Monday, June 12, 2017

Penangan Drama Andainya Takdir

Assalamualaikum

Hi Korang. Salam 17 Ramadan.

Kmia memang sangat-sangat jarang tonton drama melayu, nak-nak lagi yang kisah-kisah cinta anak dato tan sri segala tu. Ceritanya dah memang kita boleh agak dan tahu endingnya, mesti akan happily ever after gitu ...
Drama yang selalu Kmia tengok ialah kisah-kisah sebenar masyarakat, drama berat gitu, yang banyak kisah pengajaran. Drama-drama berat ni pula jarang-jarang nak muncul, selalunya ditayangkan dalam bulan ramadan. Drama-drama ni ada yang kisahnya sedih melampau, sungguh menyayat hati sampai ko pun teresak-esak menangis. Ada pula yang mendatangkan kegeraman dan kebencian yang melampau, sampai satu tahap cam ko nak tumbuk ja tv kat depan ko tu ... hehe
Macam drama yang sedang aku layan sekarang ni lah, Drama bersiri sempena ramadan, Andainya Takdir.

Image from Google

Drama yang dibintangi oleh Shukri Yahaya dan Nina Iskandar ni wajib korang tonton. Kisahnya si Airil (Shukri Yahaya) yang tersangatlah cemburu buta tak bertempat. Jika ada silap sikit ja, yang mana dia terasa isterinya si Fatihah (Nina Iskandar) tu kononnya curang dengan dia, habislah isterinya dipukul ditendang segala. Padahal tak ada apa-apa pun, dia yang cemburu nak mamps! Kmia rasalah si Airil ni psiko agaknya. Lepas dia dah bantai isterinya teruk sampai lebam-lebam, boleh pula dia minta maaf merayu segala, buat-buat suweet romantik, menyampah pula Kmia tengok.
Bukan setakat itu, mak si Airil dan adiknya, tak ada kerja lain kat rumah ... mengumpat sepanjang masa. Pastu mak si Airil tu langsung tak hormat dengan bapa si Airil, lakinya lah. Kesian Kmia tengok bapa si Airil tu, apa yang boleh dia buat untuk tahan marahnya ialah pegi ke masjid. Huhu

Kmia tak tertengok episod yang pertama hari tu, belum tahu pasal drama ni. Start layan episod yang ke-3. Dan tak sabar malam ni, apa yang akan jadi kat Fatihah, Airil punya cemburu buta, sampai kat office bini dia pun sanggup dia datang dan bantai isterinya tu. Apa punya jenis laki lah si Airil ni. Bikin panas tul.


Note : korang jangan tak tahu, hubby Kmia pun dah terjebak tengok drama ni. Dia punya emosi marah lebih hebat dari Kmia tau ... kihkihkih






8 comments:

  1. saya tak tengok lagi drama ni kak mia. tapi ramai kata best.

    ReplyDelete
  2. a'ahh..samala dgn sya kak mia..betul tu.. panas hati tgk drama ni sampai mengamuk sendiri depan tv..tapi tetap mau tgk jugak..haha

    ReplyDelete
  3. ramai post .. bikin geraam kunun..huhuhuhuh

    ReplyDelete
  4. Wah,mia ikuti cerita ni ya...Akak sekadar tengok sambil2 je,dah berusia ni malas dah nk layan drama2 ni.
    Sebenarnya pada realiti nya pun ada juga suami yang jenis mcm tu....terlalu cemburu.

    ReplyDelete
  5. Sy nda follow crita ni, nnt bikin skt hati klau tgk haha

    ReplyDelete
  6. Tak tengok Mia.... best ek? Kadang tu nak layan drama tengok jugak pelakonnya, kalau minat baru tengok hihihi.....Sekarang ni ramai betul pelakon baru ek.... Tak kenal dah

    ReplyDelete
  7. Pengaruh dr isteri la tu hehe..dulu pun sy tak suka tgok drama, skrg ni dah boleh layan

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!