Saturday, March 4, 2017

Anakku sado dah 11 tahun

Assalamualaikum

Lama betul ko menyepi, tetiba hari anam *bilang orang sabah (hari sabtu) ko muncul balik 😁

Cerita pun semua sudah basi2. Tapi sebelum 'begiuk' *ada ulat muncul, kasi ceritalah juga.
Ni kisah hujung minggu lalu. Balik kampung semalam semata-mata nak sambut harijadi anakku yang sulung tu sama-sama dengan atuk dan opah. 
Kasi surprise sikit. 
Shumi tak tahu pun kami balik sebab nak sambut birthday dia. Aku dah suruh kakak tempah sebijik kek coklat dan mak pula goreng mee dan ayam. 
Kami lambat sikit gerak dari KK sebab baba ada mesyuarat PIBG kat sekolahnya. So dalam jam 4 petang kami baru sampai kat kampung. 

Shumi ni hati tisu sikit, bila aku buka kotak kek dan tunjukkan kat dia, mulalah muka tu emosi semacam. Hehe


Celebrate simple-simple ja. Janji anak-anak happy. Nak-nak bila dapat sambut birthday dengan atuk dan opah. Bedabel-dabel hepi dorang 😍




Selamat hari jadi Shumi. Moga jadi anak yang soleh, berjaya dunia dan akhirat ... aamiin

Badan Shumi bukan main semangat lagi. Sejak masuk darjah 5 bukan main 'sado' lagi. Kata atuk, lemak baba dah pindah kat Shumi 🙊🙊



3 comments:

  1. Happy Bezday Shumi....moga jadi anak soleh. Ohhh Shumi ni jenis dalam hati ada taman ek....terharu kot.
    Budak meningkat remaja mmg badan akan jadi sado Mia. Nanti dah meninggi dah hilang sadonya

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!