Monday, April 17, 2017

Seafood Murah di Pasar Malam Kota Kinabalu!

Assalamualaikum

Makan makanan laut murah-murah di pasar malam | Ya hanya di KK, orang bilanglah. 
Yang teringin makan makanan laut pelbagai jenis tu tapi punya budget terhad? Boleh je pegi ke Pasar Malam Philipines di Bandar Kota Kinabalu.
Tempat ni menjadi tumpuan pelancong luar yang ingin merasa sendiri keenakkan makanan laut segar2 gitu. 
Taste dia?? Lebih kurang ja dengan restoran seafood mewah yang ada di sekitar Kota Kinabalu dan Tuaran.
Yang membezakan cumalah persekitarannya. 

Tempat ni bukan saja dikunjungi oleh pelancong luar tetapi penduduk tempatan juga. Harga murah dan sedap, siapa yang tak mahu kan. πŸ˜€

Sebenarnya kali terakhir aku makan di pasar malam ni ialah zaman aku bercinta cintun dengan hubby. Masa tu belum kahwin lagi. Selalu ja kami lepak di sini sebab murah kan hehe. 
Masa tu pasar malam ni belum tersusun lagi seperti sekarang ni. 
Berbeza dengan apa yang lihat hari tu. Tersusun atur, kemas dan selesa. Mungkin sebab nak menarik perhatian para pelancong. 

1st time tau kami masuk kat kawasan pasar malam ni semenjak dah beranak 3 ni. Kesian anak-anak agak jakuns sedikit sebab Umi dan Babanya tak pernah bawa. Huhu
Tapi kan bukan anak2 ja yang jakuns, aku sendiri terkejut tengok pelbagai jenis makanan laut segar yang ada dijual di sini. Ada yang dah dipanggang, digoreng dan korang boleh juga suruh dorang masak ikut menu yang disediakan oleh gerai2 tu.


Udang gebu gebas! Satu cucuk tu RM10. Udang ni sedap tau, isi manis ja sebab dipanggang segar.

Ketam rebus ke panggang ni .. aku konpius tapi yang penting sedap. 1 bekas saiz kecik2 tu dalam RM18 tapi kalau tak mau ambil banyak, ambil 2 ekor saiz sederhana RM10. 

Sotong panggang ... secucuk RM10. Ni aku nak bagitau kat korang, harus cuba. Sedap ya ampun. Isi kenyal2 segar. Hah camna tu. Hehe .. yang penting senang kunyah walaupun masih tekstur sotong. 

Udang galah ... yang ni seekor dalam RM10 sebab besar tau. Abaikan tangan yang sedang menunjuk tu. 

Ikan Putih bakar. Saiz sederhana camni kami cuma bayar RM15. Korang bayangkan harga kalau kat restoran seafood .. agaknya dah sampai puluh2 ringgit. Ikan Putih ni sedap bila dibakar .. manis ja isinya. 

Ada juga Kinilau ataupun Hinava .. makanan tradisi orang Sabah. Ni isi ikan mentah yang dimasak menggunakan asam cuka dan juga bahan2 lain seperti halia, bawang besar, lada merah dan tomato. Sedap ko. Ni makan dengan nasi putih pun sedap .. terangkat gitu

Ni 1st time anak2 aku makan kat sini. Kira pengalaman baru untuk dorang lah. Selalu makan dalam restoran ja. Abaikan tangan yang tengah ambik sotong tu.

Licin dikerjakan oleh kami 5 beranak hehe

Mesti korang nak tahu berapa kami bayar hari tu ... Γ¬kan putih bakar saiz sederhana, udang panggang secucuk, sotong panggang saiz kecik secucuk, ketam rebus 2 ekor saiz sederhana dan sepinggan kinilau @ hinava + 4 pinggan nasi putih + 4 botol kecil mineral water ... 😊 ongkos kesemuanya adalah RM64.00 
Korang rasa murah ke tak ?? 

So korang yang berkunjung ke KK, jangan lupa try test makan kat Pasar Malam di sini. Jangan risau tentang kebersihannya. Sekarang dah teratur kemas. Korang tinggal pilih ja gerai yang korang rasa selesa nak makan. Bab minuman pula, aku suggest korang order mineral atau minuman dalam tin/botol. 
Bukan apa, aku dari dulu tak berapa sure dengan kebersihan air minuman yang dibuat di pasar malam. Kalau makanan aku ok tapi kena tengok keadaan gerai tu juga. 
Murah murah juga, sedap sedap juga tapi keselamatan makanan dan minuman kena ambil kisah juga ... kan kan 😊


10 comments:

  1. Sedapnya...tengok gambar je pun dah telan air liur.Teruja bila lihat harga murah.Insyallah bila kami jejak kaki ke sana kelak akan kami pergi ke pasar malam ni.

    ReplyDelete
  2. TERLAN-TELAN AIR LIUR kak oiiiiiii...huwaaaaa...sedap nyerr!~

    ReplyDelete
  3. kak mia yang ni di mana dekat todak atau betul2 di pasar filipin yg depan le meredien

    ReplyDelete
  4. Hihi....orang Sabah pun baru nak cuba jugak rupanya. Masa datang sini hari tu mmg banyak seafood panggang mcm tu Mia. Sekarang ni baru rasa menyesal pulak sebab tak beli huhu....

    Patutnya wajib cuba yg ni kan, yg masak masak tu kat KL pun banyak...
    Nampaknya kena pergi KK lagi ni. Jangan lupa pulak sambut ai dengan kompang nanti yeh hihi...

    ReplyDelete
  5. Bila esok2 SB gi KK, SB gi carik Mia.. Mia bawa kita ke pasar pilipin ni, okay.. Hehehee.. Murah tu rm 64 mkn ramai ramai

    ReplyDelete
  6. lamanya tak dtg sini kak mia.. mu tgu aku dtg kk..hahahahah

    ReplyDelete
  7. Aduhh kak, rindu maw mkn d cne owhh

    ReplyDelete
  8. Kejam la post ni. Kalau aku ke sana kau tunjukkan tempatnya ye

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!