Monday, June 5, 2017

Western Beach Resort Tuaran

Assalamualaikum
Hi korang. Salam 10 Ramadan.

Western Beach Resort Tuaran | Kalau sebut nama resort ni memang kebanyakkan orang belum tahu kewujudan tempat ni. Tapi jika Kmia katakan Mimpian Jadi Resort atau RainTree Beach Resort, pasti korang (khususnya mereka yang tinggal sekitar KK ni) kenal dengan tempat ni.

Ya, dulu ianya dikenali sebagai Mimpian Jadi Resort tetapi setelah salah satu bangunan utamanya musnah dalam satu kebakaran, perubahan management telah berlaku dan ianya diberi nama baru iaitu RainTree Beach Resort.
Sebenarnya kitaorang tak plan pun nak stay di sini tapi hari tu hubby tetiba ajak stay di resort, kononnya nak hilangkan bosan. Memandangkan plan last minit so Kmia pun carilah resort yang dekat-dekat ja. Last sekali tinggal resort tahun 2009, masa tu Damia pun belum ada lagi, Shamzi baru je 2 tahun. Dah lama sangat.
So call resort tanya masih ada tempat ke tidak, dapat bilik terus book. Rate semalam dalam RM 250.00 ++ termasuk breakfast untuk dua orang.





Ni gambar-gambar bilik kitaorang. Bilik memang besar, ada 2 queen size bed kat dalam bilik. Depan katil rasanya boleh muat lagi orang kalau nak tidur, just bentang blanket ja. 






Ni pula gambar-gambar persekitaran resort. Memang nampak agak suram dan agak tua sedikit. Mungkin agaknya banyak kali tukar management, keadaan persekitaran resort agak kurang terurus sedikit. Tapi percaya atau tidak, tempat ni sentiasa fully booked disebabkan para pelancong luar yang suka dengan keadaan yang tenang dan sunyi. Jauh dari kesibukan kota gitu.








Orang kata kalau dah stay lepak2 kat resort tu, tak sah kalau tak berkubang di swimming poolnya. Selalu anak-anak yang mandi manda sampai kecut kulit, ni Umi dan Babanya pun tumpang sekaki. Dah masa tu ngam-ngam tak ada orang yang mandi selain kami, so kitaorang conquerlah kononnya.






Breakfast kat resort ni tidak dihidangkan secara buffet seperti kebanyakkan resort yang lain. Tetapi pihak resort dah tetapkan menu breakfast hari tu, tinggal korang pilih nak makan yang mana satu. Hari tu menu breakfast cuma nasi goreng dan mee goreng, didatangkan dengan sosej dan juga sebiji telur goreng mata. Minuman pula cuma ada kopi dan teh. Telur Omelette tu pula kami extra order untuk Baba sebab hubby tak makan nasi atau mee (orang diet atkins lah katakan). Ok lah juga, kenyang dan puas hati sebab anak Kmia yang 3 orang tu tak dikenakan apa-apa bayaran pun.
Korang kalau nak jenguk-jenguk resort ni, boleh je intai website dorang di www.raintreebeachresort.com









10 comments:

  1. pelancong luar sukalah kot, nampak macam 'misteri' sikit. harga pun OK. sayang tak dijaga under proper management

    ReplyDelete
  2. waww..menarik.. teringin pula bawa husband p sana..

    ReplyDelete
  3. Memang nampak 'berusia' sikit resort ni. Kalau pelancong dari luar memang sukalah tempat macam ni. Yang penting orang tak ramai, boleh berkubang di swimming pool nak kuak lentang ke apa. Breakfast pun jimat sudah sebab anak-anak tak kena bayar.

    ReplyDelete
  4. Cantiknya view. Happy anak2 😊

    ReplyDelete
  5. bestnya..cntik oo bru tau ada rempat macam ji di tuaran

    ReplyDelete
  6. Nampak menarik jugak hotelnya. Memasing pun mcm seronok jer berkubang tu hihi...
    Tp tak seronoklahkan Dana breakfast tak buffet. Mcm tak puas gitu haha...

    ReplyDelete
  7. Wahh. Mcm best je tmpt ni kmia. Nnti syu nak g sni jgk lah. Siap ada swimming pool lg tu. 😍

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!