Monday, January 23, 2017

Tips turunkan berat badan yang berkesan

Assalamualaikum

Korang mesti ingat aku pernah kongsikan tentang hubby aku yang disuspect ada darah tinggi. Hubby tak mo makan ubat so cuba cara lain dengan kurangkan berat badan yang agak obes tu, lebih 85kg dengan ketinggian cuma 160cm. 

Maka bermulalah program diet hubby dalam bulan Mei tahun lalu. Kisahnya korang boleh baca kat |DIET ATKINS|
Permulaan memang 'seksa' lah sebab hubby dah biasa dengan rutin hariannya, makan dan makan. hehe
Tapi hubby tak putus asa hingga ianya menunjukkan perubahan yang mendadak .. tak caya cuba korang baca ni |BAJU DAH BESAR|

Dan last sekali hasilnya .. masuk tahun baru 2017, hubby dah berjaya turunkan dekat 20kg. Perut comel dah tak ada .. hehe Saiz seluar dulunya 48, sekarang dah boleh muat 32-34. Saiz baju dulunya XL ke XXL, sekarang pakai baju S atau M ... cewah!
Berat sekarang 65kg, dah ngam-ngam BMInya so hubby dah stop turunkan berat badan, tinggal nak maintain je berat tu. 


Nampak sangat perbezaan hubby kan


Nak tahu macam mana hubby dapat berat ideal dalam masa 6 bulan sahaja ? ni aku kongsikan TIPS TURUNKAN BERAT BADAN

Kurangkan pengambilan karbohidrat
Buat permulaan hubby kurangkan pengambilan karbohidrat. Hubby langsung tak ambil karbo seperti nasi, mee atau roti. Makanan harian hubby cuma buah-buahan, kekacang seperti badam (yang dipanggang), ayam, ikan dan juga sayur-sayuran.
Bagi yang biasa makan seperti hubby, waktu ni memang sangat 'terseksa' sebab cepat rasa lapar. Tapi doktor dah pesan, kalau lapar boleh ambil snek seperti kekacang tadi.
Dan dalam masa 2 bulan pertama ni, hubby banyak lakukan puasa sunat. Sedikit sebanyak dapat hilangkan rasa lapar tu sebab sedang berpuasa kan.

Jogging
Ni dah jadi rutin harian hubby. Sementara menunggu anak-anak keluar dari sekolah, hubby akan jogging dalam 2 3 pusingan taman mini berhampiran sekolah anak-anak. Mula-mula jogging dengan perut bulat tu hehe, memanglah payah. Terkapus-kapus bilang orang Sabah. Semput! Tapi lama-lama dah biasa. Bila dah jogging badan pun terasa sedap dan ringan.

Minum Air Putih secukupnya
Banyakkan pengambilan air putih/air masak. Kuantiti air yang diperlukan oleh seseorang dalam sehari adalah bergantung kepada berat badan, aktiviti seharian dan juga makanan atau minuman yang diambil. Hubby pada masa itu dengan berat badan dalam 80kg dan banyak mengeluarkan peluh ketika bersenam memerlukan sekurang-kurangnya 3 atau 4 L sehari. Dan hubby memang pastikan akan mengambil air yang secukupnya setiap hari. 

Senaman TABATA
Senaman jenis ini sangat-sangat berkesan untuk kurangkan berat badan dengan pantas. Setiap hari hubby akan ambil masa dalam 15 minit untuk lakukan senaman jenis ini. Serius senaman jenis ini biarpun hanya dilakukan dalam 10 hingga 15 minit tapi peluh peeeuuw cam ko sedang berlari 10km ... Nak tahu macam mana senaman ni, korang boleh google ja dalam YouTube tu ... berlambak cara senaman Tabata dalam tu. Tinggal korang pilih ja mana yang sanggup korang buat.


Ni 4 Tips utama yang hubby lakukan untuk dapatkan berat badan cam sekarang ni. Cara pengambilan makanan merupakan poin utama yang korang kena titik beratkan untuk sentiasa slim dan sihat. Jangan pula korang berabis bersenam petang tu, malamnya berabislah pula makan. Kalori kena seimbang gitu.
Satu lagi kalau betul-betul nak turunkan berat badan yang comel tu, disiplin dan semangat kena kuat tau. Kalau setakat hangat-hangat taik ayam, tak akan menjadi ko.

Ok lah tu je lah dapat dikongsi tipsnya. Semoga bermanfaat untuk semua.



Saturday, January 21, 2017

THE BORNEO SCRUB | scrub kopi semulajadi

Assalamualaikum

Pagi-pagi bangun tidur, hirup kopi .. pergghh 😋 nyaman. 
Tapi taukah korang, kopi ni selain sedap diminum ianya juga boleh dijadikan sebagai salah satu bahan untuk jadikan kulit kita cantik dan sihat.

Rasanya korang yang amat menitik berat hal-hal kecantikan dah sedia maklum tentang khasiat kopi ni kan 😊

Dan hari ni aku kenalkan korang dengan satu produk tempatan ni ... all the way from Borneo orang bilang. 

THE BORNEO SCRUB!

Scrub muka yang dihasilkan dari serbuk kopi tempatan Sabah, tanpa ada sebarang bahan kimia tambahan. Orang bilang bahan-bahan dalam scrub ni semuanya bahan semulajadi. No chemical added.

Kebaikan kopi untuk kulit muka 

  • Mencegah dan mengurang kerut di muka
  • Menghaluskan kulit
  • Mencegah jerawat
  • Melembabkan kulit
  • Membantu menghilangkan sel kulit mati
  • Menghilangkan bau badan
  • Memberikan nutrisi pada kulit
  • Membantu menghilangkan selulit 😁

Cara penggunaan 

2 hingga 3 kali seminggu. Campurkan serbuk The Borneo Scrub ni dengan sedikit air dan sapukan di seluruh muka. Biarkan meresap sekejap pastu korang scrublah muka korang. 
Boleh juga buat scrub di badan. 

Tada ! Pertama kali aku post gambar tak ada sebarang make up ... fresh2 selepas scrub. 😁



The Borneo Scrub


Korang kalau nak order ... boleh je contact Puan Nancy di 019 589 4930 😊



Tuesday, January 17, 2017

Reunion Kecil-Kecilan di tahun 2016

Assalamualaikum

Halo .. ni kali ke ? 😕 buat reunion dengan kawan-kawan secourse mate masa zaman belajar dulu ... emm kali ke berapa lupa sudah 😅 sejak di penghujung 30-an ni, penyakit lupa dah menjadi-jadi.

Nak plan jumpa ni punyalah payah .. asyik tergendala ja. Paham-paham je lah masing-masing ada komitmen. Dengan kerja lagi, anak-anak lagi. Bila dah jadi mak-mak ni, aktiviti sosial tu sangat terbatas sikit.
Bukan sebab hubby tak bagi tapi bila keluar sorang2 jumpa kawan2 pastu makan-makan, tetiba ingat kat anak kat rumah .. aku makan-makan kat sini, kesian pula anak-anak kat rumah .. 😢
Korang pun pernah juga camni kan padahal anak-anak ok ok je pun dengan baba dorang. 

Plan punya plan, maka 2hb Jan tu kitaorang pun berjumpalah di restoran Kfc ja. Actually nak cari tempat santai sikit tapi memandangkan permintaan kawan aku yang sorang tu, request tempat makan yang ada playland sebab dia angkut kesemua anaknya maka Kfc ni kami rasakan sesuai. 😆

Kitaorang jumpa-jumpa, cerita-cerita sambil meratah ayam kentaki. Dan tiap kali buat reunion kecil-kecilan camni kitaorang tak lupa tukar-tukar hadiah 😁

Gambar-gambar sekitar reunion kecil-kecilan ni semua kredit kat kawan aku si Nancy. Aku langsung tak ambil gambar sebab camera hp rosak .. benci .. nak minta tukar baru lah tu 😅







Harap-harap tahun ni kitaorang dapat berkumpul camni lagi .. dan semua coursemate dapat join. 😊




Monday, January 16, 2017

Jom Makan Lokan Panggang

Assalamualaikum

Rasanya semua dah tahu tentang keenakkan lokan panggang di gerai Jalan Sulaman-Tuaran, Kota Kinabalu ni.  
Rata-rata yang berkunjung ke Kota Kinabalu, tidak akan melepaskan peluang untuk merasa sendiri LOKAN PANGGANG + KELAPA BAKAR serta puding kelapa yang sejuk dan segar tu.

Aku ni nama ja duduk kat KK tapi percaya atau tidak ni pertama kali aku merasa sendiri keenakkan lokan panggang yang disebut-sebut orang tu. Nak kata jauh, jalan ni yang selalu kami lalu kalau nak balik kampung. Memang singgah juga sebab nak beli puding kelapa tapi lokannya tak pernah pula terpikir nak cuba makan. 
Hubby dah dua kali makan lokan ni tapi tu masa lepak dengan kawan-kawannya. Sedap katanya. Pastu terbaca pula blog kawan-kawan yang dah merasa sendiri lokan panggang ni, katanya makan sekali pasti nak lagi.

So cam rugi pula kalau aku tak cuba try test sendiri benda ni kan ...


 Jom makan Lokan Panggang katanya ... ni tagline salah satu gerai yang menjual lokan panggang dan kelapa bakar di Jalan Sulaman-Tuaran. Banyak gerai sebenarnya kat tempat ni, tinggal korang nak pilih ja mengikut citarasa selera masing-masing. 


Ni set lokan yang kami order. Yang ni lokan saiz sederhana, harga dalam RM15.00 sedulang. Kalau nak kuantiti banyak sikit tapi saiz kecik2lah, harga dalam RM13.00 sedulang.


Damia bukan main lagi tak sabar nak mengetest. Maklumlah pertama kali nampak benda ni. Budak yang semakin sihat dan sado kat belakang tu sedang tekun makan lokan panggang.


Macam nak buat eksperimen pula si Damia ni. Asyik betul dia meneliti rupa bentuk lokan panggang tu ...


Aku makan memang serius sebab nda mo diganggu. Maklumlah nak menghayati kesedapan makanan tu. 


Lokan panggang ni kalau dimakan terus memang sedap sebab semasa dipanggang tu, dorang dah bubuh ramuan kat atas lokan tu. Tapi kan kalau dicicah-cicah dengan sambal yang telah disediakan di atas setiap meja di gerai tu, ya ampun ...... sedap bangeeeetttt!


Sambil makan lokan panggang, sambil minum air kelapa muda. Segar terus anak tekak. Actually menu utama di gerai ni selain dari lokan panggang adalah kelapa bakar. Tapi malam tu tak dapat nak merasa sebab dah sold out .. so minum je lah air kelapa tu. Ko tengo bukan main lagi Damia gigih mengorek isi kelapa tu. 


Nasib baik ada abang Shumi yang sado tolong adik korek isi kelapa tu ...


Sementara 3 orang kat belakang tu 'mengerjakan' lokan panggang ... Shamzi jadi model lokan sekejap. Rugi Shamzi bah nda pandai makan lokan ni hehe. Hubby jangan ditanya, cuma makan seekor dua ja, pastu stop. Orang nak maintainkan badan lah katakan. 


Bagi yang nak tahu macam mana nak bakar lokan panggang ni .... ni hah, hubby sempat menyiasat kat dapur belakang gerai dorang. Lokan-lokan ni semua dipanggang atas zink dan masa panggang tu dorang curah-curahkan lah perisa special dorang yang menambahkkan keenakkan lokan panggang tu. 

So yang berkunjung ke Sabah tu, khasnya kat area KK ni ... korang jangan lupa ke gerai lokan panggang ni ... korang cuba try test sendiri keenakkannya ye. 



Monday, January 9, 2017

Arnab Village di Kundasang, Ranau

Assalamualaikum

Korang memang tau kan yang aku sefamili memang suka sangat pegi ke Kundasang. Tiap tahun memang tak pernah miss ke sana. 

Sebab apa ?? satu sah-sahlah senang ke sana, kan tempat sendiri. Dari KK ke Kundasang cuma ambil masa sejam 45 minit ja. Dekat ja, hujung-hujung minggu pun kalau tetiba nak pegi ke sana, boleh ja gerak terus ke sana. 

Kedua, tempat ni memang best. Sejuk-sejuk, nyaman. Kalau nak fefeeling di obersi bole ja pegi ke sini. Jangan tak tahu kat sini ada 'New Zealand' tau. Angin sejuk pergunungan sangat-sangat nyaman tau. 

Ketiga, banyak tempat korang boleh lawat kalau ke Kundasang, selain 'New Zealand' kat Desa Cattle Farm tu, korang boleh ke Taman Kinabalu, lawat hutan di kaki Gunung Kinabalu tu, kalau berstamina tinggi terus boleh daki, tapi yang ni kena register awal-awal lah. 
Makan sayap ayam panggang sambil menikmati pemandangan Pekan Kundasang, mengingati sejarah masa lampau di War Memorial Park, berspa kaki di Tagal Sg Luanti, mandi-manda di air panas Poring atau hirup teh segar dari ladang di Sabah Tea Garden. 

Dan tempat yang aku nak kenalkan kat korang ni, mungkin akan menjadi salah satu tarikan baru di Kundasang | ARNAB VILLAGE | ...
Actually aku tahu tempat ni pun melalui FB, ada rakan-rakan yang telah pegi tempat ni. Katanya best, best untuk mereka yang gemar dengan binatang comel berbulu ni. Dan yang paling excited semestinya kanak-kanak kan. 

Tempat ni baru lagi sebenarnya. Masa aku dan family pegi ke sana, tempat ni masih under renovation. Ada kawasan kecil ja yang dibuka untuk pengunjung. 
Tiket masuk ke tempat ni cuma RM3.00 untuk orang dewasa dan RM2.00 untuk kanak-kanak.


Sumber : FB Arnab Village

Untuk kanak-kanak memang happylah. Gembira sebab nampak banyak arnab-arnab comel lagi gebu berkeliaran. Tapi keadaan tempat ni masa kami ke sini, agak kurang memuaskan. Mungkin kerana tempat ni masih baru agaknya, so keadaan persekitaran agak tidak terurus. Harap-harap ianya cepat diperbaiki so bolehlah kami ke sini balik. 

Ni aku kongsikan aksi Shumi, Shamzi dan Damia sedang 'bergaul' dengan arnab-arnab gebu tu. Gambar sekeliling tempat ni tak ada sebab banyak yang sedang di renovate.






Sunday, January 8, 2017

Permulaan tahun 2017!

Assalamualaikum

Selamat tahun baru 2017 ! Belum lambat lagi bah kan .. baru seminggu ja 😅

Ni kira entri permulaan untuk tahun baru ni. Ya masih lagi berblog. Belum terkubur lagi hobi ni walaupun beberapa bulan yang lalu blog sepi ja. Banyak cerita nak kongsi tapi bila nak update ja semua idea menghilang ntah kemana ... huhu 😕

Walaupun blog agak sendu, alhamdulillah masih ada yang sudi berkerjasama dengan blog ni. Adalah rezeki sikit untuk aku, tempias sikit kat hubby dan anak-anak. 😊

Sekarang tengah gigih susun dan atur semua gambar, katanya banyak cerita nak story-story kat korang.
Jangan lupa jenguk blog ni lagi ok! 😉

Belanja satu family photo untuk entri permulaan di tahun 2017 ni!