Saturday, July 30, 2016

Cuti yang aku suka

Assalamualaikum

Perkara paling best untuk ibu yang berkerja cam aku ni adalah CUTI ... bestnya sebab bolehlah luruskan tulang belulang sekejap. 

Apa yang aku buat masa cuti ? Jika masa tu bukan musim cuti sekolah aku lebih suka duduk di rumah. Relaks depan tv, blogwalking *suda semestinya untuk seorang blogger* dan tidur .. :😜

Kadang2 tu hubby ada juga ambil cuti sekali ... ye lah lepas hantar anak-anak ke sekolah, masa ni lah kita orang berpeluang dating cam zaman bercintan cintun dulu 😍
Pegi tengok wayang, makan-makan pastu round-round shopping mall.

Jika cuti aku ngam-ngam timingnya dengan cuti sekolah .. kitaorang selalunya akan keluar kejap dari area bandar yang sesak ni 😥
Destinasi wajib haruslah balik kampung ... anak-anak suka, mak bapanya pun suka. 
Kalau tak kitaorang akan ke kawasan pergunungan yang sejuk itu, di mana lagi kalau tak Kundasang, Ranau. Yang sangat pemes dengan Gunung Kinabalu itu. Stay 2 malam di peberet resort memang sangat cukup menyenangkan. 

Tak kisah macam mana, kalau namanya cuti memang aku dan hubby akan plan terlebih dahulu. Tak lah kelam kabut kan. Kalau ada area yang kitaorang nak pergi kena bermalam di sana, resort atau hotel kena book sebulan awal gitu. 

Korang pula macam mana ?? Mungkin salah satu style cuti ni 》》 6 Style Cuti Di abad ini! 《《 adalah style korang 😁


Favorite place Kundasang!


Wednesday, July 27, 2016

Giveaway Minyak Wangi Braveheart & Sweetheart DD Cosmetics Di Mialiana.com

Assalamualaikum

MINYAK WANGI BRAVEHEART


Braveheart merupakan minyak wangi lelaki khusus untuk memberi motivasi golongan ini supaya berani berhadapan dengan kehidupan, kenyataan dan segala kemungkinan.

Ia tampil menguasai seluruh jiwa pemakainya. Membangkitkan iltizam seorang lelaki  yang sempurna. Haruman penuh imaginasi. Gandingan aroma anggur yang menggiurkan, membawa mesej tersendiri pada diri pemakai. Haruman ini membawa dimensi baru untuk lelaki urban yang masih tersimpan ke jiwa kedesaannya. Ekstrak anggur, musk dan casmerewood memberi percikan nota-nota haruman yang penuh maskulin dan ikonik.

Komposisi segar ini mampu memperkasakan penampilan jejaka yang memakainya. Gabungan ramuan inilah yang diperlukan setiap lelaki hebat dalam misi berinspirasi. Lelaki di sebalik Braveheart berjiwa pelindung, gagah, penuh wibawa dan kekal romantik.



MINYAK WANGI SWEETHEART


Haruman yang telah memukau ribuan pencinta dan pengumpul minyak wangi. Diinspirasikan dengan bau tumbuhan dan boleh dibawa solat.

Sweetheart digambarkan ibarat semanis bayangan wajah, kesempurnaan dan keanggunan. Haruman ini dirumus khas dengan pati segar yang memukau kalbu berunsur haruman terpilih seperti vanilla, rose, buah plum dan mandarin.

Aroma sweetheart menjanjikan kepuasan, keseronokan dan keindahan. Setiap nota haruman ini memberikan keasyikan berbeza. Vanila mengusik peribadi pemakai dengan gaya feminin. Manakala mandarin melayangkan kesegaran, menitip kecergasan. Nota haruman buah plum membangkitkan energi dan kemanisan.

Kelebihan & Keunikan Minyak Wangi Braveheart & Sweetheart

Minyak wangi keluaran DD Cosmetics diinspirasi dengan bau tumbuhan dan semulajadi serta boleh dibawa solat. Pati minyak wangi Braveheart dan Sweetheart diimport dari Paris. Kemudian, ekstrak haruman ini diformulasikan mengikut kesesuaian dan cita rasa pengguna Malaysia. 

Haruman ini mampu bertahan 12 hingga 24 jam sehari dan bergantung dengan aktiviti yang dilakukan.

Harga mampu milik juga ditawarkan kepada pengguna iaitu hanya RM49.90 sebotol yang berukuran 30 ml manakala untuk Sabah Sarawak hanya RM59.90.

PEMBELIAN SECARA ONLINE VIA STOKIS KERINCHI – KIOSK ONLINE TERMURAH

Kerinchi.com merupakan pemborong, pengedar dan penjual online pelbagai produk kecantikan, kesihatan bagi Putrajaya, Bangi, Sepang, Salak Tinggi, Puchong, Kajang, Seri Kembangan dan seluruh Malaysia.

Antara produk kesihatan dan kecantikan yang dijual di Kerinchi.Com ini ialah D’Herbs, V’Asia, Jamu Ratu Malaya, Tropica Bioherbs, Jamu Jelita, Jamu Ratu Dara, Jamu Mirafica Plus dan DD Cosmetics

Instagram : @KerinchiDotCom
WhatsApp: 018-233 1211


DD Cosmetics sangat mengalu-alukan mereka yang berminat untuk mendaftar menjadi stokis dan ejen. Sebarang pertanyaan mengenai produk boleh hubungi:-

WhatsApp: 019-2018 014





SILA JAWAB SOALAN-SOALAN BERIKUT
  1. Umur anda? 37 tahun 😊
  2. Jantina anda? (Perempuan)
  3. Saya patut dipilih oleh DD Cosmetics dan seterusnya bersetuju untuk membuat entri review minyak wangi Braveheart / Sweetheart berdasarkan pengalaman saya kerana saya merupakan peminat tegar kepada semua jenis minyak wangi. Keluar rumah wajib sembur minyak wangi baru terasa yakin. Minyak wangi berasaskan bau tumbuhan merupakan favorite saya disebabkan harumannya yang lembut. Jika terpilih saya pasti syorkan kepada semua teman dan juga pembaca blog saya terutama untuk pasaran di tempat asal saya, Sabah!😊

Giveaway Minyak Wangi Braveheart & Sweetheart DD Cosmetics Di Mialiana.com ini dianjurkan pada 19 hingga 29 Julai 2016 oleh blogger Mia Liana dengan kerjasama DD Cosmetics dalam mencari 15 orang blogger. Kepada blogger yang berminat nak join, sila klik SINI. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

Wednesday, July 20, 2016

Perhatian kepada SAR

Assalamualaikum


Kakak hari tu muncul di surat khabar. Kakak di pagi hari bertugas sebagai guru di tabika Kemas .. manakala di waktu petang mengajar sekaligus memegang tugas sebagai guru besar di Sekolah Agama Rakyat di salah sebuah kampung berhampiran tempat tinggalnya.

Sekolah agama ni dahulunya memang terlihat sangat uzur, bangunannya tinggal tunggu rebah ke bumi. Kasihan ibu bapa yang menghantar anak-anak ke sekolah agama ni. 
Kakak mengambil inisiatif dengan memohon bantuan pihak Muis (Majlis Ugama Islam Sabah) dan alhamdulillah ... sekarang anak-anak boleh belajar dengan selesa di bangunan yang telah dibaik pulih. 
Baru2 ni, semasa sambutan hari raya, sekolah agama tempat kakak mengajar sekali lagi mendapat bantuan .. syukur alhamdulillah.


Monday, July 18, 2016

Tak ada bunga api tak raya dorang

Assalamualaikum

Salam raya ke-13

Anak-anak aku seminggu sebelum raya dah sibuk ingatkan aku beli bunga api. Damia pula sibuk ingatkan aku beli mercun pop pop tu. Mercun pop pop yang bungkusan kecik2 warna putih tu. Bila dihumban ke lantai ada letupan kecil pop! .. 
Dah itu sahaja yang diluluskan oleh kementerian untuk dijual .. itu sajalah yang boleh dorang main. 

Aku sebenarnya dah banyak kali pesan dengan anak-anak jangan sesekali main mercun. Kang ada yang putus jari putus tangan korang mau ke, tak boleh sambung balik tau .. ngeri anak-anak aku dengar. 

Tapi tak berapa nak best bila tak ada bunyi2 letup tu kan .. hehe so belikan aja mercun pop pop harga 80 sen sekotak tu. 
Hari tu singgah kedai runcit nampak pula bunga api. Beli 20 batang, bagi anak2 main tapi di bawah pengawasan baba ..




Tengo tu bukan main seronok dorang. Ni main malam raya ke 2. Sepupu sepapat belum sampai lagi .. kakak dan adik tahun ni masing2 beraya di rumah mertua dorang .. so raya ketiga baru balik ke kampung. 


Note : dulu2 tak berpeluang main bunga api .. mahal katanya tak mampu. Tapi dulu-dulu kita orang main meriam buluh. Bergema ko satu kampung. Tengo bedilan sapa yang paling kuat. Meriahnya 😁

Thursday, July 14, 2016

Seminggu selepas Raya

Assalamualaikum

Salam Syawal ke-9

Tu dia dah seminggu lebih kita beraya kan. Masih dalam mood raya ?? mestilah kan. Raya kan sebulan. Mesti hujung minggu ni ambil peluang berkunjung ke rumah rakan-rakan. Maklumlah raya hari tu ramai yang balik ke kampung. Sekarang ni giliran beraya di bandar pula. 

Ada yang masih teringat ketupat lemang dan rendang ?? ada yang masih terbayang2 tapi aku dah tahap jemu dah. Cepat benar hilang selera nak makan benda-benda tu ... mana tak, makan semua benda tu non-stop dari raya pertama hingga raya ke-4. Mana tak cepat muak. 

Balik dari kampung hari tu ... aku dah suruh hubby beli sayur kat pasar ... dah lama tak makan sayur ...asyik pulut dan daging jer. jemu wei.
Malam tu tumis sawi manis campur pula dengan tauhu kering. Punyalah nyaman. :P

Mula kerja hari isnin tu, aku teringin pula nak makan nasi ayam. Siang malam terbayang rupa nasi ayam tu jer ... haipppss bukan ngidam ye, ni kes terlebih makan makanan hari raya. Tu yang teringin nak makan makanan yang lain. 
Teringin makan dari hari isnin hari tu, semalam dapat juga merasa. Hubby belanja makan semalam. tengkiu.

Semalam aku dan hubby cuti sehari gitu. Bukan nak pegi dating (walaupun sempat juga tengok wayang The Legend of Tarzan hehe), hubby ada review dengan doktor. Hari tu kan hubby ada suspect darah tinggi. Tapi hubby tak nak makan ubat, dia nak cuba kawal berat badan dan diet. 
So check semalam, alhamdulillah. Tekanan darah dah normal. Berat badan hubby pun dah turun 14kg dalam masa 3 bulan. Hari tu check 89kg ... semalam berat hubby dah turun 75kg.
Berkesan diet atkins hubby selama 3 bulan ni. :) aku pula yang jeles. Bilalah nak buang lelemaks degil ni .. huhu
Walaupun ikut BMI hubby masih overweight tapi kira oklah berbanding dulu. Yang penting sihat.

Aku pula cuti semalam sebab nak review juga, tapi bukan aku yang review .. tu si Alputih aku tu. Buang tebiat pula lepas raya ni. Ada masalah aircon. So bawalah ke Nissan semalam. Check apa benda yang rosak. Check punya check .... dah bocor apa ke benda tu Cooling Coil. Kalau nak baiki, kena ganti part terus. Part pula bukan main harganya ... nak fengsan ko di Nissan. Harga 2000 lebih. 
Aiiii Alputih ...apasallah ko ada masalah lepas abis warranty ni ... huhu.
Redha je lah. Mau tak mau kena baiki juga. Ko yang nak pakai kereta jenis camtu, harus pasrahlah bila dah ada kerosakkan. 
So book hari untuk baiki cik Alputih .. kena bermalam 2 hari kat sana. huhu



Hari ni datang kerja termenung sorang-sorang sambil layan bihun goreng dan dim sum ... nasib baiklah dim sum tu sedap, terubat juga sakit hati bila memikirkan cik Al Putih tu ... huhu


Monday, July 11, 2016

Tema Hijau Hitam

Assalamualaikum

Salam syawal ke-6!

Baru berkesempatan jenguk blog hari ni. Almaklumlah sibuk beraya.
Sebelum tu nak juga ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin. 
Hari tu tak sempat nak ucap kat blog .. sibuk nak balik kampung. Hehe

Untuk hari ni kita cerita pasal baju raya lah ye. 
Tahun ni umi dan baba recycle baju lama jer. Tak beli apa pun. 
Cuma belikan baju baru untuk anak-anak. Bila nak beli tu terpaksalah mencari kaler yang sama dengan baju recycle umi dan baba. Mesti nak juga sedondon kan ...
Maka terhasillah tema kaler baju raya hitam hijau tahun ni ... 😁


*Tak sah kalau tak bergambar sefamili kan*


*Kanak-kanak riang di hari raya*


*Umi dan Damia .. pose ala-ala iklan baju raya gitu ... hehe*


Nak bz body ... baju raya korang kaler apa tahun ni ?? 😁

Friday, July 1, 2016

Selamat Hari Lahir ke-8 tahun

Assalamualaikum

Salam ramadan ke-26

Nak sampai penghujung dan ramadan. Shumi dan Shamzi alhamdulillah setakat ni masih bertahan berpuasa, tak pernah ponteng. Tapi sejak dua tiga hari ni asyik mengira hari ja, tinggal berapa lama lagi kita nak berpuasa. Tak sabar balik kampung katanya, budak-budak kan excited nak beraya.

Semalam hari lahir anak Umi yang no 2, Shamzi Dzukifly. Yang ke 8 tahun katanya. Moga dipanjangkan umur, sihat selalu, jadi anak yang soleh dan berjaya dunia dan akhirat. 

Belum ada sambutan hari lahir untuk Shamzi, mungkin dalam minggu ni. Semalam kira nak beli kek untuk dia tapi abangnya Shumi tak ada di rumah kerana ada majlis berbuka puasa dan tarawih di sekolah agama. Kita sambut birthday di rumah atuk dan neneklah besok ye ...

Semalam Babanya dapat whatapps video dari guru kelas Shamzi. Ada nyanyian Happy Birthday dari rakan-rakan sekelas Shamzi untuknya. Tersipu-sipu malu Shamzi. Duduk membatu ja dia di tempat duduknya. Terharu sangatlah tu ... hehe


video


Ok lah disebabkan hari ni aku last bekerja sebelum cuti seminggu, kira nak abiskan segala kerja-kerja yang tertunggak. Barulah senang hati nak bercuti dan beraya kan :P
Yang akan balik kampung esok, berhati-hati di jalan raya, semoga selamat tiba di destinasi di tuju.


Note : Hari ni Jumaat terakhir di bulan ramadan tahun ni :'(