Monday, June 19, 2017

IFTAR SABAHAN BLOGGER DI BIES KITCHEN, KARAMUNSING CAPITAL

Assalamualaikum
 
Hi korang. Salam 24 Ramadan.
 
Bertempat di Bies Kitchen, Karamunsing Capital, Kota Kinabalu pada 16 Jun 2017 hari Jumaat lepas, terlaksana plan si Eca untuk mengadakan Iftar bersama-sama dengan Komuniti Sabahan Blogger. Ni kiranya 1st gathering untuk Sabahan Blogger ... walaupun hanya 9 orang yang hadir dan semuanya blogger wanita tetapi tetap meriah dan happening gitu.
Kmia cuma kenal mereka di alam maya dan cuma berbual di group whatapps tetapi bila berjumpa macam sudah kenal bertahun pula.

 
Antara 9 blogger yang hadir dan kesemuanya ni pangkat adik-adik Kmia gitu. Tapi kan walaupun Kmia yang paling senior dari segi umur hehe di situ, bila berjumpa dengan dorang ni semua terasa 10 tahun muda kembali. Tak kekok berbual dengan mereka, meriah ja terasa.
photo cantik dari hp Jun Zie
 
Acara iftar hari tu adalah bergambar, kemudian makan, kemudian gambar lagi, kemudian cerita-cerita dan gelak, kemudian gambar lagi, lepas ada exchange gift .. masing-masing bawa hadiah dan bertukar-tukar kononnya. Kmia dapat tudung yang vogue dari Liza Puteri Bunian.
Lepas exchange gift ada cabutan bertuah. Yang ni Kmia tak bertuah kihkihkih. Tak kisahlah janji happy kan. Acara yang last sekali haruslah sesi bergambar.
Banyaknya acara bergambar. Ni kalau ada blogger lelaki yang join mesti termuntah hijau menengok peel blogger-blogger wanita yang pose ala-ala model restoran tak jadi ni.


Ada blogger yang tak dapat join disebabkan kekangan jarak dan masa. Walaupun begitu, dorang tetap bagi sokongan hingga program ni berjaya diadakan. Thank you semua. Kek yang sangat sedap sehingga menjilat jari ni disponsor oleh Mrs Pip

Ok sekarang ni Kmia nak kenalkan tempat kitaorang adakan iftar hari tu. Bies Kitchen, Karamunsing Capital, Kota Kinabalu. Restoran ni baru sahaja dibuka tahun lalu. Menawarkan menu ala-ala kampung gitu, pastinya mampu memikat hati selera hati korang.
 
 
Untuk mereka yang berada di sekitar Kota Kinabalu, Bies Kitchen mengadakan promosi buka puasa yang berpatutan dan menarik untuk korang cuba. Hidangan bufet dengan caj berpatutan, Dewasa RM20 manakala kanak-kanak cuma RM10 seorang. Pelbagai jenis masakan ala kampung yang wajib korang cuba. Kmia suka dengan sup tulangnya. Teringat-ingat lagi sampai sekarang hehe.






 
Antara menu-menu yang dihidangkan untuk bufet berbuka puasa di Bies Kitchen hari tu. Ni baru sedikit, sebenarnya ada banyak masakan lagi yang tak sempat diambil gambarnya.
10% dari hasil bayaran korang akan disumbangkan ke rumah anak-anak yatim yang terpilih. Jadi kiranya sambil kita makan, sambil menderma gitu ... alhamdulillah.
 


Acara yang last sekali haruslah bergambar dengan owner tempat ni.
 

Yang ni sesi bergambar dengan mommy-mommy blogger
 

Yang ni ... Puan punya blog (^_~)
 
In sha Allah dah ada plan untuk 2nd gathering Sabahan Blogger. Harapnya kali ni lebih ramai yang akan turut serta. Ok bai!
 
 
 
Note : Untuk sebarang tempahan di Bies Kitchen, korang boleh contact Kak Bie di 013 8677588
 
 
 


Monday, June 12, 2017

Penangan Drama Andainya Takdir

Assalamualaikum

Hi Korang. Salam 17 Ramadan.

Kmia memang sangat-sangat jarang tonton drama melayu, nak-nak lagi yang kisah-kisah cinta anak dato tan sri segala tu. Ceritanya dah memang kita boleh agak dan tahu endingnya, mesti akan happily ever after gitu ...
Drama yang selalu Kmia tengok ialah kisah-kisah sebenar masyarakat, drama berat gitu, yang banyak kisah pengajaran. Drama-drama berat ni pula jarang-jarang nak muncul, selalunya ditayangkan dalam bulan ramadan. Drama-drama ni ada yang kisahnya sedih melampau, sungguh menyayat hati sampai ko pun teresak-esak menangis. Ada pula yang mendatangkan kegeraman dan kebencian yang melampau, sampai satu tahap cam ko nak tumbuk ja tv kat depan ko tu ... hehe
Macam drama yang sedang aku layan sekarang ni lah, Drama bersiri sempena ramadan, Andainya Takdir.

Image from Google

Drama yang dibintangi oleh Shukri Yahaya dan Nina Iskandar ni wajib korang tonton. Kisahnya si Airil (Shukri Yahaya) yang tersangatlah cemburu buta tak bertempat. Jika ada silap sikit ja, yang mana dia terasa isterinya si Fatihah (Nina Iskandar) tu kononnya curang dengan dia, habislah isterinya dipukul ditendang segala. Padahal tak ada apa-apa pun, dia yang cemburu nak mamps! Kmia rasalah si Airil ni psiko agaknya. Lepas dia dah bantai isterinya teruk sampai lebam-lebam, boleh pula dia minta maaf merayu segala, buat-buat suweet romantik, menyampah pula Kmia tengok.
Bukan setakat itu, mak si Airil dan adiknya, tak ada kerja lain kat rumah ... mengumpat sepanjang masa. Pastu mak si Airil tu langsung tak hormat dengan bapa si Airil, lakinya lah. Kesian Kmia tengok bapa si Airil tu, apa yang boleh dia buat untuk tahan marahnya ialah pegi ke masjid. Huhu

Kmia tak tertengok episod yang pertama hari tu, belum tahu pasal drama ni. Start layan episod yang ke-3. Dan tak sabar malam ni, apa yang akan jadi kat Fatihah, Airil punya cemburu buta, sampai kat office bini dia pun sanggup dia datang dan bantai isterinya tu. Apa punya jenis laki lah si Airil ni. Bikin panas tul.


Note : korang jangan tak tahu, hubby Kmia pun dah terjebak tengok drama ni. Dia punya emosi marah lebih hebat dari Kmia tau ... kihkihkih






Wednesday, June 7, 2017

Giveaway Raya by Mrs Pip

Assalamualaikum
Hi korang. Salam 12 Ramadan.

Memandangkan minggu ni Kmia busy memanjang, sangat-sangat banyak kerja kat opis, blog pun terabailah sikit. Nak karang entri pun tak ada masa so kita joinlah giveaway yang dianjurkan oleh rakan-rakan blogger yang lain.

Giveaway bermula 1 Jun hingga 24 Jun 2017

Jom sama-sama meriahkan giveaway yang dianjurkan oleh MRS PIP ni.  Syarat-syarat nak join giveaway ni tersangatlah simple. Korang hanya perlu

1) Buat tajuk "Giveaway Raya by Mrs Pip" dan letakkan banner di entry tersebut, dan backlink-kan semula

2) Follow blog Mrs Pip

3) Follow Google+ Mrs Pip

4) Kongsikan (secara ringkas) pengalaman terindah di Bulan Puasa yang anda pernah lalui

Mudah kan. Ok bercerita tentang memori terindah di bulan puasa ni, Kmia teringat zaman budak-budak dulu. Masa-masa nak mula belajar berpuasa tu. Punyalah payah ko, dia punya lemau cam orang tak makan seminggu. Lagi-lagi bila di sekolah, sangatlah mencabar bila nampak kawan-kawan minum air oren, makan eskrim Malaysia, kemudian makan mee goreng 20 sen. Rasa nak nangis ja time tu nak berbuka. Tapi tetap kuatkan semangat bila teringat buka puasa nanti tentu mak masak yang sedap-sedap. Nak-nak lagi kalau mak buatkan air sarsi sejuk kegemaran Kmia, punyalah nikmat minum masa buka puasa tu.
Bila teringat masa tu, memang sangat best sangat. Korang paham-pahamlah, masih budak-budak, kebaikan bulan puasa tu tak berapa diambil kira, yang di ambil tau cuma apa yang mak masak time buka puasa .....emmmmm nyum nyum

Ok korang ceritalah pengalaman indah korang semasa bulan puasa ni. Cepat join giveaway ni tau!



 

Monday, June 5, 2017

Western Beach Resort Tuaran

Assalamualaikum
Hi korang. Salam 10 Ramadan.

Western Beach Resort Tuaran | Kalau sebut nama resort ni memang kebanyakkan orang belum tahu kewujudan tempat ni. Tapi jika Kmia katakan Mimpian Jadi Resort atau RainTree Beach Resort, pasti korang (khususnya mereka yang tinggal sekitar KK ni) kenal dengan tempat ni.

Ya, dulu ianya dikenali sebagai Mimpian Jadi Resort tetapi setelah salah satu bangunan utamanya musnah dalam satu kebakaran, perubahan management telah berlaku dan ianya diberi nama baru iaitu RainTree Beach Resort.
Sebenarnya kitaorang tak plan pun nak stay di sini tapi hari tu hubby tetiba ajak stay di resort, kononnya nak hilangkan bosan. Memandangkan plan last minit so Kmia pun carilah resort yang dekat-dekat ja. Last sekali tinggal resort tahun 2009, masa tu Damia pun belum ada lagi, Shamzi baru je 2 tahun. Dah lama sangat.
So call resort tanya masih ada tempat ke tidak, dapat bilik terus book. Rate semalam dalam RM 250.00 ++ termasuk breakfast untuk dua orang.





Ni gambar-gambar bilik kitaorang. Bilik memang besar, ada 2 queen size bed kat dalam bilik. Depan katil rasanya boleh muat lagi orang kalau nak tidur, just bentang blanket ja. 






Ni pula gambar-gambar persekitaran resort. Memang nampak agak suram dan agak tua sedikit. Mungkin agaknya banyak kali tukar management, keadaan persekitaran resort agak kurang terurus sedikit. Tapi percaya atau tidak, tempat ni sentiasa fully booked disebabkan para pelancong luar yang suka dengan keadaan yang tenang dan sunyi. Jauh dari kesibukan kota gitu.








Orang kata kalau dah stay lepak2 kat resort tu, tak sah kalau tak berkubang di swimming poolnya. Selalu anak-anak yang mandi manda sampai kecut kulit, ni Umi dan Babanya pun tumpang sekaki. Dah masa tu ngam-ngam tak ada orang yang mandi selain kami, so kitaorang conquerlah kononnya.






Breakfast kat resort ni tidak dihidangkan secara buffet seperti kebanyakkan resort yang lain. Tetapi pihak resort dah tetapkan menu breakfast hari tu, tinggal korang pilih nak makan yang mana satu. Hari tu menu breakfast cuma nasi goreng dan mee goreng, didatangkan dengan sosej dan juga sebiji telur goreng mata. Minuman pula cuma ada kopi dan teh. Telur Omelette tu pula kami extra order untuk Baba sebab hubby tak makan nasi atau mee (orang diet atkins lah katakan). Ok lah juga, kenyang dan puas hati sebab anak Kmia yang 3 orang tu tak dikenakan apa-apa bayaran pun.
Korang kalau nak jenguk-jenguk resort ni, boleh je intai website dorang di www.raintreebeachresort.com









Sunday, June 4, 2017

Masa Yang Sesuai Untuk Shopping !

Assalamualaikum

Hi korang. Salam 9 Ramadan.

SHOPPING !! kata orang shopping dan wanita tak boleh dipisahkan. Betul ke? Secara generalnya ya, memang tak dinafikan perempuan lebih tertarik kepada aktiviti membeli belah berbanding lelaki. 
Di mana ada sales di situ ada wanita .. gitu hehe
Tapi kan tak semua juga perempuan kaki shopping, cam Kmia lah -percaya ke tidak-



Image Source : purplelynx.com

Kmia nak tanya ni, masa bila korang selalu pegi shopping ? Hari-hari ke, setiap hujung minggu ke, atau pantang ada sales terus terjah. Takut kehabisan stok gitu.
Mengikut hasil kajian Kmia ... kuikuikui hasil kajian lah konon, perempuan akan shopping pada masa-masa berikut. Tapi sebelum korang baca, adalah ditegaskan bahawa 'hasil kajian' ni tidak boleh dijadikan sebagai sumber statistik mana-mana projek atau tesis korang, ada faham. Ini adalah semata-mata pandangan peribadi Kmia sendiri 😅😜 

BILA ADA SALES DAN JUALAN MURAH!
Opkoslah bah .. kalau ada jualan murah, jangan bilang kaum hawa saja yang tergoda, kaum adam pun gitu kan. Time ni lah korang akan beli benda yang telah lama korang idamkan pada harga yang murah.

TIME DAPAT BONUS 
Yang ni sangat dinantikan bagi mereka yang bergaji tetap dan punya majikan murah hati. Dapat duit extra dari gaji bulanan tu, tentulah ada bahagian yang digunakan untuk shopping.

TENGAH STRESS!
Katanya shopping pengubat stress. Shopping benda-benda yang korang suka tentu-tentulah hilangkan tekanan sekejap. Tapi rasanya stress hilang sekejap ja, setelah check baki akaun balik 2x ganda pula stressnya 😂

MUSIM PERAYAAN
Waktu-waktu ginilah sales gila-gila keluar. Semakin dekat dengan hari perayaan, semakin galak peniaga turunkan harga dan semakin sempit pusat-pusat membeli belah. Dan pada masa yang sama wallet semakin longgar uppss!

Tapi yang ni apa yang Kmia nampaklah, pandangan yang lain korang boleh baca 《Waktu Sesuai Untuk Shopping! 》

Ok bai.


Saturday, June 3, 2017

SGshop “Jom Shopping!” Contest

Assalamualaikum


Hi Korang. Salam 8 Ramadan.


Dah seminggu kita berpuasa kan, tak sedar masa berlalu dengan pantas. Kmia sepanjang minggu ni cuti, Sabah ada 2 cuti extra sempena Pesta Kaamatan plus ambik 2 annual leave semata-mata nak balik kampung. Nak merasa suasana berpuasa di kampung bersama mak dan bapa.


Kat kampung line tenet ni on off, nak masuk blog pun susah. Kejap ada kejap tak da. Baca message dari kawan-kawan blogger yang lain, ada satu contest yang sedang hangat berlangsung sekarang ni. Hadiah dia memang menarik terutama untuk kaki-kaki shopping online.


So hari ni dah dapat line yang laju, mencuba nasib join contest yang dianjurkan oleh blogger Ayue Idris ni. Manalah tau kot-kot ada rezeki raya kan.







Apakah servis yang SGshop tawarkan?

SGshop yang berasal dari Singapore merupakan satu laman web membeli belah yang menawarkan pembelian secara online barang-barang dari China. Disamping menawarkan perkhidmatan penghantaran yang cepat dan selamat, SGshop juga memberi mata ganjaran berbentuk point untuk para pelanggannya. Point ini boleh ditukar ke bentuk E-Coupons yang boleh digunakan untuk membayar Service Charge yang dikenakan semasa proses penghantaran barangan.




3 item yang ingin saya beli di platform SGshop Malaysia




Kenapa nak beli benda ni ? Shumi dah lama mengidam nak papan chess yang besar. Minat anak bujang Kmia sorang tu lebih kepada permainan board camni. Chess yang dia ada sekarang kecik ja, Kmia adalah juga survey2 harga papan chess yang besar tu tapi tak semurah yang ditawarkan di SGshop ni.






Nak beli 'benda' ni .. hehe Dah tentu-tentulah bukan untuk Kmia tapi untuk encik hubby. Ni sesuai sangatlah untuk encik hubby workout kat rumah. Kalau nak tahu jenis pants camni sangatlah selesa gitu. Nak jogging pun best. Dan ... korang tengok harganya tu, boleh beli berhelai-helai 😛






Untuk anak dan hubby dah ada, sekarang untuk Kmia pulak. Sangatlah berkenan dengan loose dress ni. Sesuai dengan wanita bertudung cam Kmia. Tinggal korang matchkan dengan pants atau jeans, memang sangat cantik -di mata Kmia lah- ...Harganya ?? ya ampun. Mana korang nak dapat harga tu kat luar, kalau dress camni rasanya harga dia dah RM 40 ke atas.


Banyak lagi sebenarnya dalam wishlist Kmia, tapi cukuplah 3 item ni je lah ye. Nanti panjang lebar pula entri Kmia, penat korang nak baca pulak.
Kalau nak shopping atau cuci-cuci mata, korang boleh je pergi ke SGshop Malaysia


Jangan lupa join contest ni tau, lebih ramai yang join lebih meriah hadiahnya ...