Monday, April 10, 2017

Peria Goreng Telor Masin!

Assalamualaikum

Sori lah ... ni bukan post resepi, puan blog bukan campen dalam masak memasak ni. 😅

Ni nak kongsi menu sedap lagi mantap ada jual kat restoran yang hari tu kami sefamili pergi.
Aku sebenarnya dah 2 3 kali makan menu  kat restoran ni tapi dengan kawan-kawan seopis dan bukan atas perbelanjaan aku sendiri 😆, kira makan kat tempat ni sebab orang belanja lah.
Bila dah merasa makan sedap mesti teringat hubby dan anak2, tak best kalau aku sorang ja yang dapat merasa makan menu sedap ni .. kan 😊

So hari tu aku, hubby dan anak2 pun pergilah ke restoran ni. Aku selalu makan kat mall sebelah opis aku tu tapi nasib restoran ni ada outlet kat 1 Borneo so tak payah nak gerak jauh2.
Sesampai di sana maka mengorderlah aku dan hubby .. anak2 tinggal tunggu makan ja 😀

Lebih 15 minit menunggu maka sampailah order yang ditunggu ...


Sayur Sabah @ Sayur Manis .. ditumis bersama telor. Ni anak-anak aku suka. Memang sedap. Korang yang berkunjung ke Sabah wajib cuba sayur ni ..


Sotong goreng tepung .. taste dia ok ok je lah ... sedap lagi kalau aku goreng sendiri .. cewah !


Yang ni aku nak bagi tahu korang ... menu Peria Goreng Telor Masin. Punyalah siok makan gitu ja. Sedap! Nda pasti kalau restoran lain ada jual kat area kk ni. 😋


Sebenarnya nak order ikan masak asam pedas sebab kat restoran ni ikan asam pedasnya memang power tapi kasihan pula anak-anak tak dapat makan pula. So orderlah menu ikan stim ni. Taste dia ?? Macam menu tertumpah kicap masin .. masin ya amat. Aku tak suggest korang order menu ni. 

Belanja hangus kitaorang hari tu RM130++ ... cam tak berbaloi kan? Redha je lah, dah ko sendiri yang teringin nak makan kat restoran berhawa dingin pastu segmentasi pasaran untuk orang2 berduit hehe rasakan sendiri. 😅

Tak pa lah sekali sekala. Rezeki yang ada lebih baik dikongsi dengan keluarga kan ... 



Note : kitaorang makan kat Restoran Nyonya hari tu ... cukuplah share nama dia. Ni dah kira promosi free ni 😏




6 comments:

  1. Nampak sedap...
    Peria goreng telur masin tu,nak try buat sendiri kat rumah.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum mia...wah !! nampak sedap jer menu ni...
    jom ke blog mama yer...
    http://maszull.blogspot.my/2017/04/segmen-mama-nak-url-blog.html

    ReplyDelete
  3. Betul tu, Mia. Kalau makan sendiri tanpa keluarga mesti rasa terkilan. Kalau makan sedap, nak jugalah bawa keluarga sekali merasa. Sesekali hangus sampai beratus tu takpalah tapi yang buat sakit jiwa raga bila makanannya tak sesedap mana sepertimana duit yang dah hangus tu. Takpalah, lain kali kasi ban itu restoran ^_^

    ReplyDelete
  4. Masa round kat 1 Borneo hari tu tak perasan pulak Restoren Nyonya ni.
    Ohhhh Sayur manis tu okje panggil pucuk manis Mia. Selalu org buat masak lemak. Tapi kalau ditumis mcm tu boleh aje...

    Peria goreng telur masin tu mmg jarang jumpa. Pernah makan peria goreng rangup aje.Tapi nampak mcm sedap jugaklah peria masak cenggitu....

    Bab ikan yang masin teramat tu, mungkin tukang masak teringin nak kawen tu agaknya Mia haha...

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!