Friday, April 14, 2017

Nexus Resort & SPA Karambunai, Sabah

Assalamualaikum

Nexus Resort & SPA Karambunai | hai korang! Selamat bercuti untuk mereka yang berada di Sabah dan Sarawak. Bestnya bulan April ni, hujung minggu cuti agak panjang sikit. Minggu ni 3 hari berturut, minggu depan juga 3 hari berturut2 sebab ada 1 extra cuti (24hb tu) dan hujung minggu terakhir bulan April juga berturut 3 hari sebab isninnya adalah cuti hari pekerja + aku ambil sehari annual leave ...  sioknya kalau cerita pasal cuti ni 😆

Ok stop pasal kisah cuti, nak story pasal resort yang kami stay akhir tahun lalu. Hari tu dah kongsi foto-foto-sekitar-nexus-karambunai kan, so kira cerita penuh tentang resort ni.
Dah lama sebenarnya nak plan stay kat sini tapi asyik terbantut ja. Resort ni kira bertaraf 5* disebabkan keluasan dan kemudahan yang disediakan oleh resort ni. Segmentasi pasaran lebih tertumpu kepada pelancong luar. 
So korang boleh jangka rate bilik di resort ni kan. 
Jika ada promosi, harga bilik boleh turun serendah RM280++ tetapi kebiasaannya rate bilik dan chalet serta banglo adalah sekitar RM380 ke RM1,000 ++. 

Hari tu kami memilih untuk stay di Borneo Garden Villa dengan rate RM460++ semalam. Ya agak mahal sedikit sebab hubby nak tempat yang privacy sikit dan lebih tenang gitu. 
Boleh jak ambil bilik di Ocean Panorama tapi kira suasananya seperti tinggal di hotel tinggi dan bukannya resort .. 😁
Bukan selalu dapat stay sini so alang2 membooking biar yang puas hati dan selesa. 

Masuk jak bilik di Borneo Garden Villa, wow memang superb! Patutlah resort ni selalu buat promosi untuk mereka yang ingin berhoneymoon .. hehe





Cantik, selesa dan luas kan. Kalau boleh nak bermalasan jak dalam bilik ni tapi kesian lah pula kat anak2 kihkihkih. 


Foto sekeluarga depan bilik yang kami stay. 

Kawasan villa ni dikelilingi oleh taman kecil yang cantik. Foto-foto yang aku kongsi sebelum ni kebanyakkan diambil di sekitar taman di kawasan villa ni. 
Penggemar kamera sangat disuggest datang ke tempat ni. Sangat banyak sudut yang cantik yang korang boleh snap. Tapi kan resort ni untuk mereka yang menginap di sini, maknanya orang luar tak boleh sesuka hati masuk kat kawasan ni. Katanya untuk keselamatan dan privacy mereka yang menginap kat resort ni.

Mangsa Baba yang gila kamera. Nasib baik umi dan anaks pandai berposing hehe 

Sekali sekala Hubby pun jadi mangsa. Nak juga try test ambik gambar cantik cam hubby kuikuikui.

Basikal disediakan untuk mereka yang ingin menggunakannya. Hari tu nak juga berbasikal tapi aku agak kurang konpiden sebab dah lama tak mengayuh basikal. Tak pasal2 ada orang jatuh kolam pula hehe.

Shamzi ni ko suruhlah pose macam mana, semua pun menjadi. 


Yang ada di sekitar kawasan villa kami. Cantik kan 😍


Anak2 bila dah datang kat resort macam ni, benda yang dorang target adalah kolam mandinya. 

Towel Counter yang ada di tepi kolam. Dorang juga sediakan life jacket untuk budak2 kecil yang berenang.

Sebelum 'berkubang' pakaikan Damia life jacket .. ambil langkah berjaga walaupun kolamnya tak dalam. 

Sementara anak2 bermandi manda, Umi dan Baba berdating dulu 😅

Puaslah anak-anak mandi. Sampai kecut gitu. Maghrib baru keluar dari kolam ko. 

Oh ya .. ni nak bagitahu resort agak jauh dari bandar KK. So kalau nak makan malam memang tak sesuai nak keluar melainkan kalau ada kenderaan sendiri. Tapi korang jangan risau ada beberapa restoran yang disediakan di kawasan resort ni. Buffet dinner kat sini memang sedap. Harga? Standardlah harga makan kat resort 5*. Dim sum kat salah satu restoran kat resort ni sangat sedap. Jangan risau ianya halal. Aku dah pernah makan sekali. Puas hati gitu. 

Rate aku untuk resort ni ?? 5* 😁 

Korang rajin2 lah check kat website dorang. Selalu jak ada promosi. 

10 comments:

  1. Best nyer akak dan suami rajin amik gambar cantik-cantik..jeles tau..

    ReplyDelete
  2. Yaa ampunn..paling rendah pon RM280. Tapi takpa tu kan Mia, janji anak2 happy , mak babahnya pon dapat jugak berdating.

    ReplyDelete
  3. cantiknya resort ni, kena masuk whislist ni. Bayar mahal takpe asalkan servis dan bilik dia kita puas hati. :)

    ReplyDelete
  4. salam sis mia.. murah juga ye resort kat sabah... seronoknya eija dah lama teringin nak ke sabah tapi belum ade rezeki nak sampai sana

    ReplyDelete
  5. cantiknya! dulu masa study di kk ni tak sempat nak ke sini. kena tinggal kawan ahhaa. kalau tak mmg dapat dah berposing area resort ni!

    ReplyDelete
  6. memang cantik tempat ni...betul dah alang alang berjalan mesti nak tempat yang privasi

    ReplyDelete
  7. tempat cantik teknik mengambil gambar cantik...memang cantik hehe

    ReplyDelete
  8. kenapa gambar lain tak besarkan...tak puas tengok hehe

    ReplyDelete
  9. Mmg cantik dan setanding sangat lah dengan harga dia tu Mia. Amboi, ambik kesempatan berlovely dovey nampak!! Haha...

    Sesekali kena skodeng jugak En Hubby tu dengan bini dia bahhh.

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!