Monday, April 17, 2017

Seafood Murah di Pasar Malam Kota Kinabalu!

Assalamualaikum

Makan makanan laut murah-murah di pasar malam | Ya hanya di KK, orang bilanglah. 
Yang teringin makan makanan laut pelbagai jenis tu tapi punya budget terhad? Boleh je pegi ke Pasar Malam Philipines di Bandar Kota Kinabalu.
Tempat ni menjadi tumpuan pelancong luar yang ingin merasa sendiri keenakkan makanan laut segar2 gitu. 
Taste dia?? Lebih kurang ja dengan restoran seafood mewah yang ada di sekitar Kota Kinabalu dan Tuaran.
Yang membezakan cumalah persekitarannya. 

Tempat ni bukan saja dikunjungi oleh pelancong luar tetapi penduduk tempatan juga. Harga murah dan sedap, siapa yang tak mahu kan. πŸ˜€

Sebenarnya kali terakhir aku makan di pasar malam ni ialah zaman aku bercinta cintun dengan hubby. Masa tu belum kahwin lagi. Selalu ja kami lepak di sini sebab murah kan hehe. 
Masa tu pasar malam ni belum tersusun lagi seperti sekarang ni. 
Berbeza dengan apa yang lihat hari tu. Tersusun atur, kemas dan selesa. Mungkin sebab nak menarik perhatian para pelancong. 

1st time tau kami masuk kat kawasan pasar malam ni semenjak dah beranak 3 ni. Kesian anak-anak agak jakuns sedikit sebab Umi dan Babanya tak pernah bawa. Huhu
Tapi kan bukan anak2 ja yang jakuns, aku sendiri terkejut tengok pelbagai jenis makanan laut segar yang ada dijual di sini. Ada yang dah dipanggang, digoreng dan korang boleh juga suruh dorang masak ikut menu yang disediakan oleh gerai2 tu.


Udang gebu gebas! Satu cucuk tu RM10. Udang ni sedap tau, isi manis ja sebab dipanggang segar.

Ketam rebus ke panggang ni .. aku konpius tapi yang penting sedap. 1 bekas saiz kecik2 tu dalam RM18 tapi kalau tak mau ambil banyak, ambil 2 ekor saiz sederhana RM10. 

Sotong panggang ... secucuk RM10. Ni aku nak bagitau kat korang, harus cuba. Sedap ya ampun. Isi kenyal2 segar. Hah camna tu. Hehe .. yang penting senang kunyah walaupun masih tekstur sotong. 

Udang galah ... yang ni seekor dalam RM10 sebab besar tau. Abaikan tangan yang sedang menunjuk tu. 

Ikan Putih bakar. Saiz sederhana camni kami cuma bayar RM15. Korang bayangkan harga kalau kat restoran seafood .. agaknya dah sampai puluh2 ringgit. Ikan Putih ni sedap bila dibakar .. manis ja isinya. 

Ada juga Kinilau ataupun Hinava .. makanan tradisi orang Sabah. Ni isi ikan mentah yang dimasak menggunakan asam cuka dan juga bahan2 lain seperti halia, bawang besar, lada merah dan tomato. Sedap ko. Ni makan dengan nasi putih pun sedap .. terangkat gitu

Ni 1st time anak2 aku makan kat sini. Kira pengalaman baru untuk dorang lah. Selalu makan dalam restoran ja. Abaikan tangan yang tengah ambik sotong tu.

Licin dikerjakan oleh kami 5 beranak hehe

Mesti korang nak tahu berapa kami bayar hari tu ... Γ¬kan putih bakar saiz sederhana, udang panggang secucuk, sotong panggang saiz kecik secucuk, ketam rebus 2 ekor saiz sederhana dan sepinggan kinilau @ hinava + 4 pinggan nasi putih + 4 botol kecil mineral water ... 😊 ongkos kesemuanya adalah RM64.00 
Korang rasa murah ke tak ?? 

So korang yang berkunjung ke KK, jangan lupa try test makan kat Pasar Malam di sini. Jangan risau tentang kebersihannya. Sekarang dah teratur kemas. Korang tinggal pilih ja gerai yang korang rasa selesa nak makan. Bab minuman pula, aku suggest korang order mineral atau minuman dalam tin/botol. 
Bukan apa, aku dari dulu tak berapa sure dengan kebersihan air minuman yang dibuat di pasar malam. Kalau makanan aku ok tapi kena tengok keadaan gerai tu juga. 
Murah murah juga, sedap sedap juga tapi keselamatan makanan dan minuman kena ambil kisah juga ... kan kan 😊


Friday, April 14, 2017

Nexus Resort & SPA Karambunai, Sabah

Assalamualaikum

Nexus Resort & SPA Karambunai | hai korang! Selamat bercuti untuk mereka yang berada di Sabah dan Sarawak. Bestnya bulan April ni, hujung minggu cuti agak panjang sikit. Minggu ni 3 hari berturut, minggu depan juga 3 hari berturut2 sebab ada 1 extra cuti (24hb tu) dan hujung minggu terakhir bulan April juga berturut 3 hari sebab isninnya adalah cuti hari pekerja + aku ambil sehari annual leave ...  sioknya kalau cerita pasal cuti ni πŸ˜†

Ok stop pasal kisah cuti, nak story pasal resort yang kami stay akhir tahun lalu. Hari tu dah kongsi foto-foto-sekitar-nexus-karambunai kan, so kira cerita penuh tentang resort ni.
Dah lama sebenarnya nak plan stay kat sini tapi asyik terbantut ja. Resort ni kira bertaraf 5* disebabkan keluasan dan kemudahan yang disediakan oleh resort ni. Segmentasi pasaran lebih tertumpu kepada pelancong luar. 
So korang boleh jangka rate bilik di resort ni kan. 
Jika ada promosi, harga bilik boleh turun serendah RM280++ tetapi kebiasaannya rate bilik dan chalet serta banglo adalah sekitar RM380 ke RM1,000 ++. 

Hari tu kami memilih untuk stay di Borneo Garden Villa dengan rate RM460++ semalam. Ya agak mahal sedikit sebab hubby nak tempat yang privacy sikit dan lebih tenang gitu. 
Boleh jak ambil bilik di Ocean Panorama tapi kira suasananya seperti tinggal di hotel tinggi dan bukannya resort .. 😁
Bukan selalu dapat stay sini so alang2 membooking biar yang puas hati dan selesa. 

Masuk jak bilik di Borneo Garden Villa, wow memang superb! Patutlah resort ni selalu buat promosi untuk mereka yang ingin berhoneymoon .. hehe





Cantik, selesa dan luas kan. Kalau boleh nak bermalasan jak dalam bilik ni tapi kesian lah pula kat anak2 kihkihkih. 


Foto sekeluarga depan bilik yang kami stay. 

Kawasan villa ni dikelilingi oleh taman kecil yang cantik. Foto-foto yang aku kongsi sebelum ni kebanyakkan diambil di sekitar taman di kawasan villa ni. 
Penggemar kamera sangat disuggest datang ke tempat ni. Sangat banyak sudut yang cantik yang korang boleh snap. Tapi kan resort ni untuk mereka yang menginap di sini, maknanya orang luar tak boleh sesuka hati masuk kat kawasan ni. Katanya untuk keselamatan dan privacy mereka yang menginap kat resort ni.

Mangsa Baba yang gila kamera. Nasib baik umi dan anaks pandai berposing hehe 

Sekali sekala Hubby pun jadi mangsa. Nak juga try test ambik gambar cantik cam hubby kuikuikui.

Basikal disediakan untuk mereka yang ingin menggunakannya. Hari tu nak juga berbasikal tapi aku agak kurang konpiden sebab dah lama tak mengayuh basikal. Tak pasal2 ada orang jatuh kolam pula hehe.

Shamzi ni ko suruhlah pose macam mana, semua pun menjadi. 


Yang ada di sekitar kawasan villa kami. Cantik kan 😍


Anak2 bila dah datang kat resort macam ni, benda yang dorang target adalah kolam mandinya. 

Towel Counter yang ada di tepi kolam. Dorang juga sediakan life jacket untuk budak2 kecil yang berenang.

Sebelum 'berkubang' pakaikan Damia life jacket .. ambil langkah berjaga walaupun kolamnya tak dalam. 

Sementara anak2 bermandi manda, Umi dan Baba berdating dulu πŸ˜…

Puaslah anak-anak mandi. Sampai kecut gitu. Maghrib baru keluar dari kolam ko. 

Oh ya .. ni nak bagitahu resort agak jauh dari bandar KK. So kalau nak makan malam memang tak sesuai nak keluar melainkan kalau ada kenderaan sendiri. Tapi korang jangan risau ada beberapa restoran yang disediakan di kawasan resort ni. Buffet dinner kat sini memang sedap. Harga? Standardlah harga makan kat resort 5*. Dim sum kat salah satu restoran kat resort ni sangat sedap. Jangan risau ianya halal. Aku dah pernah makan sekali. Puas hati gitu. 

Rate aku untuk resort ni ?? 5* 😁 

Korang rajin2 lah check kat website dorang. Selalu jak ada promosi. 

Thursday, April 13, 2017

Melentur Buluh biar dari Rebungnya ..

Assalamualaikum

Melentur buluh biarlah dari rebungnya ! Jangan bila dah jadi buluh baru ko nak membentuknya .. memang tak lah kan.

Anak ibarat kain putih .. bila ko corakkan dengan cantik maka cantiklah hasilnya dan sebaliknya. 
Bila kita tulis dan cakap macam senang saja nak praktikkan tapi tunggu bila ko dah ada anak sendiri, baru tau payahnya nak besarkan anak dan pastikan ianya terdidik dengan elok.
Lebih-lebih lagi di zaman yang serba serbi mencabar ni. 

Jika dulu, anak2 akan menilai baik buruk tindakan itu daripada ibu bapa masing2. Anak2 belum lagi terdedah dengan dunia luar. Jika ada pun tv, rancangannya terhad sekali. 
Kartun dan hiburan cuma di waktu2 tertentu. Siaran tamat jam 12 mlm dan hanya bermula pagi esok. 
Sekarang ??
Siaran 24 jam ... penuh dengan rancangan hiburan. Kalau pun ada berita, 5% berita semasa 95% berita politik ... uuuupppss!.

Sebab tu lah ibu bapa merupakan watak penting yang menjadi acuan kepada anak-anak. 
Macam mana nak didik ?? Tepuk dada tanya selera .. cewah. 
Percaya atau tidak bila ko dah ada anak, secara automatik ko akan bijak mengatur dan memilih apa yang terbaik untuk anak2 ..  Bertanya kepada yang lebih berpengalaman, baca buku2 kekeluargaan, mendengar ceramah atau sesi motivasi ..
Semua ni dilakukan agar anak kita menjadi insan yang berguna, bermoral tinggi dan baik tingkah lakunya.

Sia2 segala yang kita usahakan jika kita sendiri tak memberi contoh yang baik kat anak2.

Iklan kejap ... cap umi dan anak 😁

Aku kengkononnya membebel jadi ibu bapa terbaik ... dah perfect sangat ke?
Betul mungkin kita bukan ibu bapa yang sempurna tapi jangan pernah untuk berhenti untuk berusaha jadi ibu bapa yang terbaik kan kan kan.
Ni ada beberapa tips untuk menjadi contoh terbaik untuk anak2. Korang bacalah ye. 
5 Tips Untuk jadi Ibu Bapa terbaik

Tuesday, April 11, 2017

Group Band Pojaan Hati ku !

Assalamualaikum

Buang tebiat kali ni tetiba nak post pasal favorite band. Band? Ala ahli musik .. kugiran .. band boy πŸ˜…

Memang sedar diri, umur mama-mama camni manalah sesuai mo ada favorite band segala. Lagipun sekarang aku bukan ambil tau pun pasal hiburan semasa. 
Kalau nak dengar pun lagu2 dari band boy semua tu, aku lebih layan lagu dari Sinar FM tu. Kira sesuai lah dengan peredaran umur kuikuikui.

Terobak ... masa form 6 dulu, tahun 1997-98.
Bukan main aku dan kawan2. Fanatik gila dengan group2 band boy yang popular masa tu. 
Tapi test kita bukan local group. Nak yang orang putih. Backstreet Boys dan Boyzone, 2 group yang paling kami suka. Punyalah gila dengan 2 group ni, sampaikan kami ada buku keramat tempat meluahkan perasaan kat group boy ni .. memang dah tentu2lah buku syok sendiri. Atiey, Teng, Diana, Christie dan sorang lagi, aku terlupa dah namanya, .. maklumlah dah semakin lanjut usia katanya. Sangat rindu dengan dorang.

Source : Google

Time study kat Ums pulak .. kami terpisah2. Aku masih layan lagu2 dari band boy ni terutamanya group Westlife. 
Layan lagu group ni sampai abis bateri walkman. πŸ˜…

Sekarang ... dengar lagu klasik nasional ja. Tergamit memori bila dengar lagu-lagu dari klasik nasional ni. Tersenyum sorang-sorang. 

Walaupun dah tak ambil tau group tu semua .. ni aku nak bagitau korang, aku tertarik dengan group band yang satu ni. Group band apa? πŸ˜…

Baba and The Anaks ... ni kalau nyanyi sumbang pun tetap jadi pojaan hati ku




Monday, April 10, 2017

Peria Goreng Telor Masin!

Assalamualaikum

Sori lah ... ni bukan post resepi, puan blog bukan campen dalam masak memasak ni. πŸ˜…

Ni nak kongsi menu sedap lagi mantap ada jual kat restoran yang hari tu kami sefamili pergi.
Aku sebenarnya dah 2 3 kali makan menu  kat restoran ni tapi dengan kawan-kawan seopis dan bukan atas perbelanjaan aku sendiri πŸ˜†, kira makan kat tempat ni sebab orang belanja lah.
Bila dah merasa makan sedap mesti teringat hubby dan anak2, tak best kalau aku sorang ja yang dapat merasa makan menu sedap ni .. kan 😊

So hari tu aku, hubby dan anak2 pun pergilah ke restoran ni. Aku selalu makan kat mall sebelah opis aku tu tapi nasib restoran ni ada outlet kat 1 Borneo so tak payah nak gerak jauh2.
Sesampai di sana maka mengorderlah aku dan hubby .. anak2 tinggal tunggu makan ja πŸ˜€

Lebih 15 minit menunggu maka sampailah order yang ditunggu ...


Sayur Sabah @ Sayur Manis .. ditumis bersama telor. Ni anak-anak aku suka. Memang sedap. Korang yang berkunjung ke Sabah wajib cuba sayur ni ..


Sotong goreng tepung .. taste dia ok ok je lah ... sedap lagi kalau aku goreng sendiri .. cewah !


Yang ni aku nak bagi tahu korang ... menu Peria Goreng Telor Masin. Punyalah siok makan gitu ja. Sedap! Nda pasti kalau restoran lain ada jual kat area kk ni. πŸ˜‹


Sebenarnya nak order ikan masak asam pedas sebab kat restoran ni ikan asam pedasnya memang power tapi kasihan pula anak-anak tak dapat makan pula. So orderlah menu ikan stim ni. Taste dia ?? Macam menu tertumpah kicap masin .. masin ya amat. Aku tak suggest korang order menu ni. 

Belanja hangus kitaorang hari tu RM130++ ... cam tak berbaloi kan? Redha je lah, dah ko sendiri yang teringin nak makan kat restoran berhawa dingin pastu segmentasi pasaran untuk orang2 berduit hehe rasakan sendiri. πŸ˜…

Tak pa lah sekali sekala. Rezeki yang ada lebih baik dikongsi dengan keluarga kan ... 



Note : kitaorang makan kat Restoran Nyonya hari tu ... cukuplah share nama dia. Ni dah kira promosi free ni 😏