Friday, May 19, 2017

Hari Ibu dan Anak

Assalamualaikum

Hai korang ..
Rasanya belum terlambat untuk ucap Selamat Hari Ibu untuk para Ibu-Ibu semua. Sabtu hari tu tadika tempat Damia belajar Qari Cilik Cahayaku ada mengadakan Majlis Hari Ibu dan Anak, katanya sempena menyambut hari ibu.
Beberapa minggu sebelum tu puas Damia ingatkan Uminya supaya jangan lupa datang ke majlis tu. Ada surprise katanya, walaupun ada surprise telah dibocorkannya sendiri. Nda kesabaran bah si Damia tunggu hari tu. Lepas bocorkan siap merayu lagi tu, jangan bah bagi tau ustazah yang Damia sudah cerita dengan Umi .. hehe
Tiap hari gigih benar Damia berlatih menyanyi lagi Untukmu Ibu dari kumpulan Exist tu. Siang malam ko menyanyi lagu tu .. siap suruh babanya carikan lagu tu kat google. Katanya untuk persembahan di majlis tu nanti.

Tiba hari tu, excited benar Damia .. nda payah ko kejutkan dia bangun. Selalu liat bukan main. Ni bangun ja terus tersenyum masuk bilik air dan mandi.
Untuk majlis hari tu, para ibu digalakkan untuk membawa pot luck .. aku bawa yang simple2 ja, mee goreng dan nugget ayam. Itu je sempat dimasak. Aku ada juga beli minuman kotak dan juga kek choco roll untuk budak-budak.




Antara para ibu-ibu yang hadir


Pengerusi majlis hari, Ustaz Sharil


Sebelum mula majlis, selpie dulu kami anak beranak walaupun di dalam cahaya kesuraman.


Siti Damia ... the one and only my doter

Antara acara majlis hari tu, adalah aktiviti kraftangan bersama anak-anak. Tapi sebelum tu para ibu dijemput bersenam bersama dengan anak-anak. Senaman yang dilakukan setiap hari oleh anak-anak di tadika.
Kemudian barulah aktiviti kraftangan diadakan. Dan baru juga aku tau yang aku bukan orang yang kreatif. Bida ni hasil kraftangan aku. Damia pula eksen, mentang-mentang uminya ada, semua dia suruh uminya buat. Walau tangan keras, aku usaha jugalah. Dan terhasillah kraftangan ala ala budak tadika ni. Labah-labah tak berapa nak bergerak, kepala gajah yang belalai boleh gerak2 bila ditiup dan roket Damia & Umi .. tapi yang roket ni agak menjadi jugalah. Tepuk tangan untuk diri-sendiri hehe



Selepas aktiviti kraftangan, anak-anak dibawa ke bilik sebelah (tak pasti dorang buat apa). Para ibu pula ada sesi berdialog dan sedikit ucapan daripada Pengerusi Tadika.
Tak lama tu, tiba-tiba anak-anak datang kembali dan masing-masing membawa sebiji cup cake coklat yang dihiasi bunga2 comel. Kata Damia dorang yang hias sendiri untuk ibu masing-masing.
Ooo ini antara surprise yang Damia tak bagitahu aku. 







Cup Cake Damia yang depan sekali .. i love Ummi ada bunga purple

Acara akhir majlis hari tu, kira yang kemuncaklah kononnya. Persembahan nyanyian lagu Untuk mu Ibu dari anak-anak. Dan aku tersurprise lagi, Damia yang mengetuai kawan-kawannya. Kira dia penyanyi utama sebab pegang mic. hehe patutlah dia berabis berlatih dan hafal lagu tu. Rupanya dia penyanyi utama :P.
Aku ada rakam dorang buat persembahan tu .. tapi malas nak upload kat sini. Lambat. Kalau korang nak tengok, boleh ja jenguk ke IG aku @miakassim ceh sempat promote IG , lepas tengok jangan lupa follow .. uppss
Selesai persembahan, sebelum balik kitaorang makan beramai-ramai. Walaupun hidangan tak seberapa tapi selera makan bila ramai-ramai ni lain sikit kan. Sedap ja bila makan.

Majlis selesai dalam jam 1 petang. Oh ya memandangkan majlis ni untuk ibu dan anak ja, Baba, Shumi dan Shamzi duduk kat rumah ja.

Ok bai.




4 comments:

  1. Cantiknya tu cupcake....
    Wah....si damia ada bakat menyanyi.
    Selamat hari ibu Mia.
    Cheers,

    ReplyDelete
  2. Ada bakat menyanyi rupanya Damia ya! Lepas ni kalau ada majlis apa-apa bolehlah suruh Damia perform.

    ReplyDelete
  3. Wahhh .... seronok bah dapat makan cup cake anak hias sendiri hihi...
    Hihi..... tak lama lagi nampaknya jadi ibu artislah awak Mia. Manalah tau Astro panggil buat rakaman kikiki

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!