Thursday, October 20, 2016

Beli alat Permainan dengan harga berpatutan di Toysdirect

Assalamualaikum

Korang bila dah jadi bapa-bapa atau mak-mak tentu pernah alami situasi camni kan ... bila pegi ke supermarket ke atau mall ke sedaya upaya tak akan lalu ke bahagian toys tu semua kan ... kan kan 😅

Bukan tak nak belikan anak tapi korang paham2 je lah anak-anak ni masa kat rumah masa bila kita cakap kita nak belikan toys tapi kena pilih satu ja .. ok masing-masing buat pilihan. 
Tapi bila dah sampai kat bahagian toys tu semua .. anak-anak terus rambang mata tengok toys yang pelbagai tu .. hilang pedoman kejap .. ko tengo itu, aku ambil ni, ko tengo ni, aku ambil itu .. pendek kata semua nak dirembat. 
Kita tentu-tentulah tak bagi .. gila ko harga toys sekarang .. mahal ya amat. 
Mulalah adegan angkat anak lari dari situ sebab dorang dah mula tantrum cam dirasuk jin. 😅

Sekarang ni semua barang pun dah naik harga. Toys pun sama. Toys paling simple pun dah cecah RM10. Yang paling simple aku maksudkan main kejap dah patah mematah. 
Kalau harga toys tu setanding dengan kualitinya tak apa juga ni toys sebarang ja. Anak pun tak puas main. 

Tapi korang nak tahu ke ... sekarang beli toys pun kita boleh order secara online. Mudah dan senang .. tak payah nak ke kedai. Tak payah nak berdepan dengan tantrum anak. 
Ko boleh relaks2 je kat rumah pilih toys. 
Aku ada jumpa satu website ni .. dorang ada menjual educated toys dengan harga yang berpatutan. Kiranya anak-anak boleh bermain sambil belajar. 

Aku dah godek-godek website tu .. banyak toys menarik yang rasanya sesuai dengan anak-anak aku



Banyak lagi toys yang menarik ... selain toys, dorang ada juga menjual buku cerita menarik dan juga pyjamas serta swim suit yang comel.


Korang berminat kan kan kan ... 😀 Senang je, korang boleh terus ke laman dorang di http://www.toysdirect.my atau ke FB dorang di http://www.fb.com/toysdirectmy

Selamat membeli belah! 😁










Friday, October 14, 2016

Jalan-Jalan Check in Sabah - dah dikemas kini

Assalamualaikum


Bagi yang follow blog ni tentu dah tahu ada satu page khas yang aku buat untuk kongsikan kisah JJCM kami dan juga hotel/resort/homestay yang pernah kami stay di sekitar Kota Kinabalu, Kundasang (khasnya sebab tempat favorite), Kudat dan Kota Marudu. 

Korang buka ja link ni 👉👉👉 Jalan-Jalan Check in Sabah atau korang pegi ja ke page seperti yang ada dalam gambar kat atas tu. 

Itu yang telah aku kemas kini so harap-harap ianya dapat membantu korang bila bercuti ke Sabah nanti ... 



Thursday, October 13, 2016

Saya Sangat Cemburu!

Assalamualaikum

Haruslah bagi salam dulu. Sebelum aku nak luahkan perasaan cemburu yang membuak-buak ni. 

Orang tu lah ... start bulan 5 hari tu dia dah buat perangai. Bertungkus lumus pula tu. Hari-hari dia buat perangai depan aku. Dah lah memang siang malam memang aku menghadap muka dia. 
Masa dia buat 'perangai' tu, dia tak peduli pun sapa-sapa kat tepi dia. Termasuklah aku. 

Kalau benda tu tak bagi kesan kat aku, tak apalah. 
Ni dah menimbulkan satu perasaan yang sangat lain kat dalam diri aku. 
Ya!!! Aku cemburu tau ... sangat-sangat-sangat cemburu. 


Jelesnya aku ... lebih-lebih lagi bila nampak hasil daripada perangai dia yang luar biasa tu. 
Naluri kewanitaan aku tercabar tau! Nak-nak lagi yang buat perangai tu laki ko sendiri ... arrggghhh!

Haiipppp! Mulalah tu korang nak berprasangka yang bukan-bukan .. kan kan kan. 
Pembuka ayat haruslah bagi orang tak senang duduk .. nak korang tertanya-tanya ... apa yang berlaku ni !! 
Apasal hal rumah tangga nak cerita kat blog pulak 😒😞

Relakslah korang ... tak ada benda pun. Ni gara-gara hubby aku tu lah. Program diet dia berjaya. 
Korang bayangkan dalam bulan 5 dua start berat badan dekat 90kg. 
Minggu ni dia timbang dah turun 70kg. 
Ko tak jeles ke? 10kg ja beza berat dengan aku ... huhu
Semalam dia berlari naik tangga ke tingkat 3, pastu terus check tekanan darah. Normal kata doktor. Bayangkan berlari2 naik tangga, tapi tekanan darah masih normal. 
Jeles aiii tapi dalam hati alhamdulillah. 

Hari ni aku dah nekad ko (untuk permulaan 😅).. tak mau guna lif untuk naik ke office aku yang berada kat tingkat 3 tu. 
Pagi tadi secara rasminya aku mulakan misi .. hehe. 
Tingkat 1 ok lagi. Sampai tingkat 2 .. terkapus2 ko (semput) .. ketara lah tak pernah work out. 😂😅
Tak pa ... kita buat hari2 .. lama2 ok lah tu .. chaiyok ! chaiyok !



Wednesday, October 12, 2016

Pakaian Muslimah Paling Popular

Assalamualaikum


Fesyen adalah sebuah industri yang mempunyai sifat yang cukup dinamik. Betapa uniknya fashion industry ini kerana ia sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Apa yang popular pada hari ini mungkin akan menjadi trend yang lapuk dan tidak digayakan lagi kerana sudah ketinggalan pada hari esok. Pendek kata, baju-baju korang yang ada dalam almari tu jangan diperam ja, pakai selagi masih boleh dan up to date ... hehe 

Dunia fesyen di Malaysia sudah terbiasa dengan koleksi pakaian wanita terkini yang moden. Namun sejak kebelakangan ini kita dapat lihat trend fesyen terkini di Malaysia mengalami perubahan yang cukup ketara. Perubahan yang dimaksudkan ialah tentang perkembangan trend fesyen Muslimah terkini yang semakin menjadi pilihan dalam kalangan fashionista di Malaysia.

Mari kita lihat 3 jenis PAKAIAN MUSLIMAH POPULAR popular untuk tahun 2016!




Baju kurung terkini untuk wanita boleh didapati dengan rekaan yang lebih segar sesuai dengan arus fesyen semasa di negara ini. Malah ianya cukup versatile untuk digayakan walau ke mana jua terutamanya ke majlis-majlis istimewa seperti kenduri perkahwinan dan majlis makan malam. 
Dalam masa yang sama anda turut boleh memakainya ke pejabat dan pastinya penampilan anda yang ayu akan menyerlahkan personaliti di tempat kerja.




Jubah adalah sejenis pakaian tradisional yang biasa dipakai oleh wanita Muslim di Malaysia. Mendapat pengaruh daripada negara Timur Tengah, jubah dress kini semakin terkenal dalam kalangan wanita. Malah long dress ini bukan sahaja sesuai untuk dipakai oleh mereka yang berumur namun sesuai untuk semua lapisan umur. Kajian membuktikan ianya merupakan dress Muslimah yang semakin mendapat tempat dalam kalangan remaja dan wanita muda juga. Yang ni aku sangat bersetuju sebab ianya mudah dipakai, selesa, cantik dan sopan. 






Pakaian Muslimah moden seperti blouse Muslimah dan Muslimah top yang lain kini menjadi pilihan ramai anak muda dan remaja kerana mudah digayakan serta sesuai dengan trend fesyen Muslimah terkini.

Ini cuma beberapa fesyen Muslimah yang sedang meletop sekarang. Korang boleh juga lihat fesyen yang lain di Pakaian Muslimah Popular




Monday, October 10, 2016

Rosewood Home Cottage Kundasang

Assalamualaikum

ROSEWOOD HOME COTTAGE KUNDASANG | Hari tu aku dah janji nak share kan di mana kami stay semalam JJCM ke Kundasang bulan Ogos yang lalu kan. 

Kira hari tu nak stay di COTTAGE HOTEL tapi bilik biasa dah fully booked lah pulak. 
Yang tinggal cuma bilik yang agak mahal sedikit harganya. Cam tak berbaloi pulalah kan. 

Ok try homestay pulak. So aku google2 lah homestay murah di Kundasang. Terjumpalah satu tempat ni. Kecik dan murah. Bab keselesaan dan kebersihan tu aku tak pasti pula sebab first time nampak homestay ni. 
Urusan booking membooking hanya melalui whatapps sahaja (zaman sekarang kan beli-beli main whatapps saja).

Tempat ni kata owner tu mudah ja nak jumpa. Masuk sikit je ke Jalan Mesilau tu, Nampak signboard Klinik Kesihatan Kundasang, cottage ni hanya bersebelahan sahaja dengan klinik. 
Betul katanya, memang mudah nak cari. 




Kundasang Rosewood Home Cottage, pemilik dia bumiputra muslim. So korang jangan risaulah. Benda-benda yang tak sepatutnya tak boleh bawa masuk ke kawasan cottage ni. 



Ni kira tempat check in dia lah. Masa check in seperti biasa tetapi boleh juga check in awal jika bilik dah tersedia. Kat belakang tu sebenarnya boleh nampak Gunung Kinabalu. 
Tapi masa snap ni, gunung terselindung di sebalik awan tebal tu. 

Yang best masa check in ni, owner tu bawa kitaorang tengok bilik yang kita book tu. Dia suruh check ok ke tak, kitaorang selesa ke tak. Kalau korang setuju, barulah dia bagi kunci dan bayar.
Meaningnya, dia tak paksa kita masuk ke bilik tu kalau kita tak suka walaupun kita dah book awal. 
Bestkan. Korang faham-fahamlah kadang-kadang apa yang kita nampak kat internet tu, tak sama dengan realitinya. 



Bilik yanng kitaorang book. Bilik H. Katanya sesuai untuk size keluarga cam kami ni, 2 dewasa, 3 orang kanak-kanak. Haipp! jangan tengo luaran cam kecik. Kita check kat dalam dulu. Bila tengok bilik ni kan, korang pernah ke tengok filem Stuart Little tu, rumah dia ala ala cam bilik ni, dihimpit oleh 2 bangunan besar,




Ok kita gerak ke depan sikit. 





Rupa bentuk dalam bilik ni. Nampak ja kecik, tapi dalam dia luas. Ada ruang tamu. Dorang ada sediakan TV yang dilengkapi siaran Njoy. Ada 2 katil besar. Kira 3 sebab yang satu tu katil bertingkat kan. Jag elektrik juga disediakan. 




Aku kalau nak stay kat mana-mana, paling cerewet bab tandas dan tempat mandi. Ok tandas kat bilik ni memuaskan. Sabun mandi segala tu korang bawalah sendiri ye, dah namanya homestay. Tapi kan yang best kat sini, dorang sediakan tuala mandi. Jarang-jarang homestay camni sediakan tuala mandi untuk tetamunya. Tapi hari tu aku adalah juga bawa siap-siap tuala sendiri, tak sangka pula ada 5 helai tuala dorang sediakan. 

Harga bilik yang kami book ni hanya RM120 net semalam. Berbaloi kan. Harga-harga bilik yang lain korang boleh search kat FB dorang. Ada yang semurah RM80 rasanya. 
Jom kita tengok bilik-bilik lain yang ada kat cottage ni.









Rate aku kat cottage ni ****/5 (4 bintang lah tu)

Friday, October 7, 2016

Red Velvet untuk mu

Assalamualaikum

Red Velvet Cake

Sepotong Red Velvet Cake untuk mu gitu .... ceh mood romantik yang tak berapa romantik di pagi hari yang sedang hujan lebat ni. 
Semalam hari lahir hubby yang ke-38 tahun. Lagi 2 tahun nak masuk ke 40-an. Dah semakin menjejak usia kilauan emas gitu. Hubby bukan jenis orang yang suka buat sambutan birthday bagai ... cukup orang-orang yang disayanginya ingat. 
Tapi bininya ni nak juga bagi surprise gitu. Makan kecil-kecilan ja. Lepas balik kerja terus singgah Secret Recipe membeli sepotong dua kek. Kami anak beranak bukan peminat tegar kek, makan sepotong tu dah cukup dah. Kalau beli yang sebiji mau sebulan membeku dalam esbok. 


Durian Cheese Cake

Dah lama tak beli kek di Secret Recipe ni. Last sekali makan rasanya harga sepotong kek cuma dalam RM7 lebih gitu. Semalam beli mak aih! sepotong RM9 ... ish ish ish mahal gilak. 
Tapi belilah juga memandangkan kek dari Secret Recipe memang sedap gitu. Walaupun mahal tapi bertepatan dengan taste dan mutunya.
Aku ambil 2 potong kek, Red Velvet dan Durian Cheese. 
Aku belikan juga anak-anak kudapan, isi ayam goreng garing dari Pakcik Bob. Tak kenal sapa Pakcik Bob ... dalam bahasa orang putihnya Uncle Bob :)


Isi ayam dari Pakcik Bob!

Di rumah, bagi hubby test dulu kek birthday dia .... takut juga tak menepati selera dia. Hubby makan sambil terdiam .... emmmm ibu jari terangkat terus, Durian Cheese Cake memang sangat sedap! Macam ko sedang makan buah durian gitu. Sedap ya ampun hingga sikit lagi hubby terlupa akan dietnya. Nasib baik hubby sedar sebelum terlambat kihkihkih ... Cukuplah katanya sesuap dua. :P
Kuat semangat hubby kalau pasal diet ni. Kalau aku memang tak dapatlah menahan godaan, nak-nak depan mata ko ada Red Velvet Cake yang merah menyala, lemak berkrim tu.  
Sudahnya bininya ni yang abiskan 2 potong kek tu, hubby on diet, anak-anak pula tak berapa gemar kek yang bercheese ni, favorite dorang chocolate moist cake tu je. 

Lepas makan-makan, anak2 berganti-ganti wish babanya 'Selamat Hari Jadi' sambil kiss pipi baba. Tiba giliran uminya ni, Ok Damia halang tau (padahal bukan betul pun aku nak kiss babanya depan2 kihkih, malu lah wei). Pompuan dan lelaki tidak boleh cium2 tau, berdosa! marah Damia :P
Shamzi pula menyampuk .. aiihh boleh ba kalau sudah kawin .. 
Damia bidas lagi aiik mana boleh pompuan sama lelaki kawin! 
Shamzi tidak puas hati bole bah kalau suda besar nanti ... nda kan ko mau satu-satu orang ..
Gulppp ... nak ketawa ke nak berpikir sejenak ... jauhnya perancangan Shamzi ni ..
Belum sempat Damia bersuara lagi, Ok baba dah besarkan mata, pegi bilik masuk tidur! takut ntah apa lagi yang dorang melalut nanti ... 

Hai lah anak-anak, tersenyum juga aku bila teringat. Kadang-kadang ko tak sangka ayat sebegitu akan keluar dari mulut seorang budak berumur 8 tahun kan. Jauh bezanya dengan kita dulu kan. ish ish ish ....




Thursday, October 6, 2016

Diganggu ketika ambil wudhu

Assalamualaikum


Nampak gambar tu, korang dah boleh teka aku nak cerita tentang apa ...

Bukan aku ... tapi hubby. Kisahnya jumaat hingga ahad hari tu sekolah hubby mengadakan perkhemahan unit beruniform bertempat di lapang sasar di salah satu pusat latihan ... di Kota Kinabalu ni.
Hubby sebenarnya sangat jarang bercerita tentang hal-hal mistik camni. Tapi hari tu balik dari perkhemahan ja cam orang kehilangan semangat. Dia suruh aku sentuh lengannya, ya ... bulu-bulu roma dia kembang semacam, seperti orang baru disampuk hantu, umpamanya.

Alkisahnya, hari kedua perkhemahan, waktu zohor tu, hubby pergilah ke masjid yang ada di pusat latihan tu. Seperti biasa masuk masjid dan menuju ke tempat mengambil wudhu. Kata hubby semasa masuk ke dalam masjid tu memang dah terasa lain macam. Keadaan masjid di situ agak terbiar, seperti tidak diselenggarakan dengan baik, kebersihannya juga kurang memuaskan.
Tapi mungkin kerana tempat tu jarang-jarang digunakan. Pusat tu berpenghuni jika ada aktiviti dijalankan di sana, kalau tak memang sunyi.

Ok berbalik kat cerita hubby tadi, sewaktu sedang mengambil wudhu, dia seakan nampak bayangan melintas di belakangnya. Terkejut juga hubby sebab masa tu hanya dia seorang sahaja berada di bilik air tu. Mungkin hanya perasaannya, kata hubby dan terus berlalu dari situ dan menunaikan solat zohor walaupun dalam keadaan seram sejuk.

Hari ketiga, ahad tu, hari terakhir perkhemahan. Program dijangka tamat sebelum waktu zohor. Hubby merancang sebelum balik ke rumah dia nak menunaikan solat zohor di masjid di pusat latihan tu dulu. Kejadian sebelumnya tu dia tak ambil kisah, mungkin imaginasi sahaja katanya. Lagipun ianya sebuah masjid, tak ada benda yang nak ditakutkan.

Jangkaan hubby meleset. Melangkah ja ke dalam kawasan masjid tu, hatinya tiba-tiba berdegup kencang. Terasa berdebar-debar. Waktu tu hanya hubby seorang berada di masjid tu, rakan-rakan yang lain masih berada di tapak perkhemahan.
Hubby kuatkan semangat, masih melawan rasa takut ... masjid je pun.
Masuk ja ke tempat mengambil wudhu tu, hubby dah terasa lain macam. Perasaan seolah-olah ada benda yang memerhati tu sangat kuat. Ok hubby masih kuat semangat. Letak cermin mata kat tepi dan mula membasuh tangan. Hubby tunduk sahaja untuk membasuh tangan, bulu-bulu roma tiba meremang seakan-akan terasa ada benda di sebelah sedang melihat hubby. Tempat mengambil wudhu tu hanya bersebelahan dengan tandas (seperti yang digambarkan hubby dalam lukisan tu).
Kali ni hubby kata, dia tak sekuat semalam. Lutut terasa bergegar, habis meremang semua bulu roma dan hubby tak berani pun untuk pandang di sekelilingnya. Dan tak pikir panjang hubby cepat-cepat keluar dari bilik tu dan menuruni tangga untuk keluar dari kawasan masjid tu. Separuh jalan baru tersedar cermin mata tertinggal. Patutlah kabur semacam ja kata hubby (yang ni memang aku tau dah hubby memang sangat takut sehingga tertinggal cermin mata, padahal tahap rabun hubby sangat kritikal).
Mau tak mau, kena patah balik ke tempat tu untuk ambil cermin mata yang tertinggal. Masuk ke bilik, tak tengok arah lain, terus menuju ke tempat di mana hubby letak cermin mata tu.

Hubby menunaikan solat zohor di masjid lain. Kata hubby sepatutnya dia boleh balik ke rumah terus tapi menurut kata orang-orang tua, bila diri diganggu sebegitu jangan terus balik tapi singgah kat mana-mana tempat yang berlainan beberapa kali. Takut benda yang tidak sepatutnya mengikut balik ke rumah ... Allahualam

Aku yang key in post ni seram sejuk, sebenarnya nak buat semalam tapi rasa lain pulak. So pagi-pagi ni taip dan post.




Note : Selamat Hari Lahir untuk Hubby, semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik selalu dan semoga kita sekeluarga bahagia selalu ... aamiin.


Wednesday, October 5, 2016

Jangan amalkan diet atkins kalau tak mahu baju menjadi besar!

Assalamualaikum

Yang nak berkira-kira nak amalkan diet tu .. korang cubalah pikir dua tiga kali ye. Mahu ke korang tiba-tiba badan menjadi sihat dan cergas. Mahu ke korang tiba-tiba rasa nak tidur dan lemau tu hilang. Mahu ke korang tiba-tiba dah tak semput bila naik tangga atau berlari. Mahu ke korang tiba-tiba baju-baju yang selama ini korang pakai tiba-tiba menjadi BESAR !! ish ish ish (cam best je kan tapi banyak pula 'kesan sampingannya' :P)

Dengarnya ada satu sistem diet ni sangat berkesan sekali. Tak payah korang nak makan pil-pil kurus segala tu. Sistem DIET ATKINS ... memang tak payah keluarkan modal. Apa yang penting KAWALAN dan DISIPLIN

Kawalan dari segi apa, dari segi nafsu makan korang. Nafsu 'gendoot' orang Sabah bilang. Bila nampak makanan depan mata semua pun nak dimakan. 
Dalam sistem Diet Atkins ni, Karbohidrat memang tak boleh sentuh tapi ni ikut pada orang tu macam mana nak kawal karbo masuk ke dalam badan. Ada yang amalkan diet ni tapi karbo tetap makan cuma kuantitinya sangatlah sedikit ..... hah! mahu ke korang sisihkan nasi daripada kehidupan seharian korang. Itu sebab diet ni memerlukan daya kawalan yang tinggi pada seseorang. 
Kalau yang tetiba nampak Nasi Beriani ke Nasi Kandar dengan kuah banjir ke depan mata, dan tak boleh kawal nafsu, lupakan je lah niat korang untuk berdiet atkins ni. 

Disiplin. Dari segi apa? korang bukan je kena kawal makanan tapi kena gerak-gerakan badan korang tu. Tiap-tiap hari ambil masa dalam 15 minit gitu untuk bersenam. Ye lah korang kena bakar-bakar sikit lebihan kalori yang korang makan siang hari tu. Kalau korang seorang atlit sukan tak apalah tapi kalau kerja duduk opis je tak bergerak, terpaksalah korang ambil inisiatif untuk menggerakkan badan dengan melakukan senanam. 
Ni aku kongsi tips sikit, kalau korang nak baju-baju korang menjadi besar dengan cepat, cuba amalkan senaman ni. SENAMAN TABATA. Apa benda ni, korang google lah sendiri. Aku dah bagi tipsnya. Confirm dalam masa sebulan korang akan start mencari baju baru yang sesuai dengan size korang. Tapi kena disiplin lah. Hari-hari nak kena lakukan senaman ni.

Membebel-bebel pasal benda ni, aku dah berjaya amalkan ke ??? Tak lah ... setakat ni belum lagi. Aku masih selesa pakai baju-baju aku yang ada sekarang ni ...kihkihkih

Actually ni berdasarkan pengalaman hubby aku .. korang, aku pernah ceritakan yang hubby suspect darah tinggi kan. Alhamduillah, semuanya dah kembali normal sekarang. 


Hubby aku dulu .... comel je badan dia kan hahahaha maklumlah hari-hari bini dia masak sedap. Perut bulat tersembunyi di bawah meja. 
(sumber gambar : pinjam dari kawan hubby)



Selepas amalkan diet dan senaman yang memerlukan kawalan dan disiplin yang tinggi. Kan aku dah kata kat korang, korang mahu ke, baju-baju korang menjadi besar ?? 
(sumber gambar : pinjam dari kawan hubby juga)


Nak kurus, nak slim, nak sihat, dari korang je. Tepuk dada tanya selera. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih gitu.



Tuesday, October 4, 2016

Makanan terenak di dunia!

Assalamualaikum

Pelbagai jenis makanan yang aku kongsikan di blog ni .. yang tradisional hinggalah ke moden. Yang original from Sabah hinggalah menu dari tanah semenanjung. 

Yang aku kongsikan memang terbaik yang pernah aku makan setakat ni. So tak rugi jika korang nak cuba. 

Tapi kan tapi kan ... kalau nak compare semua makanan tu dengan 'makanan terenak di dunia' ni, memang tak akan dapat lawan. 
Makanan yang satu ni akan buat korang termimpi siang malam. Bila dah teringat terasa nak meleleh air liur. Hati kecil memberontak nak makan makanan tu. Kalau senang nak dapat tak apalah tapi ada sesetengah tu sangat sukar untuk dapatkan makanan ni. Yang lagi teruk ada yang tak berpeluang untuk merasa makanan ni .. begitu hebat penangan makanan ni. Sangat sedap ... pastu bila dapat makan terasa sangat bahagia dan disayangi gitu. 

Makanan apa yang sedap sangat tu. Sangat kaya dengan ramuan, pelbagai bahan digunakan ... dan ada satu bahan yang kita tak akan jumpa dalam makanan yang kita makan di luar tu. 
Kasih Sayang .... ya, bahan utamanya ialah Kasih Sayang. Dimasak oleh chef yang terkemuka yang kita panggil MAK.

hah! Korang saspen lah tu kan. Tapi yang ni korang memang setuju kan ... apa-apa ja yang dimasak oleh mak, semuanya terasa sangat sedap dan enak walau setakat nasi putih dan telur goreng. 😂

Dulu zaman budak memang puas makan masakan mak. Tapi semenjak tahun 1999 (berhijrah ke bandar sebab belajar dan terus bekerja dan berkeluarga) hinggalah sekarang, sangat jarang merasa air tangan mak. 
Sebab tu kalau balik kampung ambil kesempatan untuk menikmati semua masakan mak. 


Ikan Ampap

Ikan ampap salah satu masakan mak yang sedap. Sebenarnya nak masak ni senang ja dan aku telah cuba resepi ni beberapa kali. Hubby cakap memang terbaik dan anak2 pun suka tapi bila aku makan cam ada kekurangan bahan. Ya, air tangan mak.
Gambar ikan ampap tu, kakak whatapps minggu lalu, katanya dia minta mak masakkan. Untung kakak bila teringin nak makan masakan, terus datang ke rumah sebab dekat ja. 😔

Tapi mak tak lupa akan anak2nya yang tinggal berjauhan ni. Hari tu semasa mak ke KK, kami ke pasaraya Giant bersama2 membeli barang. Sampai kat tempat ikan bilis tu, aku spontan ja cakap dengan mak, ikan bilis ni kalau digoreng pastu disambal campur bawang besar sedap ni mak ..
Dan tak sangka semasa kami balik cuti raya haji hari tu, dia masakkan ikan bilis goreng dengan bawang besar tu. 
😢😢😢
Semasa dibilik aku ada terdengar juga perbualan mak dan bapa, ikan bilis tu aku masak sebab si ..... (nama panggilan aku di rumah) suka makan .. sedih tau 😢😢😢

Dan sekarang bila dah jadi mak ni, anak-anak pula yang asyik bertanya ... umi tak masak hari ni. 😁
Dan aku tau apa masakan favorite anak2 aku, nasi goreng telor pecah-pecah, sos tiram dan special request tak mo bawang ... hehe



Monday, October 3, 2016

Terung Tumis Cili Padi

Assalamualaikum

Eleee setakat masakan biasa pun nak post dalam blog ... 😏 
Dah namanya blogger kan ... mana tau resepi ni boleh jadi ilham kepada mereka yang malas nak masak lauk pelbagai tapi mampu membuka selera ... ni dia ... sangat simple tapi sedap dimakan ... makan dengan nasi putih, bertambah-tambah ko 😅

Terung Tumis Cili Padi

Bahan dia sangatlah mudah didapati .. terung dipotong kecil2 (kalau boleh terung muda yang tak banyak biji), bawang putih, bawang merah, udang kering, cili padi, garam dan minyak untuk menumis. 

Cara masak sangatlah senang ... ko main campak je kat kuali. Panaskan minyak, kemudian goreng udang kering yang telah direndam tadi. Bila dah agak garing dan naik bau, masukkan bawang merah, bawang putih dan cili padi yang telah ditumbuk atau dihiris. Bila dah naik bau masukkan terung tadi. Tumis hingga terung dah layu. Air simpan sikit je untuk elakkan terung hangus. Tabur garam secukup rasa dan kacau hingga masak. Masak ni sekejap ja sebab terung tadi kan kita potong kecil2. 
Hidangkan semasa masih panas dengan sepinggan nasi putih ... lepas tu 2 pinggan ... kihkihkih. 


Note : tumis tu kira cam stir fry 😀