Thursday, April 13, 2017

Melentur Buluh biar dari Rebungnya ..

Assalamualaikum

Melentur buluh biarlah dari rebungnya ! Jangan bila dah jadi buluh baru ko nak membentuknya .. memang tak lah kan.

Anak ibarat kain putih .. bila ko corakkan dengan cantik maka cantiklah hasilnya dan sebaliknya. 
Bila kita tulis dan cakap macam senang saja nak praktikkan tapi tunggu bila ko dah ada anak sendiri, baru tau payahnya nak besarkan anak dan pastikan ianya terdidik dengan elok.
Lebih-lebih lagi di zaman yang serba serbi mencabar ni. 

Jika dulu, anak2 akan menilai baik buruk tindakan itu daripada ibu bapa masing2. Anak2 belum lagi terdedah dengan dunia luar. Jika ada pun tv, rancangannya terhad sekali. 
Kartun dan hiburan cuma di waktu2 tertentu. Siaran tamat jam 12 mlm dan hanya bermula pagi esok. 
Sekarang ??
Siaran 24 jam ... penuh dengan rancangan hiburan. Kalau pun ada berita, 5% berita semasa 95% berita politik ... uuuupppss!.

Sebab tu lah ibu bapa merupakan watak penting yang menjadi acuan kepada anak-anak. 
Macam mana nak didik ?? Tepuk dada tanya selera .. cewah. 
Percaya atau tidak bila ko dah ada anak, secara automatik ko akan bijak mengatur dan memilih apa yang terbaik untuk anak2 ..  Bertanya kepada yang lebih berpengalaman, baca buku2 kekeluargaan, mendengar ceramah atau sesi motivasi ..
Semua ni dilakukan agar anak kita menjadi insan yang berguna, bermoral tinggi dan baik tingkah lakunya.

Sia2 segala yang kita usahakan jika kita sendiri tak memberi contoh yang baik kat anak2.

Iklan kejap ... cap umi dan anak 😁

Aku kengkononnya membebel jadi ibu bapa terbaik ... dah perfect sangat ke?
Betul mungkin kita bukan ibu bapa yang sempurna tapi jangan pernah untuk berhenti untuk berusaha jadi ibu bapa yang terbaik kan kan kan.
Ni ada beberapa tips untuk menjadi contoh terbaik untuk anak2. Korang bacalah ye. 
5 Tips Untuk jadi Ibu Bapa terbaik

10 comments:

  1. Sama2 kita terus baiki diri utk besarkan anak2...
    Sama2 jadi yg terbaik utk anak2..
    Insya Allah...

    ReplyDelete
  2. btl cabaran membesarkan ank ni semakin mcabar hari demi hari

    ReplyDelete
  3. Betullah tu,kalau dah jadi buluh sukar nak membentuk lagi.
    Jadi ibubapa zaman sekarang lebih mencabar sebab anak2'lebih terdedah dengan kemajuan teknologi.

    ReplyDelete
  4. Betullah tu,kalau dah jadi buluh sukar nak membentuk lagi.
    Jadi ibubapa zaman sekarang lebih mencabar sebab anak2'lebih terdedah dengan kemajuan teknologi.

    ReplyDelete
  5. Betul. Mencabar nak membesarkan anak zaman sekarang nih.

    ReplyDelete
  6. Jom sama2 perbaiki diri. dunia makin mencabar sekarang.

    ReplyDelete
  7. belum mapu jadi mak yang terbaik lagi :(

    ReplyDelete
  8. betul...bila buluh dah semakin meninggi semakin keras semakin susah untuk dilenturkan...

    ReplyDelete
  9. Pembelajaran menjadi ibu bapa yg sempurna memang tak pernah akan ada akhirnya. Berkongsi tips tidak semestinya kita adalah ibu bapa yg terbaik tapi, kita sama sama untuk mencuba menjadi yg terbaik...

    Untunglah ada suami photographer..

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!