ramai peminat banyak dapat kad raya. Huhu
Lepas dapat kad raya lekat2 kat dinding rumah. Abis dinding ruang tamu kami lekatkan kad raya. Pastu tenung sampai puas.

Masa raya ni juga aku dengan kawan-kawan mengumpul duit raya kan. Korang pun sama kan. Satu geng datang beraya kat rumah2 yang kitaorang kenal. Rumah pakcik, rumah makcik, rumah cikgu sekolah ... dapat duit raya bukan main ko .. dulu dapat 50 sen gembiranya cam dapat duit 50 ringgit. Siap tayang dengan penuh bangga kat bapa dapat duit 50 sen.

Sebenarnya banyak lagi kenangan best masa raya zaman budak2 dulu. Kalau tulis kat sini mau satu hari satu malam korang nak membacanya ... tapi tak pa korang boleh baca juga antara kenangan lain yang suda dikongsikan di sini >>>>>> kenangan raya dulu-dulu
Confirm korang mesti akan tersenyum sorang-sorang (^_~)


Note : Semoga anak2 kita juga akan dapat merasa raya yang gembira cam kita dulu-dulu


*Raya anak-anak aku tahun 2014*



Thursday, June 16, 2016

Gembira memanjang

Assalamualaikum

Salam ramadan ke-11




Aku bagi korang tengok gambar ni ... hepi ja kan .. (^__^) Aku tengah santai-santai melepek depan tv tetiba nampak pemandangan camni, haruslah dicapture gitu. 

Mula-mula tu Damia sorang yang nyanyi kat depan kipas tu, mungkin yang lain nampak cam best, terus abang-abang dan sepupunya join sekali. Ambik ko bergema rumah atuk dengan suara robot cute hehe

Ingat terus zaman budak-budak kita kan. Happy memanjang tak payah pikir apa-apa gitu. 




Note : Setelah 2 hari demam hari ni aku dah ok ... alhamdulillah. Dapat berpuasa dengan selesa. 



Wednesday, June 15, 2016

Info Bantal Busuk

Assalamualaikum

Salam Ramadan yang ke-10

Terjumpa info menarik ni di FB semalam .. bila baca semua info cam semua pun mengena dengan anak dara kenit aku yang sorang tu Damia. Bantal busuk dan dirinya tidak dapat dipisahkan gitu. :P


Sumber : Facebook


Damia siang malam asyik berkepit ja dengan bantal kesayangannya tu. Ke hulu ke hilir itu ja bantal tu dibawanya. Pantang ada orang kacau atau ambil bantalnya mesti mengamuk abis dia. Kemana-mana kitaorang pegi yang mana kena bermalam ditempat tu, wajib bawa bantalnya. Kalau tak memang macam kucing kehilangan anaklah si Damia. Tak dapat tidur. 

Nasib baik dia tak bawa ke sekolah. Hari tu dia dah siap kepit bantal nak ke sekolah, nak dibawanya lah tu .. aku bagitahu cikgu marah Damia nanti, nanti kawan-kawan ambil bantal Damia tu, mesti Damia sedih kan ... 
Ok si Damia akur tapi bab nak berpisah dengan bantalnya tu aku tak boleh tahan tengok .. macam lah tak balik rumah nanti, siap digomolnya bantal tu, say bye bye lagi .. nanti Damia balik rumah k sambil letak pelan-pelan bantal atas sofa. Ngengada betul :P



*Nah budak sedang baik punya menghidu haruman bantalnya. Ni gambar tahun lepas, dah nampak kehitaman bantal tu. Sekarang lagilah. Kalau aku upkan gambar bantal busuk Damia yang paling terbaru, takut pula korang termuntah hijau menengoknya hehe*




Note : Kadang-kadang Uminya ni tumpang cium bantal busuk Damia juga, yelah busuk-busuk bau Damia melekat kat bantal tu dah.. hehe



Tuesday, June 14, 2016

Bazar ramadan tepi rumah

Assalamualaikum

Salam ramadan yang ke-9

Dah seminggu berpuasa ni dah berapa  kali korang pergi ke bazar ramadan ? 

Aku ? Hehe dah banyak kali pergi sebenarnya. Jangan ko nak cakap aku malas nak masak ... walaupun sebenarnya ya kihkihkih.
Satu lagi kenapa aku selalu pegi bazar ramadan ... sebab makanan yang dijual tu. Setahun sekali keluar tau. Time ni lah muncul kuih muih yang best yang tidak akan dijual pada hari2 biasa.
Bagi orang yang ada tak bakat dalam bidang masakan cam aku ni, masa ni lah ambil kesempatan merasa kuih muih tu semua.

Dan satu lagi sebab kenapa aku selalu ke bazar ramadan? Lokasinya sebelah rumah ja. Camna tak tergugat. Jalan kaki 10 minit pun dah sampai. Tak payah pening-pening cari tempat untuk parking kereta.


*Gigih ko berjalan kaki ..bukan main happy lagi budak berdua yang sudah berpuasa penuh selama 8 hari ni*


*Kan dah sampai ... hehe ... tak sampai 10 minit pun. Ko tengo Damia, dah besar panjang pun masih minta dukung lagi dengan babanya. Penat jalan katanya. Ngengada betul anak dara aku sorang ni*



*Tu dia ... panjangnya gerai. Rambang mata memilih tau. Kiri kanan makanan, nafsu-nafsu. Aku sempat snap gambar ni je. Tak dapat nak gambar makanan yang dijual tu. Ye lah nak kongsi dengan korang makanan yang best-best dijual di bazar ramadan Kota Kinabalu ni. Segan nak ambik gambar lebih-lebih, nanti orang pelik menengok, ni reporter dari mana ni. Huhu*



Korang jangan risau, kami beli makanan cukup2 untuk kami 5 beranak. Semua habis dimakan. Alhamdulillah ...


Note : Bila dah start sekolah ni, aku memang tak akan sempat masak untuk berbuka puasa di rumah. Keluar office 4.30pm tapi sampai rumah jam 6.30pm, jammed giler. Ngam-ngam azan maghrib. Buka puasa. Nak masak macam mana lagi. Nasib baik baba beli sedikit juadah untuk kami berbuka puasa. Time sahur je lah aku sempat masakkan untuk anak-anak. Masak simple-simple ja. Dorang pun bukan ada selera makan di awal pagi. (^_~)


Monday, June 13, 2016

Tester Biskut Raya

Assalamualaikum

Salam ramadan ke-8

Dah seminggu kita berpuasa. Memang tak sedar kan. Ada 3 minggu lagi ramadan yang harus kita manfaatkan sepenuhnya.

Korang ... ni aku nak bz body sikit. Dah buat persediaan untuk raya ke ? 
Baju-baju anak dah siap .. biskut raya?

Yang buat sendiri biskut tu rasanya minggu ke-3 ramadan baru bertungkus lumus di dapur. Membaking2 segala. 
Yang agak kemalasan cam aku ni .. dah start mensurvey biskut raya. Yalah nak menempah ... haruslah mensurvey harga dan mengetest rasanya. 

Hari tu aku dah tempah 3 balang. Biskut apa nama dia aku dah lupa dah .. yang penting sedap dimakan. 
Aku tempah dengan sorang rakan yang kerja dengan office sebelah. 
Minggu lalu dia bawa lagi contoh biskut untuk ditest. 
Tapi nak test macam mana kan time tu puasa. Terpaksa lah dia tapaukan aku seketul biskut setiap satu jenis untuk aku test lepas buka puasa nanti.




Antara biskut raya yang hendak ditest. Aku suruh gak anak-anak aku mengetest. Sedap ke tidak. 
Hubby memang tak nak sebab sekarang dia tengah beratkins kan. Biskut raya tinggi kalorinya hehe

Ni kalau tak ada berkenan di anak tekak aku memang biskut tunjuklah jadi pilihan. 


Note : Dulu2 memang rajin buat biskut raya sendiri .. tart nenas, biskut gajus, biskut semperit ... sekarang ni mood membaking dah ke laut .. huhu



Saturday, June 11, 2016

3 situasi pening semasa raya dan penyelesaiannya!

Assalamualaikum

Apa ni baru 6 hari berpuasa dah cerita tentang raya ... bukan apa ni namanya nak buat persediaan awal lah katakan. Senang ... tak lah kita kelam kabut nanti.

Aku tiap kali raya mesti akan balik ke kampung ku di Kota Marudu. Napa tak balik rumah suami ?? hehe kita orang dah ada kata sepakat dari sejak dulu lagi ... malam raya kat kampung aku ... raya pertama pula kat kampung hubby. Best tak suami kita hehe 
Mestilah best sebab kampung kita orang bersebelahan saja .. :P

Aku kalau di kampung, raya pertama adalah hari yang sangat sibuk sekali. Lepas sembahyang raya ja kami dah dikunjungi oleh sedara mara ... pakcik makcik, sepupu sepapat, anak-anak buah. Riuh !
Aku, kakak, adik dan mak yang paling riuh sekali. Riuh di dapur sebab nak sediakan juadah, kena pastikan pinggan mangkuk cukup, sudu garfu segala. 
Fuhhh! memang kelam kabut gitu.

Korang pun memang pernah hadapi suasana camni kan. Sebab tu aku nak kongsi tips yang mudah ni. Sharing is caring kan. Harap-harap tips simple ni boleh membantu korang kan.
Baca tips mudah tu di sini >>>> 3 Tips Mudah




Kredit Foto : The Star via Oh Bulan

Friday, June 10, 2016

Undangan Majlis Berbuka Puasa

Assalamualaikum

Salam jumaat.

Dah puasa ke-5 hari ni kan. Tak sedar sangat masa berlalu begitu ja. Anak-anak aku, Shumi dan Shamzi dah berjaya puasa penuh untuk 5 hari. Mungkin sebab sekarang ni cuti sekolah so tak banyak tenaga yang mereka gunakan. Cuma duduk kat rumah ja.

Hujung minggu ni tentu korang ada menerima undangan berbuka puasa kan, tak kisah dari sedara mara ke, rakan-rakan ke ataupun majlis berbuka puasa yang rasmi tu. 
Best sebenarnya berbuka puasa beramai-ramai ni, meriah. Nak-nak lagi jika lama tak berjumpa. Kat majlis macam ni lah kita mengukuhkan lagi ikatan silaturahim sesama kita. 

Kalau di majlis-majlis berbuka puasa yang rasmi tu pula, tentu-tentu banyak aktiviti yang boleh dimanfaatkan. 

Dan satu lagi yang best, korang tak payah fikir menu apa yang hendak dibuat untuk berbuka puasa hari tu, semuanya dah sedia terhidang gitu .... (^_^)

Minggu ni aku dapat dua undangan untuk berbuka puasa ... satu daripada eQurban ... Majlis Iftar Denaihati Network, Adi Putra, 3Qurban & Jopana bersama Blogger 2016.
dan satu lagi undangan ke Majlis Perasmian Iftar@KL 2016 dari Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. 







Hajat dihati tu memang teringin untuk memenuhi undangan tersebut, akan tetapi lokasi majlis tu sangatlah jauh di seberang laut ... hehe aku kan duduk kat Sabah
Dua-dua majlis pun bertempat di Kuala Lumpur. 

Terima kasih banyak-banyak kepada mereka yang mengundang. In sha Allah jika ada undangan lagi dan berada di kawasan aku ni, aku akan penuhi undangan itu ... (^_^)





Thursday, June 9, 2016

Jaga Mulut, Jaga Mata, Jaga Telinga

Assalamualaikum

Salam khamis, ramadan ke-4 hari ni 

Hari ni aku mula kerja balik setelah bercuti selama 5 hari. Lemau ja rasa, ni lah kalau terlampau ambil banyak cuti. Bila aku bagitau Damia semalam esok Umi pegi keja, Damia duduk diam-diam di rumah dengan Baba, dia tak bagi. Tak payah pegi keja katanya. Damia dah best sangat bila Uminya setiap hari ada di rumah. Huhu

Korang puasa camna ... mestilah ok kan, semua berjalan lancar. Dah usia-usia cam kita ni, tak kan masih ada masalah dengan puasa. Lainlah umur cam anak-anak kita tu. Tapi alhamdulillah, Shumi dan Shamzi dah 3 hari berpuasa penuh. Walaupun banyak cabaran katanya. Shamzi pukul 8 dah jenguk esbok. huhu
Damia emmm belum boleh lagi rasanya, bangun tidur ja dah minta buatkan susu. Katanya minum susu banyak2 supaya dia cepat tinggi (terpengaruh dengan iklanlah ni)

Korang puasa-puasa juga ... tahan lapar dan dahaga. Tapi kena ingat juga, JAGA MULUT, JAGA MATA, JAGA TELINGA ...



Sumber : Google Image




Wednesday, June 8, 2016

Tiga Hari Dua Malam di Kuching

Assalamualaikum

Dah macam pakej percutian pulak. Menang percutian ke Kuching selama 3 hari 2 malam! 

Hehe .. tak ada maknanya nak menang. Tak pernah pun bernasib menang pakej percutian huhu.

Ni cerita hari tu ... company aku buat Team Building untuk branch di Sabah dan Sarawak. Dorang buat kat Hotel Pullman di Kuching Sarawak. 
Excited tau sebab tak pernah lagi jejak di bumi Sarawak walapun berjiran ja dengan Sabah.
*bertambah excited sebab semua ditanggung company kan*

Team Building 6 hingga 8 May yang lalu. 6hb tu ngam2 hari jumaat. Kalau diikutkan masih hari bekerja tapi memandangkan flight ke Kuching jam 3.30pm, kitaorang 'tutup kedai' awal.


*Ni muka2 excited cam sardin sebab bersesak dalam teksi on the way ke Hotel Pullman*


*Bilik tempat kitaorang stay di Hotel Pullman. Masuk bilik ni terus terasa vip. Besar giler bilik dia. Hari kitaorang check tu banyak pak-pak menteri stay sini juga termasuk lah TPM kita tu. Maklumlah minggu tu kan minggu mengundi Negeri Sarawak*


*Bandaraya Kuching view dari bilik aku. Besar dan luas*

Hari pertama tu kami belum ada program so masa ni kami gunakan untuk meninjau kawasan sekitar hotel tempat kami stay tu. 
Hotel Pullman ni betul-betul menghadap sungai (sungai tak tahu apa nama dia tapi yang pasti sungai kat Sarawak ni memang besar dan dalam. Macam laut pun ada).
Di sepanjang sungai ni dinamakan waterfront, banyak gerai2 kraftangan kat kawasan ni.

*Ni pemandangan dari tebing sungai di waterfront tu*

Sempat juga aku membeli fridgemagnet dan juga kain pelikat Sarawak untuk mak.
Orang kata kalau ke Sarawak jangan lupa beli kek lapis dan juga merasa mee koloknya. 

Dan semuanya tu ada di seberang sungai. Terpaksa naik bot penumpang dan itulah satu-satunya cara untuk ke seberang sana.
Dahlah aku gerun tengok sungainya tu. 

Pikir punya pikir aku dan 2 orang kawan ambil keputusan naik bot tu. Masa naik bukan main riuh lagi sebab takut .. 1st time tau naik bot penumpang. Nasib baik ke seberang sungai tak sampai pun 10 minit. (^_^)

*tester yang menarik perhatian pengunjung kedai kek lapis ni .. dan aku pun tak lepas peluang mengetest (perkataan baru)*


*Pelbagai perisa kek lapis dijual di kedai ni. Sempat beli 6 potong kek lapis untuk dibawa pulang ke KK. Tapi kan bila sesuatu itu dikomersilkan dan cuma berasaskan keuntungan kadangkala kualiti tidak dititik beratkan. Kek-kek yang aku beli tu sangat ke laut rasanya. Memang agak mengecewakan. Seharusnya kedai ni bila dah tau ramai pengunjung luar datang, kualiti kek tu harus dijaga, jangan pula mengambil kesempatan terhadap pengguna. Tak puashati dengan kualiti kek lapis tu aku order pula daripada kawan sekerja hubby yang berasal dari Sarawak. Agak mahal sedikit daripada yang aku beli di kedai tu tapi test dia memang sedap. Puas hati gitu. Terubat juga kekecewaan aku dengan kedai tu*


*Mee Kolok. Yang ni set special, harga RM5.00 sahaja. Sedap ... Mee dia kering digaul dengan kicap. Sebab tu agaknya dihidangkan bersama sup ..*

Walaupun tujuan ke Kuching ni bukan untuk bercuti tapi sempat jugalah meninjau sebahagian kecil bandar ni. Sempat merasa mee kolok, sempat naik bot penumpang, sempat membeli kek lapis (walaupun kecewa) ... kata orang sambil menyelam sambil minum air. 😀


Note : Hari ni last day bercuti .. esok dah kerja balik .. huhu





Monday, June 6, 2016

Ko tenung apa tu dik?

Assalamualaikum

Salam ramadan pertama dan selamat berpuasa 😊

Godek-godek gambar terjumpa pula gambar tahun 2010 ni. 

Masa ni Damia masih dalam proses .. kihkihkih Shumi baru 4 tahun, Shamzi pula baru ja 2 tahun. Harum baby pun belum hilang lagi. 

Yang paling besar tu anak kakak Syafiq, sekarang dah 16 tahun, besar dan tinggi dari aku. Yang baju hijau malu-malu anak adik, sekarang dah darjah 5 juga dah hampir sama tinggi dengan aku. Semua gen tinggi menggalah. 

Pejam celik pejam celik *ayat klise* tak sedar bah anak-anak membesar. Cabaran membesarkan anak juga semakin susah tak kira dari segi kewangan dan juga cara didikan. Anak-anak sekarang bukan cam kita dulu, sekarang terlalu banyak terdedah dengan budaya-budaya yang tidak sihat. Huhu

Moga2 anak-anak kita semua sentiasa dibawah lindunganNya.

Korang aku bukan bersyarah pasal tu .. sebenarnya nak suruh korang tengok persamaan 3 gambar ni ... apa yang korang nampak ?




*apa yang ko tenung tu dik ??? 3 kali snap gambar ko asyik belek jari ko ja kihkihkih*


Note : sedang bercutian 3 hari .. sambut awal ramadan di kampung



Friday, June 3, 2016

Genap 11 tahun

Assalamualaikum

3hb Jun 2005, selepas isyak .. aku selamat disatukan dengan seorang lelaki bernama Dzuhardy ... lelaki yang akan menjadi peneman suka duka aku seumur hidup .. in sha Allah 

Gitu ayat kekononnya nak jiwang kihkihkih

Pejam celik pejam celik, tahun 2006, tahun 2008, tahun 2011 'keluar' anak-anak yang comel hasil dari perkongsian hidup selama 11 tahun hehe
Kira-kira dah nak tutup 'kilang' dah bak kata Doc ... dah cukup 3 ... umur dah makin meningkat, kesian pula nanti anak baru nak masuk sekolah rendah, kita dah macam nenek-nenek. huhu

Hepi anibesari Hubby ! 


*Gambar ulang tayang sebab kita dua jarang ambil gambar bersama ... dah jadi tebiat sejak zaman bercintan cintun gitu ... macam alergik jak kalau ambil gambar bersama hehe *


*Terima kasih kerana sudi menjadi teman suka duka dan bergaduh*


*Terima kasih sudi menjadi baba yang sempurna untuk anak-anak kita*



Note : Kami tak ada special celebrate ke apa ... aku kerja hari ni ... hubby jadi pengasuh anak-anak di rumah hehe



Thursday, June 2, 2016

Taman Sorinsim Kota Marudu

Assalamualaikum

Ni cerita dah lalu ... bulan berapa dah lupa dah tapi dalam tahun ni juga. 

Dah banyak kali sebenarnya plan nak ke tempat rekreasi ni. Dengar kawan-kawan bercerita dan bila ternampak gambar-gambar yang dikongsikan di FB, macam best ja tempat ni. 
Actually pusat rekreasi ni bukan jauh pun, di daerah kelahiran aku sendiri KOTA MARUDU. 

Taman Kinabalu Sorinsim Kota Marudu. Salah satu pusat rekreasi yang mula mendapat perhatian awam untuk tempat berkelah dan mandi manda. 
Taman ni antara taman-taman yang digazetkan sebagai salah satu pusat pelancongan di Sabah, sama seperti Taman Kinabalu di Kundasang tu. Dan kalau yang belum tahu dalam sejam setengah gitu, kita boleh ke Poring, Ranau melalui jalan raya di Taman Sorinsim ni.
Dekat kan (^__^)
Lepas ni nak try pegi Kundasang melalui jalan kampung sendiri lah ni ...


*Ni muka eksaited nak ke Taman Sorinsim. Kami guna satu kereta jak, senang nak gerak. Nasib baik ada van abang ipar. Semua boleh muat hehe*


*Pintu masuk taman ni .. mesti lah ada bayaran sebab tempat ni adalah salah satu pusat pelancongan di bawah taman-taman kinabalu*


*Tengok betapa jernihnya airnya tu. Tak sabar nak lompat ke dalam hehe*



*Pemandangan kawasan sungai di Taman Sorinsim ni*





*Kalau dah ke sungai camni ... aktiviti wajib adalah berkubang. Hampir 2 jam juga kami dalam air tu. Anak-anak pun dah kecut hehe. Air dari pergunungan, haruslah sangat segar dan sejuk*


Memang puas hati dapat berendam hari tu. Teringat zaman budak-budak dulu. Hari-hari dapat mandi sungai. Sekarang ni nak cari sungai yang belum tercemar sangat susah sekali .. bila dapat peluang camni, tak boleh dilepaskan. Anak-anak pun puas hati dapat merasai keseronokan mandi sungai seperti Umi dan Babanya dahulu ... 

Cuma beberapa perkara nak komen tentang tempat ni, harap-harap lepas ni pihak pengurusan sediakan lebih banyak tandas dan tempat menukar pakaian dan pastikan ianya bersih sentiasa.
Pastu sediakan lebih banyak pondok untuk kemudahan orang awam serta kawal anjing-anjing liar yang berkeliaran. 



Note : Nanti nak ke sini lagi ... tak puas hari tu berkubang hehe



Wednesday, June 1, 2016

Mula menyoping !

Assalamualaikum

Puasa tinggal beberapa lagi ... eksaited ? Haruslah tak sabar menunggu bulan yang penuh keberkatan ni. 
In sha Allah minggu depan aku sekeluarga akan balik ke kampung, nak sambut puasa di sana. 

Dah bersedia sambut ramadan ?
Bersedia dari segi fizikal dan rohani .. yang tu masing-masing fahamlah kan .. 
Tak perlu cerita rasanya.

Ni aku nak bagitahu .. aku dah start menyoping baju raya. Bukan untuk aku tapi untuk anak-anak. Ni gara-gara sales di Parkson lah ni .. 70% 50% .. haruslah terus terjah.


Nampak tak sales tu ... rasa rugi pula kalau tak pusing seround dua. 



Dan hasilnya dapatlah seorang dua helai t-shirt raya. Faham-fahamlah budak2, raya pertama ja pakai baju melayu baju kurung tu. Raya seterusnya lebih selesa dengan t-shirt dan jeans ja. 

Ni sebenarnya clearance stock .. nak clearkan stock lama sebelum dorang keluarkan stock baru untuk jualan raya tahun ni .. kiranya yang latest designlah tu.

Tapi aku tak kisah .. stock lama ke ... old design ke ... yang penting ianya baru dan cantik. Kalau beli stock yang baru, sehelai t-shirt jenama tu mau RM70 ke RM80. 
Yang ni aku beli 6 helai belanja hangus dia baru seratus beli ...

Pasni tinggal nak beli baju melayu dan baju kurung anak lagi. Yang ni mau tak mau terpaksa tunggu dorang keluarkan stock baru. Beli yang ready made ja, samalah dengan uminya ni. Baba rotate baju melayu yang ada ja. 


Note : Hari ni mula kerja balik selepas cuti 4 hari ... rasa lemau lah pula hehe