Friday, September 30, 2016

Buah Cinta

Assalamualaikum

Bukanlah, bukan buah hati cinta tapi BUAH CINTA ... aku bukan nak story pasal cinta-cinta. Ni nak perkenalkan korang dengan buah ni, mungkin ada yang dah tau dan mungkin ada juga yang baru tau kewujudan buah jenis ni ... cam aku lah. Ada sakai sedikit sebab  baru tau buah ni wujud. hehe



Ni aku jumpa kat gerai menjual buah-buahan di Kundasang. Aku nda lah pula bertanya lebih lanjut samada buah ni memang ditanam di sana atau pun diimport dari tempat lain.  
Kata penjual tu, buah ni dinamakan buah cinta. Dari sudut mana cintanya tu, aku tak pasti pula. 

Tapi kan bila korang Google tentang buah cinta ni, tak banyak maklumat tentang buah ni. Carian paling atas tentang buah ni adalah daripada laman web Indonesia .. ada dipaparkan buah cinta tetapi berbeza rupa bentuknya dari yang ni ....




Yang ni rupa bentuk dalam buah cinta ... macam rupa tomato pun ada, rupa buah terung pun ada juga kan. Macam mana test dia ... aku ada tanya penjual buah tu, rasa dia masam-masam camtulah. kalau yang baru first time makan memang ada terasa pelik sedikit.
Dan memang betul, kalau yang baru pertama kali makan cam aku memang sangat pelik rasanya. Nak kat sedap, emmmm kalau pendapat aku, test dia lebih kurang cam buah tomato yang tawar. Masam-masam tapi ada kekurangan umppphh di situ.
Tapi itu pendapat aku je lah. Kalau korang nak rasa sendiri buah ni, nanti kalau ke Kundasang, jangan lupa beli dan test. Rasanya cam kat Cameron Highland pun ada dijual (ni mengikut apa yang aku baca kat Googlelah) ... 


Wednesday, September 28, 2016

Pizza Cheese Meleleh di Desa Dairy Cattle Farm Kundasang!

Assalamualaikum

PIZZA CHEESE MELELEH DESA DAIRY CATTLE FARM KUNDASANG | apa yang meleleh tu ... hehe alkisahnya sabtu tu kitaorang satu family pegilah ke Kundasang atas permintaan anak pompuan aku tu si Damia. Katanya teringin sangat nak lawat 'sapi' dan makan puding stoberi.  

Kitaorang stay semalam kat Kundasang. Kali ni kami ke homestay yang berdekatan dengan Cottage Hotel. Nak tahu tentang homestay tu ??  tunggu ye, akan dikongsikan nanti .. Lagipun gambar-gambar semua belum di touch up lagi ... kita cerita-cerita tentang pizza ni lah ye.

Lepas urus dan simpan barang-barang kat homestay tu, kitaorang terus gerak ke Desa Cattle Farm. Homestay kitaorang kat Jalan Mesilau, tak jauh kalau nak ke tempat ladang lembu tu. 
Masa kitaorang sampai dalam jam 2 lebih tu, hujan turun. Kira kuat jugalah tapi demi Damia, ceh .. hehe, kitaorang redah je lah. Masa tu masih ramai penghujung, barisan kat kaunter menjual susu dan puding pun masih panjang. Aku dan Damia berbaris kat situ sebab nak beli puding, Baba, Shumi dan Shamzi pula ke kaunter menjual aiskrim dan yogurt. Sejuk-sejuk pun tetap nak makan aiskrim segar terbaik dari ladang tu. 
Tiba giliran kami dan Damia, terus tanya puding stoberi. abis sudah miss , budak kaunter tu bagitahu.... alalala sian Damia. Dah berubah sikit muka Damia bila aku cakap puding dah abis, sikit lagi nak tantrum di sana tapi cepat-cepat aku cakap kita makan aiskrim je lah ye. 
Nasib baik mood Damia ok, dia ya kan saja. Kalau tak memang abislah satu ladang tu dengar suara Damia menangis. hehe

Kitaorang duduk2 sambil menikmati aiskrim sementara menunggu hujan reda. Rugi wey kalau tak ambik gambar kat situ. Kabus tengah banyak so kita trip-trip kat obersi lah ye. 

Sedang duduk-duduk tu aku terpandang kaunter menjual pizza dan wafel. Macam best juga rupa pizza tu, masa tu perut kitaorang pun tengah berkeroncong, sejuk-sejuk kan, cepatlah lapar. Ok order satu pizza, harga pizza size regular di Desa Cattle Farm ni cuma RM 19.80 ... size lain tak ada so memang itulah harga pizza di sana :P. Ada dua flavour, satu Pizza Cheese dan satu lagi Pizza Sausage Cheese. Aku pilih yang ada sausage, tunggulah dalam 10 minit gitu. 

Selepas 10 minit .... tada !!!!!!

Gebu Gebas pizzanya ... wangi cheese dia memang memikat selera. Kalau tak silap cheese ni dorang hasilkan sendiri di ladang lembu tenusu ni.  Roti pizza tu pun rasa dia memang sedap. Lembut pastu ada rasa crunchy sikit kat luar.


Kejap je kitaorang kerjakan .. hehe tengo lah cheese dia ... meleleh sangat, dah macam tali pula kitaorang tarik. Yang aku suka dengan cheese pizza ni, ianya tak memuakkan. Ye lah sesetengah cheese kan bila korang bubuh banyak2 kat atas pizza, cepat terasa muaknya. 



Hah ! yang ni, kira cam duta pizza lah ye. hehe Sebenarnya Baba nak ambil gambar kami berempat ja, tapi tiba-tiba ada sorang brother cina yang duduk sebelah kami offer ambilkan gambar kami sefamily. Sangat tengkiu dengan brother cina tu, kalau tak memang 'baba' selalu ja hilang dari gambar kitaorang :)


Ok tu je nak cerita tentang pizza tu. Aku memang suggest kat korang kalau singgah ke Desa Cattle Farm ni, korang jangan lupa test pizza ni. Jangan lupa juga test Gelato Yogurtnya, Susu perisa coffeenya, puding stoberinya ... emmmm tak terbayang-bayang pula aku, nyum nyum ... pendek kata, semua yang aku suggest ni memang terbaik !



Tuesday, September 27, 2016

Ecowell - Travel Essentials Organic Bath and Body Care series : BODY LOTION

Assalamualaikum

Ok hari tu dah cerita pasal Shampoo, pastu Hair Conditioner dan Shower Gel, hari ni kita story-story pula tentang Body Lotion yang ada di dalam Ecowell Travel Essentials Organic Bath an Body Care Series ni.

Aku, losyen adalah salah satu benda yang wajib dibawa jika pergi travel atau out station. Aku ni jenis orang yang 'alergik' dengan air con :), semalam tidur dibilik yang beraircon, esoknya memang akan nampak kulit tangan dan kaki mengering. Tak suka tau.

Tapi leceh kan kalau korang nak bawa stok sebotol besar di rumah tu. Nak jalan-jalan ke atau travel, tentu-tentulah nak cari dalam botol yang mudah dibawa. 

BODY LOTION 50ml

Ni penyelesaiannya ... (^_^) Rich Moisturizing Body Lotion daripada Ecowell Travel Kit. Ianya diperbuat daripada Shea Butter dan Apricot Oil mampu membuatkan kulit anda sentiasa segar dan lembut. Bahan organic dalam losyen ni dapat mengelakkan kulit anda menjadi kering dan plus! ianya juga memperlahankan kesan penuaan. Bau dia pun emmmm sangat harum tau. 

Dimana nak beli ?? mudah saja. Korang boleh membeli secara online di








Friday, September 23, 2016

Giveaway 3D Gold StemCell Serum My Beauty Herbs Di Mialiana.com

Assalamualaikum

3D GOLD STEMCELL SERUM MY BEAUTY HERBS

Adakah anda ingin kulit wajah bebas tanpa jeragat, parut dan pori-pori terbuka? Adakah anda inginkan kedut di muka hilang sedikit demi sedikit dan anda inginkan semua masalah kulit muka hilang dengan hanya satu rawatan yang tidak melibatkan kos yang mahal? 

3D Gold Stemcell Serum akan menjadi jawapan atau solusi untuk permasalahan anda. PARUT JERAWAT, JERAGAT yang mula berkampung di muka dan yang sudah berkerak, KEDUT di muka yang menjadi teman apabila usia semakin bertambah adalah penyebab hilang keyakinan diri untuk bersosial.

Jangan biarkan masalah ini menghantui anda setelah sekian lama anda berada di dalam dilema dan malu bertemu janji. Kini My Beauty Herbs mengembalikan kejelitaan anda tanpa perlu melakukan laser dan kos-kos perubatan yang mahal. Beralihlah kepada 3D Gold StemCell Serum yang bakal mengubah kulit muka anda dari biasa menjadi luar biasa…Sangat hebat dengan hanya calit-calit merecik... Wow...


"Penyanyi/Pengacara Feeya Iskandar antara pengguna setia 3D GOLD STEMCELL SERUM. Beliau berjaya kekalkan kulit gebu semasa mengamalkan 3D GOLD STEMCELL SERUM dengan sapuan treatment cream di waktu malam."


Produk buatan MALAYSIA yang diformulasikan di FRANCE dan lulus KKM (NO KKM : NOT160106092K). Dapatkan KULIT KEKAL MUDA ANGGUN hanya dalam 30 HARI. Kesan penggunaan seawal 10 hari! Dapatkan kulit idaman anda hari ini. Dengan hanya sekotak, mesti ada perubahan ketara dan kulit lebih merecik flawless dan muda jelita. Nak lagi best pakai secara konsisten selama boleh. Memang TERBUKTI BERKESAN! Bahan SEMULAJADI!

3D GOLD Stem Cell Serum mempunyai kelebihan kerana bahan-bahannya lebih farmaseutikal dan formula yang terkini seperti Pure Argania Stemcell, Hydrolyzed Wheat Protein, Lepitium Sativum Sprouts Extract & Dermacom. Kelebihan yang ada pada 3D Gold StemCell Serum menjadikan kulit anda terus kekal muda anggun selamanya, seperti Feeya Iskandar duta My Beauty Herbs. Formula Hebat ini mampu memberi kesan “Instant Lifting” pertama kali ketika memakainya. Rangsangan tegang akan dapat dirasai secara lembut.

3D GOLD STEMCELL SERUM bagus dan berkesan untuk :
  1. Hilangkan parut hitam 
  2. Hilangkan dan cegah jeragat
  3. Mencegah luka jerawat
  4. Menutupi liang pori
  5. Memperbaiki struktur kulit dan tona sekata
  6. Lembapkan kulit
  7. Menganjalkan kulit
  8. Mengawal minyak pada wajah
  9. Mencerahkan kulit
  10. Menegangkan kerutan dimata
  11. Pudarkan gelap bawah mata
  12. Melindungi kulit dari sinaran UV
  13. Mengalakkan penghasilan kolagen
  14. Mengurangkan hingga 50% garis halus dan kedutan muka dengan pemakaian konsisten 
Cara Penggunaan My Beauty Herbs, 3D GOLD STEMCELL SERUM :
  1. Sila tekan 1 ATAU 2 kali dan ratakan serum ke wajah, bawah mata, leher dan mata sebelum tidur dan waktu pagi selepas mencuci muka. Pakai 2 kali sehari untuk kesan maksimum bagi jangka masa panjang.
  2. Pastikan anda membersihkan wajah sebelum menggunakan SERUM
  3. Krim rawatan dipakai pada waktu malam selepas mencuci muka. Jangan dicampurkan dengan produk lain.
  4. Minum minima 8 GELAS air kosong sehari

Harga
RM150 Semenanjung RM159 Sabah/Sarawak $65 Brunei $65 Singapore. Dapatkan harga promosi RM120 sekarang dengan treatment cream percuma bernilai rm69.90. 

Video Eksklusif Feeya Iskandar


Soalan yang kerap ditanya :
  1. Adakah 3D Gold Stemcell Serum ini berkesan ke? InsyaAllah berkesan, kerana dah lebih 1002 orang yang telah mencuba dan berikan feedback yang sangat bagus sebelum dilancarkan.
  2. Kenapa ramai yang order 3D Gold Stemcell  Serum iniKesan dapat dilihat seawal 10 hari, 100% diperbuat dari bahan semulajadi, tiada kesan sampingan yang menjejaskan kesihatan, 100% lulus KKM, harga yang berpatutan dengan kualiti terbaik,  mempunyai kandungan pure stemcell yang sangat tinggi, tiada pantang larang semasa pemakaian, sesuai untuk golongan lelaki dan perempuan, tahan lama dan untuk sebulan, terbukti secara klinikal, tiada bahan kimia, kualiti bertaraf antarabangsa, majoriti pengguna berpuas hati.
  3. 3D Gold Stemcell Serum ni boleh tahan berapa lama? 3D Gold Stemcell Serum 20ml boleh tahan selama sebulan.
  4. Boleh hilangkan parut jerawat? Jeragat degil? Boleh, kerana ada kandungan Lepitium Sativum Sprout Extract, Pure argania stemcell,Hydrolyzed Wheat Protein, Lepituim Sativum Sprouts Extract & Dermacom  yang paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit & memudarkan parut-parut hitam atau pori-pori besar. Jangan lupa sapu treatment krim di waktu malam.
  5. Boleh ke pakai toner & moisturizer jenama lain? Boleh, tiada masalah.
  6. Ada kesan-kesan sampingan tak? Tiada kesan sampingan. 3D Gold Stemcell Serum, dirumus dengan teknologi terkini yang berkualiti tinggi dan terbukti selamat dan tidak mengakibatkan pengelupasan kulit.
  7. Lelaki atau wanita, keduanya boleh pakai? Boleh, sesuai untuk kedua-duanya.
  8. Bagaimana nak dapatkan 3D Gold Stemcell Serum? Dapatkan dari kami My Beauty Herbs Hq +6011 28090446 atau beli online di website www.mybeautyherbs.com.my



Sila jawab soalan-soalan berikut :
  1. Siapakah pengguna yang akan mencuba? (Saya sendiri)
  2. Kondisi Kulit Pengguna Sekarang (Kulit berminyak, liang pori2 terbuka dan parut hitam)
  3. Saya patut dipilih oleh My Beauty Herbs dan seterusnya bersetuju untuk membuat entri review 3D Gold StemCell Serum berdasarkan pengalaman pengguna kerana ingin melihat sendiri keberkesanannya ke atas kulit muka saya. Selain itu dengan adanya kelulusan 100% daripada KKM dan tiada ada apa-apa kesan sampingan yang menjejaskan kesihatan, ianya membuatkan saya teruja untuk mencuba produk ini.

Giveaway 3D Gold StemCell Serum My Beauty Herbs Di Mialiana.com ini dianjurkan pada 16 hingga 25 September 2016 oleh blogger Mia Liana dengan kerjasama My Beauty Herbs dalam mencari 40 orang blogger. Kepada blogger yang berminat nak join, sila klik SINI. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.





Wednesday, September 21, 2016

Ecowell - Travel Essentials Organic Bath and Body Care series : SHOWER GEL

Assalamualaikum

Masih lagi aku nak story pasal Ecowell Travel Bath tu. Kalau dah namanya set mandian, tentu-tentulah ada gel mandian. 

Shower Gel 50ml

Apa yang membuatkan gel mandian ni berbeza daripada gel mandian yang lain? Of cozlah ianya dibuat daripada bahan organic seperti Myrtus dan Chamomile. 

Ianya mampu menyegarkan badan terutama selepas seharian penat berjalan-jalan. Selain membersih, haruman lembut vanilla membuatkan korang relaks dan tenang. Memang best sebab saya dah cuba. 

Dimana nak beli ?? mudah saja. Korang boleh membeli secara online di





Tuesday, September 20, 2016

Berehat di Langkah Syabas Resort!

Assalamualaikum

Korang jangan nak berangan lagi .. dah abis dah cuti sekolah walaupun entri ni cam nak mengajak korang bercuti lagi 😅

Ni cerita bulan lalu ... hujung minggu sebelum hari kemerdekaan tu. Hubby tetiba ajak stay semalam di resort ni. Pucuk dicita ulam mendatang. Bak orang ngantuk disorongkan bantal. Aku ikut ja bila ada orang nak sponsor 😆

Ni kali kedua kami stay di Langkah Syabas Beach Resort. Tapi di chalet yang berlainan. Harga pun berbeza. Jika yang sebelumnya dalam RM 250 net dengan 2 sarapan percuma, ni kali chalet yang berharga RM 335 net bersama 3 sarapan percuma.

Chalet yang berharga RM335 semalam tu. Single chalet, sebiji2 gitu. 


Dalam dia memanglah luas. Satu family besar pun boleh muat ni. Tinggal korang hamparkan toto kat depan katil tu. Katil dia ada 2, satu king size bed dan satu lagi single bed. Damia dah aturkan kat mana kitaorang tidur. Katil besar orang lelaki ja, katil kecil hanya pompuan boleh tidur. 😄


Beranda chalet ni menghadap kolam. Ada meja disediakan untuk kupi-kupi gitu sambil skodeng orang mandi ... kihkihkih


3 beradik ni dari mula sampai, kolam ni jugalah yang di aim2. Aku kata selagi dorang tak duduk diam2, tak boleh mandi. Sangatlah bersopan santun ko. Demi kolam yang ada depan mata tu. 


Tempat cantik untuk sesi fotografi. Ada padang rumput ala ala padang golf mini kat belakang resort. 


Resort ni sebenarnya kat area Kinarut. Kalau naik kereta, kira-kira setengah jam dari Kota Kinabalu. Itu pun dependlah kalau tak jammed. Kalau tetiba jammed masa tu mungkin dalam sejam atau sejam lebih baru sampai kat resort ni. 😥

Owner resort ni mat salleh. Segmentasi pasaran dia tourist dari oversea sebab tu rate chalet kat sini agak mahal berbanding dengan resort yang ada di sekitar Kinarut ni. 
Kalau ikut aku memang fikir 2 3 kali nak menginap kat sini, tapi tempat ni favorite hubby dan dia yang keluarkan ongkosnya, aku tak bantah ... ikut je lah kan 😆

Overall aku memang suggest resort ni kat korang tapi kalaulah wakil dari resort ni terbaca entri ni, ada beberapa komen dari aku untuk tingkatkan mutu service ; aku nak dorang variasikan lagi menu breakfast dorang, kira setanding dengan harga bilik yang agak mahal tu, pastu tekanan air kat bilik mandi tolonglah kuatkan sikit, jenuhlah kita nak hilangkan buih sabun, air dari shower tu sangatlah kecil .. huhu
Pastu memandangkan kat tepi mangkuk tandas tu tak ada pili air, tolonglah sediakan gayung kat dalam tandas. Nak basuh yang patut punyalah payah 😅
Last -banyak pula komen aku- , kat tepi pantai tu cuba-cubalah ambik inisiatif bersihkan dan pungut sampah yang hanyut. Gitu.

Ok tu je. Dah .. pegi sambung buat kerja 😜

Wednesday, September 14, 2016

Saya pun minat juga

Assalamualaikum

Ai pun minat juga. Minat apa tu .. cam hubbylah. Ambik gambar pastu 'make up' kan kasi up dia punya kaler. 

Ni aku kongsi sikit gambar2 yang tak seberapa tu untuk tatapan korang di hari rabu di musim cuti sekolah ni.








Tuesday, September 13, 2016

Ecowell - Travel Essentials Organic Bath and Body Care series : HAIR CONDITIONER

Assalamualaikum

Ok sebelum nak sambung cite tentang Ecowell Travel Kit ni, Selamat Hari Raya Aidiladha kat korang semua .. 😊

Hari tu dah bagitahu tentang Shampoo, kalau dah ada shampoo mesti ada hair conditionernya.

HAIR CONDITIONER 50ml

Apa yang best sangat hair conditioner yang ada dalam travel kit dari Ecowell ni?? 😉

  • Ianya diperbuat daripada Organic Shea Butter. 
  • Membantu melembutkan rambut dan membuatkan ianya senang diurus.
  • Dapat menyuburkan rambut dan membantu menyihatkan kulit kepala kita. 

Dimana nak beli ?? mudah saja. Korang boleh membeli secara online di







Friday, September 9, 2016

Bercutilah kita

Assalamualaikum

Hujan lebat pagi ni di Kota Kinabalu ... alhamdulillah hujan rahmat di pagi jumaat.

Selalu kalau hari hujan, pagi-pagi memang terasa malas nak bangkit dari tidur tapi hari ni aku bersemangat 🙌
Hehe maklumlah hari ni last kerja sebelum cuti seminggu minggu depan. Cuti raya haji sambung cuti sekolah katanya 😉

Korang balik kampung ke raya haji ni? Aku of cozlah balik kampung aku, hubby suka balik kat sana .. aku mengikut ja hehe
Bukan aku yang paksa tau 😅

Ok lerr .. cerita pasal cuti ni aku memang semangat. Nak tulis lagi tapi rasanya stop dulu. Nanti tak terbuat kerja-kerja yang menimbun. 


Ewah-ewah bukan main korang bertiga santai ye. Bincang hal-hal negara ke?


Note : baki cempedak modal RM30 tu dah selamat semuanya ku simpan dalam freezer. Terima kasihlah kat Kak Zakie bagi idea tu. Kalau tak sia-sia terbuang tak termakan 😅


Thursday, September 8, 2016

Modal RM30!

Assalamualaikum

Apa yang modal RM30 tu?? Nak berniaga ke? Nak buat MLM ke? Nak offer kotak iklan ke? 😁






Nak bagitau sebenarnya ... kita orang beli semua buah tu dengan bayaran RM30 ja ... diulangi RM30 😲 
Murah kan ... rambutan seplastik sederhana, seplastik langsat, sebiji nenas, sebiji tarap dan yang paling best setumpuk cempedak (1 tumpuk ada 7 biji kesemuanya) 

Ni hubby beli kat penjaja buah di tepi bus stop pekan Tenghilan (orang KK mesti tau punya). Kata hubby menotos kita makan buah. 
Ya menotos betullah kita makan. Sekarang berpikir macam mana nak abiskan. Cempedak 2 biji dah abis aku goreng. 
Nak goreng lagi macam muaklah pula. Sampai sekarang masih sendawa cempedak ni ..hehe

Korang ada idea apa benda lagi yang boleh dibuat dengan cempedak ni ??


Note : Menotos - erti seperti berhabis-habisan. Kira camtulah meaning dia hehe

Wednesday, September 7, 2016

Spontaneous moment!

Assalamualaikum


Bila tinggal serumah dengan orang yang fanatik dengan kamera ni, kenalah pasrah ja jadi model tak terlatih. 
Jika ada moment yang menarik dan spontan, pasti hubby tidak akan lepaskan peluang snap-snap. 
Gambar ni semasa aku dating dengan anak-anak di tepian pantai. Ko mampu jalan-jalan di pantai bawa handbag .. hehe cam nak pegi bershopping lah pula. 

Gambar spontaneous camni memang hubby gemar snap. Katanya gambar jujur, kita tak berperlu bergaya atau senyum yang kadang-kadang seperti terpaksa di depan kamera. Bila ko tengok gambar ni 10 tahun yang akan datang, mesti terasanya sentimental valuenya. Harap-harap masa tu masih wujud lagi blog ni, dapat jugalah anak-anak melihat hasil karya babanya.


Note : aku juga suka dengan kamera, tapi lebih kepada close up picture. Kalau ada foto close up yang aku kongsikan di blog ini, korang taulah siapa yang tukang snapnya 😊



Tuesday, September 6, 2016

Ecowell - Travel Essentials Organic Bath and Body Care series : SHAMPOO

Assalamualaikum
 
 
Hari tu dalam entri ecowell-travel-essentials-organic-bath. aku dah promise kat korang akan bagi tau satu persatu benda yang ada dalam travel kit yang simple tu.
 
 
SHAMPOO 50ml
 
Apa yang best dengan shampoo ni ?? of coz lah diperbuat daripada bahan-bahan organic. Bahan utama dia adalah Myrtus dan Chamomile yang berfungsi untuk menyuburkan rambut. Bahan-bahan ni juga selain membersihkan ianya juga dapat mengelakkan rambut daripada menjadi kusam dan mengekalkan kelembapan rambut secara semula jadi. Jadi tidaklah rambut terasa kering dan keras ja kan.
 
Selain tu juga bahan-bahan semulajadi dalam shampoo ni dapat menyihatkan kulit kepala so dapat mengurangkan rasa kurang selesa kerana gatal terutamanya buat mereka yang berhijab. Bila cepat berpeluh, kulit kepala akan terasa gatal saja kan. huhu
 
Korang kena try produk ni kerana ianya
 
  • ICEA-Certified Organic
  • Dermatologically Tested
  • Suitable for normal to oily skin
  • Eco Friendly
  • Travel Friendly Pack
Dimana nak beli ?? mudah saja. Korang boleh membeli secara online di
 
 
 
 
 


Monday, September 5, 2016

Setia menanti

Assalamualaikum


Aku bila tengok gambar ni memang terus emosi. Emosi bila melihat bapa semakin dimamah usia yang setia menanti di tepi jerangan kelapa. Emosi melihat buah-buah kelapa yang bertaburan sebab itu adalah salah satu punca pendapatan kami. Emosi melihat tempat jerangan kelapa yang masih utuh sejak umur aku belasan tahun lagi.

Benarlah orang kata ... dari sekeping gambar banyak cerita disebaliknya. 

Jangan bertanya kenapa bapa masih setia dengan kerjanya ini. Sepatutnya anak-anak sudah boleh membantu. Biar bapa berehat saja. 
Tapi bapa bukan begitu. Dia jenis yang tidak suka duduk diam. Ada saja yang dibuatnya. Kalau tidak dengan kelapa keringnya, sudah tentu dia berada dikebun dengan mesin rumput dibelakangnya. 

Tak apalah pak ... jika itu yang buat bapa gembira ... jika setia dengan jerangan kelapa yang berikan ketenangan ... tidak apa.

Moga bapa dipanjangkan umur dan sihat selalu.

Yang beremosi
Anak perempuan no.2



Saturday, September 3, 2016

Dutch Lady 'Mak kata, Saya Anak Bijak'!

Assalamualaikum

Image : Google


Mak kata, saya anak bijak ... bijak ke ??? Tentulah. Semua mak kan memang ingin anak-anaknya menjadi bijak. Bijak pula bukan sahaja dari segi pelajaran malahan dalam kehidupan seharian.

Mak dan bapa bukan dari golongan yang senang. Sebab tu kami telah diajar sejak kecil lagi untuk berdikari dan bijak menangani semua masalah. Hidup dalam serba kekurangan merupakan salah satu cabaran yang paling besar dalam membesarkan anak-anak. Mak banyak kali pesan, kalau tak nak hidup susah di masa depan kena bijak menyusun perancangan sejak kecil terutamanya dari segi pelajaran. 

Mak merupakan seorang yang buta huruf, tak pernah menjejakkan kaki ke sekolah. Bapa pula belajar hanya setakat tingkatan 3. Tidak begitu cemerlang dalam pelajaran. Tapi mereka tidak pernah mengabaikan pelajaran aku dan adik beradik yang lain. Tiap-tiap malam mak pesan supaya belajar rajin-rajin. Ingat apa yang cikgu ajar di sekolah. Aku sentiasa ingat pesan mak tu dan buktinya walaupun aku tidak pernah belajar di tadika tetapi aku dah boleh membaca dan mengira seawal 6 tahun. 

Mak yang sentiasa pesan mesti rajin belajar ...

Sekarang segala pesanan tu pula aku turunkan kat anak-anak. Kalau tak mahu hidup susah .. ilmu dan pelajaran tu adalah sangat penting. 
Belajar rajin-rajin, dengar cakap cikgu di sekolah .. ingat pesanan mak dan bapa. 
Alhamdulillah ... dari hari ke sehari anak-anak aku semua menunjukkan kemajuan yang positif dalam pelajaran. 

Tapi tidak cukup dengan pesanan, aku pastikan anak-anak aku mendapat rehat yang cukup serta makan dan minum daripada sumber yang berkhasiat. Salah satunya ialah susu.
Dan satu-satunya jenama susu yang kami sekeluarga suka adalah Dutch Lady.


Rangkaian susu Dutch Lady yang wajib ada di rumah. Anak-anak aku suka minum susu Dutch Lady perisa asli tu. Aku dan hubby pula sangat suka minum Dutch Lady PureFarm Full Cream Milk tu. Rasa dia memang sangat-sangat sedap. 
Teringat dulu masa aku pregnant, susu ni lah minuman wajib untuk aku.

Sumber : Google

Untuk mereka yang mempunyai anak sekitar umur 1 hingga 6 tahun, Dutch Lady ada rangkaian susu yang untuk tahap perkembangan anak-anak kita. 
Untuk menjadi anak yang bijak, anak-anak kecil harus ada perasaan ingin tahu, kemudian meneroka dan mencubanya .. akhir sekali belajar daripadanya. 
Bak kata mak ... nak jadi bijak kena berani mencuba dan belajar daripada kesilapan. 



Banyak sebenarnya pesan mak ... in sya Allah semuanya akan aku ingat dan ikuti. Dan sekarang semua pesan tu aku turunkan kat anak-anak aku pula ...

Korang macam mana ? Tentu ada pesan mak yang korang ingat dan jadikan panduan hingga sekarang. Apa kata korang kongsi pesanan tu dengan menyertai peraduan Dutch Lady 'Mak Kata, Saya Anak Bijak' ...
Macam mana nak join ... senang ja, korang pegi ke laman web Dutch Lady Malaysia's smart moments di www.smartmoments.com.my
Tempoh peraduan bermula dari 1 Ogos 2016 hingga 30 September 2016.
Masih sempat ni nak join. Mungkin korang bernasib baik dapat berhi tea dengan Scha Alyahya dan anaknya si Lara Alana tu dan berpeluang memenangi sebuah kamera. Ada juga RM 50 cash voucher untuk 250 peserta bertuah!









Friday, September 2, 2016

Ecowell - Travel Essentials Organic Bath and Body Care Series

Assalamualaikum

Untuk yang suka travel2 tu ... apa benda penting yang korang wajib bawa ? 
Kalau lelaki memang sempoi ja ... tak kisah pun benda2 tu semua. Yang pompuan ni leceh sikit. 
Berus dan ubat gigi wajib ada. Kelengkapan mandi kalau nak diikut semua nak diangkut sekali. 
Syampu, shower gel, pencuci muka, losyen ... conditioner lagi ... eh eh eh.

Kalau berbulan2 nak pegi tu logiklah juga tapi kalau travel setakat 3 4 5 hari tu ... cam menyusahkan pula. 

Memanglah ada kelengkapan mandian disediakan dibilik hotel tu. Sabun, syampu, losyen semua ada. 
Korang pernah try kan benda2 ni semua. Terutama syampu tu ... mak aihh lepas guna rambut keras cam dawai. Kadang2 tu bau langsung tak wangi. Pelik semacam. 

Nak bawa semua benda2 tu tapi dalam pek yang mudah dibawa dan pada masa yang sama selamat serta bebas dari bahan2 kimia yang memudaratkan kita. Macam belajar sains lah pula. 😅

Ecowell : Travel Essentials Organic Bath and Body Care Series 😀

Semua lengkap kat dalam beg biru kecik ni. Ada 4 item kat dalamnya. Mudah gitu dibawa nak2 masa kita travel, outstation .. dan yang penting diperbuat daripada bahan organik. 

Nak tahu kesemua item tu ... tunggu ye, satu-satu aku ceritakan kat korang nanti 😁


Thursday, September 1, 2016

Tak sawan pun

Assalamualaikum

Tak sawan pun OKJE .... sini je duduk baik2 kat kk ni. 
Ntah napa bz sangat tahun ni ...mengalahkan menteri2 gitu.
Cerita banyak tapi masa tu tak ada. Nak update kat opis, paham2 je lah. Keja insurans cam Mia ni hari2 ada je phone call, pastu hari2 nak explain orang. Huhu

Nak update kat rumah .. tenaga dah abis. Penat sangat. 
Time nak update kadang2 boleh terlelap. Hp terjelepok jatuh kat atas muka. 
Apasallah penat sangat ni, mungkin faktor usia agaknya kan. 
Pasni rasanya nak cari supplement yang bikin tenaga sekuat incredible hulk lah .. hehe

Mungkin hubby kesian tengo bininya ni penat sangat .. lemau je, terus belanja stay 1 malam kat Langkah Syabas Resort .. rehat2 katanya. Nanti aku share ceritanya ye. 

Oh ya ... selamat menyambut hari kemerdekaan ... dah 59 tahun kita merdeka ... harap ianya akan berkekalan sampai bila2