Tips turunkan berat badan yang berkesan

Assalamualaikum

Korang mesti ingat aku pernah kongsikan tentang hubby aku yang disuspect ada darah tinggi. Hubby tak mo makan ubat so cuba cara lain dengan kurangkan berat badan yang agak obes tu, lebih 85kg dengan ketinggian cuma 160cm. 

Maka bermulalah program diet hubby dalam bulan Mei tahun lalu. Kisahnya korang boleh baca kat |DIET ATKINS|
Permulaan memang 'seksa' lah sebab hubby dah biasa dengan rutin hariannya, makan dan makan. hehe
Tapi hubby tak putus asa hingga ianya menunjukkan perubahan yang mendadak .. tak caya cuba korang baca ni |BAJU DAH BESAR|

Dan last sekali hasilnya .. masuk tahun baru 2017, hubby dah berjaya turunkan dekat 20kg. Perut comel dah tak ada .. hehe Saiz seluar dulunya 48, sekarang dah boleh muat 32-34. Saiz baju dulunya XL ke XXL, sekarang pakai baju S atau M ... cewah!
Berat sekarang 65kg, dah ngam-ngam BMInya so hubby dah stop turunkan berat badan, tinggal nak maintain je berat tu. 


Nampak sangat perbezaan hubby kan


Nak tahu macam mana hubby dapat berat ideal dalam masa 6 bulan sahaja ? ni aku kongsikan TIPS TURUNKAN BERAT BADAN

Kurangkan pengambilan karbohidrat
Buat permulaan hubby kurangkan pengambilan karbohidrat. Hubby langsung tak ambil karbo seperti nasi, mee atau roti. Makanan harian hubby cuma buah-buahan, kekacang seperti badam (yang dipanggang), ayam, ikan dan juga sayur-sayuran.
Bagi yang biasa makan seperti hubby, waktu ni memang sangat 'terseksa' sebab cepat rasa lapar. Tapi doktor dah pesan, kalau lapar boleh ambil snek seperti kekacang tadi.
Dan dalam masa 2 bulan pertama ni, hubby banyak lakukan puasa sunat. Sedikit sebanyak dapat hilangkan rasa lapar tu sebab sedang berpuasa kan.

Jogging
Ni dah jadi rutin harian hubby. Sementara menunggu anak-anak keluar dari sekolah, hubby akan jogging dalam 2 3 pusingan taman mini berhampiran sekolah anak-anak. Mula-mula jogging dengan perut bulat tu hehe, memanglah payah. Terkapus-kapus bilang orang Sabah. Semput! Tapi lama-lama dah biasa. Bila dah jogging badan pun terasa sedap dan ringan.

Minum Air Putih secukupnya
Banyakkan pengambilan air putih/air masak. Kuantiti air yang diperlukan oleh seseorang dalam sehari adalah bergantung kepada berat badan, aktiviti seharian dan juga makanan atau minuman yang diambil. Hubby pada masa itu dengan berat badan dalam 80kg dan banyak mengeluarkan peluh ketika bersenam memerlukan sekurang-kurangnya 3 atau 4 L sehari. Dan hubby memang pastikan akan mengambil air yang secukupnya setiap hari. 

Senaman TABATA
Senaman jenis ini sangat-sangat berkesan untuk kurangkan berat badan dengan pantas. Setiap hari hubby akan ambil masa dalam 15 minit untuk lakukan senaman jenis ini. Serius senaman jenis ini biarpun hanya dilakukan dalam 10 hingga 15 minit tapi peluh peeeuuw cam ko sedang berlari 10km ... Nak tahu macam mana senaman ni, korang boleh google ja dalam YouTube tu ... berlambak cara senaman Tabata dalam tu. Tinggal korang pilih ja mana yang sanggup korang buat.


Ni 4 Tips utama yang hubby lakukan untuk dapatkan berat badan cam sekarang ni. Cara pengambilan makanan merupakan poin utama yang korang kena titik beratkan untuk sentiasa slim dan sihat. Jangan pula korang berabis bersenam petang tu, malamnya berabislah pula makan. Kalori kena seimbang gitu.
Satu lagi kalau betul-betul nak turunkan berat badan yang comel tu, disiplin dan semangat kena kuat tau. Kalau setakat hangat-hangat taik ayam, tak akan menjadi ko.

Ok lah tu je lah dapat dikongsi tipsnya. Semoga bermanfaat untuk semua.



8 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. Hebat, memang karbo loin utama yg susah nak kawal...kena disiplin...huhhhh tarik nafas hembus...bila nak mula ni hahahaha

    ReplyDelete
  2. Tak kuat tekad tak mudah nak capai misi macam ini Mia
    Bila dah kurus nampak muda pulak en abe Mia ni kan:)

    ReplyDelete
  3. nak kene kuatkan semaangat teruk baru boleh jadi.

    ReplyDelete
  4. air memang kene minum banyakkk, itu kita tau... the rest tuh displine

    ReplyDelete
  5. Informasi yang akan saya sampaikan ini bisa jadi akan mengubah
    hidup anda 360 derajat seperti yang saya alami... Anda hanya perlu
    membaca uraian saya ini dengan cermat, pastikan saat membaca
    ini jangan ada gangguan sekecil apapun, karena peluang bisnis
    ini benar-benar mengagumkan! jangan sampai anda melewatkan
    info sekecil apapun!➜ www.maslukis.com

    ReplyDelete
  6. Rasa mcm nak ikut jugaklah tips ni Mia. Tak boleh jadi dah nampaknya ni. Semakin naik berat ai huhu..... Moga Allah kuatkanlah semangat weyh
    Memang nampak sangat perubahannya ye Mia. Dah tak mcm bear lagi dah hubby tu sekarang. Dah kacak bergaya weyh

    ReplyDelete
  7. Tabata 1st time dgr, nnt mau google...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post