Thursday, July 20, 2017

Birthday surprise di Kundasang

Assalamualaikum

Hi korang!

Dah di penghujung syawal ni, maka haruslah kita abiskan cerita-cerita raya tertinggal tu ye, banyak lagi sebenarnya nak story2 ni tapi pelan-pelan orang bilang *padahal malas mo transfer dan edit gambar hehe.
 
Ni kesinambungan dari cerita beraya-di-kinabalu-view-chalet-kundasang hari tu. Kami ke Kundasang 28hb Jun tu .. memandangkan dah berkumpul semua sepupu sepapat Kmia bagi tau kat hubby, jom buat birthday surprise untuk Shamzi. Hari Lahir Shamzi yang ke-9 tahun sebenarnya pada 30hb Jun tu, so kiranya sesuai dan bertepatan masa dan tempatlah kan.

Jadi petang tu, masa kitaorang semua turun ke Pekan Ranau untuk cari bahan-bahan sampingan untuk makan malam kami, Kmia pula meninjau-ninjau cari bakery. Tak pernah pula beli ke bakery di Pekan Ranau ni, kalau tak jumpa kedai memang tak jadilah surprisenya.
Tapi alhamdulillah, Allah permudahkan urusan. Hubby parking ja keta, depan-depan dah tersergam kedai bakery dan halal! masuk ja kedai, ada beberapa kek beraneka rasa yang telah siap sedia dipilih. Syukur ... tak payah jauh-jauh melilau cari kedai kek.
Kmia pilih Chocolate Fresh Cream Cake sebab selalunya anak-anak suka makan kek jenis ni.

Balik ke chalet, budak-budak semua dah excited sebab nampak kotak kek. Masing-masing dah tertanya-tanya, sapa yang sambut harijadi ? kemudian nampak ni masing-masing sedang mengingat tarikh lahir sendiri hehe. Shumi memang dah boleh jangka sapa harijadi, sebab dia memang hafal tarikh lahir adik-adiknya. Tapi Kmia tak ya kan. Nanti tak jadi surprise kan.

Malam tu sebelum kitaorang semua makan, Kmia panggil semua anak-anak kumpul kat meja, masing-masing ni teruja nak menengok nama sapa yang tertera kat atas kek tu. 
 
 
Dan terjawab akhirnya ... hehe Shamzi tersipu-sipu kononnya. Malulah tu.
 


Budak birthday sambil dikelilingi oleh sepupu sepapatnya.
 
Selamat Hari Lahir Shamzi Dzukifly .. Moga terus menjadi anak yang soleh, taat kepada ibu bapa, taat pada agama. Moga dilimpahi dengan kebahagiaan berterusan. Moga dipanjangkan umur, sihat selalu. Moga berjaya di dunia dan akhirat ... aamiin.
 
 
 
Note : Maaf gambar kurang memuaskan. Snap guna hp je, malas nak keluarkan kamera segala, perut masing-masing dah berkeroncong minta diisi segera.
 

Wednesday, July 12, 2017

Photoshoot Raya 2017

Assalamualaikum

Hi korang!

Masih cerita pasal raya. Acara bergambar di hari raya memang satu kemestian kan. Kmia pun sama. Nak juga abadikan kenangan raya setiap tahun didalam foto yang cantik. 
Bila dah tua nanti *jika dipanjangkan umur 😊 foto-foto tu semualah ditatap kembali kan .. kan ..

Acara bergambar raya ada yang secara santai, ambil guna camera hp je. Kalau ada yang budget lebih tu pula, upah photographer atau ambik gambar kat studio. 
Kmia? Hehe semenjak hubby dah berkecimpung *cewah .. dalam dunia kamera ni, Kmia tak payah nak pikir-pikir cari sapa nak jadi tukang gambar kami. Encik suami dah jadi photographer *bidang terjun. 
Hasil katikan hubby ?? Setakat ni Kmia memang sangat berpuas hati. Kmia sebenarnya tak pernah puji dia depan-depan takut nanti jadi riaklah pula hehe. Ni kalau dia baca ni confirm, terkembang kempislah hidung sebab si isteri puji. 😜

Lokasi yang selalu dijadikan tempat berphotoshoot ? Ruang tamu rumah, ada yang duduk di sofa dan ada yang berdiri .. itu dulu. Sekarang ubah sikit lah lokasi tu. Lokasi berlatar belakang suasana kampung. Baru ada feel beraya di desa 😄
Korang pula macam mana? Celah ceruk mana yang korang jadikan lokasi untuk berfoto raya?

Korang ni Kmia nak bagi tips jika nak berphotoshoot di luar rumah. Yang pertama memanglah kena ambik kira keadaan cuaca, nda kan lah tengah hujan ribut ko nak berphotoshoot di luar rumah kihkihkih.
Bila cuaca dah cantik .. korang kena pilih masa yang sesuai. Nak gambar korang cantik, kaler natural dan tak payah nak edit bagai? Waktu awal pagi, matahari tengah nak naik tu sangatlah sesuai. Kalau korang nampak cahaya matahari terselit2 di sebalik dedaun pokok tu *cewah! Time tu lah sangat cantik kalau korang nak berpose ala model .. kihkih

Kitaorang berphotoshoot raya pertama, jam lebih kurang dekat 10 pagi (ni kira lambat dah sebab matahari dah start memancar2).






Yang ni belum edit .. tapi Kmia dah puas hati. Boleh lah untuk kenangan raya 2017.
Foto diambil menggunakan kamera model Nikon DX D7000 dan lensa Nikkor Prime 35mm 😊

Ok tu je lah cerita pasal photoshoot raya. 




Wednesday, July 5, 2017

Beraya di Kinabalu View Chalet, Kundasang

Assalamualaikum

Hi korang!

Raya pertama dan kedua hari tu, Kmia memang setkan untuk beraya kat rumah sanak saudara. Raya ke-3 stay di rumah kat kampung menunggu tetamu dan rehat-rehat sebab esoknya raya ke-4, kitaorang nak beraya di Kundasang pulak 😊

Sebenarnya Kmia tak plan pun nak ke Kundasang tapi adik-adik ipar ajak kami sama-sama ke sana. Kita orang akan stay 1 chalet dan kiranya ni family gatheringlah kononnya. Adik ipar dah tolong bayarkan sewa chalet dan kami cuma bantu beli barang-barang makan. 

Selalu kalau kitaorang ke Kundasang, kitaorang akan ikut jalan Tamparuli tu tapi memandangkan kami ngam2 berada di kampung iaitu Kota Marudu, kami semua setuju ke Kundasang melalui Jalan Taman Kinabalu Sorinsim. Kononnya nak cuba ikut jalan baru. 
Belum pernah lalu jalan ni so kiranya hari tu kira adventure sikitlah .. berpandukan kepada papan tanda jalan dan tanya kakak Kmia yang berapa kali dah ke Kundasang ikut jalan baru ni, jam 10 pagi raya ke-4 tu kami 3 family *dua family lagi adik-adik hubby pun bergerak dari Kota Marudu ke Kundasang. Masing-masing pandu kereta sendiri so ada 3 keretalah semuanya. 

Alhamdulillah perjalanan melalui Jalan Sorinsim ni berjalan dengan lancar. Jalan baru so tak banyak kereta yang lalu. Sepanjang jalan korang boleh menikmati pemandangan yang sangat indah .. hutan yang menghijau di sepanjang banjaran gunung ganang. Actually Taman Kinabalu Sorinsim ni bersambung dengan Banjaran Crokers yang pemes tu. 
Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam 30 minit kerana permukaan muka bumi yang agak berbukit bukau. Meraung wei kereta nak naik bukit tinggi tu 😅. 
Ni Kmia nak bagi tips sikit sebelum lalu jalan ni. Periksa keadaan kereta, pastikan semua berkeadaan ok sebab takut nanti ada masalah semasa menaiki bukit yang tinggi tu. Ikut jalan ni ada lebih 3 buah bukit tinggi yang kena lalu tau. Pastu memandangkan laluan ni seakan-akan lost world, line tepon dan sewaktu dengannya memang lansung tak ada. Diulangi line tepon dan tenet memang tak ada! So incase ada kecemasan mungkin kena jalan kaki lah minta pertolongan ke kampung yang berdekatan. 😥

Ok lupakan kisah jalan tu .. kami sampai ke chalet lebih kurang jam 12 tengahari. Selepas masing-masing dah dapat bilik dan kemas barang, si isteri-isteri pun mulalah memasak apa yang patut, si suami-suami pula dah mula berkeliaran di sekeliling chalet mencari sudut menarik untuk digambar dan anak-anak pula bukan main seronok bermain. Korang bayangkan sepupu sepapat seramai 11 orang tu berjumpa dan semuanya hampir sebaya umurnya 😅 macam nak runtuh chalet tu dibuatnya. Gedebuk gedebak bunyi mereka berlarian.

Kami dah plan nak buat steamboat dan bbq untuk makan malam so petang tu kitorang makan yang ringan-ringan dulu. Masak bubur ayam, bancuh milo panas, cicah pula dengan biskut merry.
Walaupun makanan dia simple ja, tapi semua berselera sampai habis 1 periuk bubur hehe. Untuk makluman korang, chalet yang kitaorang stay sangat hampir dengan kaki Gunung Kinabalu. Suhu petang tu pun dah drop di bawah 21°C . Sejuk ya amat.


Ni namanya proses pengagihan makanan. Anak-anak kena beratur kalau nak makan bubur. Barulah tak berserabut kan. 



Bukan main happy dorang bila dapat berkumpul sambil makan bersama-sama. Makan di beranda sambil menikmati suasana sejuk Kundasang.


3 dara pingitan .. ni semua kakak-kakak sepupu Damia. Yang tinggi lampai tu sebenarnya baru darjah 3, seumur dengan Shamzi dan budak perempuan sebelah kanan tu tapi nampak anak dara sangat kan 😊


Ko tengok Shumi .. bestlah tu dapat merasa kabus-kabus Kundasang. 

Petangnya tu kami semua sempat round-round Pekan Ranau sambil-sambil cari birthday cake untuk budak yang bakal sambut birthday 30 Jun tu. Tak plan celebrate di situ tapi dah alang-alang berkumpul bersama sepupu2nya so buat lah juga. Tapi cerita tentang surprise birthday party tu nantilah di next entri ye. 

Memandangkan kitaorang nak buat bbq malamnya tu, hubby memborong kepak ayam yang sudah di marinate daripada penjual kepak ayam panggang yang ada di Pekan Kundasang tu. Korang kalau nak buat bbq tak payah susah-susah prepare ayam, beli je dari dorang .. senang kerja dan sedap.

Kami balik ke chalet lebih kurang jam 8 malam. Kelam kabut ni bakar arang. Sudahlah cuaca sejuk, api susah sangat nak hidup. 

Tengah gigih memanggang kepak ayam


Punyalah lama menunggu api nak hidup .. ni je lah dapat dipanggang malam tu, selebihnya kami goreng sebab dah lewat sangat. Takut anak-anak tertidur menunggu pula. 


Ni bahan-bahan steamboat kami malam tu. Nikmat hirup sup panas di kala suhu mencecah 17°C sangat susah digambarkan. Nikmat ya amat.


Kerja Kmia ni uruskan pembahagian makanan kat anak-anak. Nasib baik semua ikut cakap dan tak berebut. 




Ambil gambar berdua .. auumm. Muka semua dah comot sebab kelam kabut siapkan makanan. 


Sementara mak bapa makan berduaan di luar, anak-anak berkumpul ramai-ramai makan di dalam. Kurang seorang sebab masih baby .. hehe

Lebih kurang jam 12 tengah malam semua masuk tidur, dah macam ular sawa kekenyangan. Semua puas hati sebab makanan sedap gila terutamanya steamboat dan kepak ayam tu. 

Esoknya sebelum check out, kitaorang masak lagi untuk breakfast. 

Menu breakfast, nasi goreng, meehoon goreng, sandwich kaya *kalau kat Sabah kitaorang panggil roti paun dan milo panas. Sempat juga goreng keropok ubi untuk kudap-kudapan.


Makanan breakfast yang tak habis kami licinkan di Taman Sorinsim sebelum masing-masing balik ke rumah. 

Percutian singkat yang sangat best. Walaupun ada plan yang tak berapa menjadi cam bbq ayam tu, kemudian nak mandi sungai pun cancel sebab air tengah pasang .. secara keseluruhannya semua puas hati. 

Ok bai. Tunggu cerita raya di next entri. 








Tuesday, July 4, 2017

Selfie Di Hari Raya

Assalamualaikum

Hi Korang!

Nda sedar kan sudah 10 Syawal hari ni. Cepat betul masa berlalu, macam baru semalam merebus ketupat kemudian melahap rendang *lahap ko .. tersangatlah kenampakan gelojoh di situ.

Raya ni Kmia tak berapa banyak ambil gambar sedang beraya. Baju raya pun cuma sepasang ja tahun ni *sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Raya pertama dan kedua wajib berwajib kurung atau jubah. Raya seterusnya pula, sarung lah apa yang ada dalam almari tu. Paling simple pun blouse dan jeans ja. 
Korang cam mana pula? mesti ada yang beraya sakan kan, 7 hari beraya, 7 pasang baju juga kena disediakan. Tak salah ... asal diri ada kemampuan gitu. 


Image may contain: 1 person, smiling, eyeglasses, selfie and closeup
Selfie Raya Pertama .. instant shawl ni beli di Tamma, Wisma Muis, Kota Kinabalu. Ni pilihan hubby tau, katanya cantik *nda pernah-pernah bah dia tertarik dengan tudung. Sebelum ni kalau Kmia minta pandangan katanya semua pun lawa asal tutup aurat. Ni first time lah dia cakap tudung ni lawa. Harga?? ni rasanya antara tudung termahal Kmia pernah beli, lepas diskaun dalam RM50 lebih. Mahal kan ... standard tudung Kmia dalam RM30 ke bawah je. Korang abaikan je lah kanak-kanak riang kat belakang tu. Happy sebab dapat duit raya lebih dari baba sebab full puasa sebulan. 


Image may contain: 1 person, smiling, eyeglasses, selfie and closeup
Yang ni Selfie Raya Kedua. Ni instant shawl dari Koleksi Amaris. Shawl free dari Liza Puteri Bunian semasa exchange gift di Majlis iftar-sabahan-blogger-di-bies-kitchen hari tu. Rezeki Kmia lah dapat tudung cantik, simple dan sangat selesa ni. Termatch lah pulak dengan jubah Kmia hari tu, kaler hijau gelap. hehe. Sebenarnya Kmia tak berapa pandai nak gayakan shawl ni tapi disebabkan ianya instant dan material kainnya yang selesa tu, senang je nak sarung. Korang kalau terberkenan dengan shawl ni, jenguk ja blog si Liza Puteri Bunian tu.  


Ok lah .. stop lagi. Kita sambung lagi cerita raya esok. In sha Allah. 



Monday, July 3, 2017

SELAMAT HARI RAYA DARI MIA KASSIM

Assalamualaikum

Hi korang!

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin dari Kmia ... 10 hari bercuti, 10 hari juga blog ni tutup kedai hehe. 
Bukan malas *walaupun sebenarnya ya. Tapi line di kampung amat slooooww sekali. Kadang-kadang terhilang dari radar terus. 

Kmia seperti tahun2 sebelumnya memang akan balik ke Kota Marudu, kampung Kmia sendiri. Tak balik kampung husband?? Balik .. tapi raya pertama. 
Napa tak bermalam raya di rumah PIL .. emm usah ditanya, hubby suka beraya di kampung sebab suasananya. Ada masalah dengan PIL ke? Nda da la pula. Kmia ikut cakap hubby. Dah dia suka balik Kota Marudu .. Kmia ikut ja lah *dalam hati lompat bintang sebab suka. 

Malam raya hanya Kmia dan adik bongsu balik. Kakak dan adik Kmia yang kerja nurse tu bermalam raya di rumah PIL. So kami berdualah harapan mak untuk tolong masak. Kami balik jumaat 23hb tu. Ikut kalendar hari raya jatuh pada 25hb iaitu ahad. Tapi kami dah start masak rendang, rebus ketupat, tumis sambal kacang bilis sabtu petang tu. Memang konpiden ni hari raya besoknya. Mak cakap kalau misalnya hari raya jatuh hari isnin, kita panaskan balik sajalah rendang dan ketupat tu 😅

Walaupun agak konpiden kami tetap tunggu pengumuman hari raya jam 8 tu. Dan agak lega bila sudah confirm hari raya adalah pada hari ahad iaitu esoknya. Senyum2 semua sebab tinggal tunggu ketupat saja nak masak, yang lain sudah beres petang tadi.

Esoknya anak-anak Kmia bukan main eksaited bangun awal pagi. Nak pakai baju raya katanya. Tema tahun ni adalah biru gitu. Pada asalnya nak royal blue tapi baju melayu budak tak ada kaler tu pulak. Last2 pilih biru muda ni je. Jadi jugalah kan tema biru 😊


Foto Raya 2017. Gigih bergambar di awal pagi sebelum bergerak ke rumah PIL.


Gambar 3 beradik. Tapi yang ni sudah di touch up sedikit sebab tu kaler baju agak terserlah birunya. 


Oklah .. nanti kita sambung cerita lagi ye. Banyak cerita nak story-story ni 😊