Thursday, March 30, 2017

Foto-Foto sekitar Nexus Karambunai Resort!

Assalamualaikum

Ni foto basi dari bulan 12 tahun lepas untuk tatapan korang. 
Entri penuh tentang resort ni, nantilah akan diupkan nanti *bila ada mood kerajinan πŸ˜…









Kata foto sekitar ... ni banyak gambar umi dan anak2 sedang pose ala-ala model tak jadi πŸ˜…

Korang tataplah ye, jangan termuntah pula. 


Sunday, March 19, 2017

LAZADA Birthday Blogger Contest!

Assalamualaikum

HaluuuuuπŸ“£πŸ“£ ... para blogger sekalian, korang mesti kenal dengan Lazada kan! Ni nak roger-roger kat korang, sempena dengan Ulang Tahun Lazada yang ke 5 tahun, Lazada nak bagi hadiah lumayan kat blogger-blogger yang bertuah melalui 'Lazada Birthday Anniversary Sale Giveaway'!πŸ˜‰
Yang bestnya kan, semakin ramai yang join giveaway ni, semakin tinggi nilai hadiahnya.
Cepat korang! Masih ada masa lagi ni sebab giveaway akan tamat pada 23hb March 2017 (11.59pm).

Macam mana nak join giveaway ni, senang ke tidak?? Mudah sesangat .. 

1. Each contestant (blogger) has to write a post and answer these questions on his/her blog post: 

a. What do you love about Lazada Malaysia? 
b. Top three Product picks from Lazada Malaysia (your three favorite products) 
c. How do you think Lazada Malaysia can improve? 
d. What is your birthday wish to Lazada Malaysia? 

2. The Article must contain screenshots for the three products mentioned in point 2.b (the "Top Product Picks" post). 

3. Contestants are required to submit the link to their post via e-mail to contest@lazada.com.my with the subject titled: Lazada Birthday Blogger Contest

Mudah kan ?? 

Ok aku dah roger-roger korang, sekarang giliran aku pulak nak mencuba nasib ... πŸ˜‰

1. Apa yang saya sangat suka dengan Lazada Malaysia?
Apa yang aku suka sangat dengan Lazada ni??? Ianya seperti satu gedung membeli belah dalam talian, tempat aku window shopping dengan hanya duduk-duduk di rumah. Mana taknya semua barang ada kat Lazada ... baju, handbag, gadget, alat-alat eletronik, make up, barang-barang baby, even makanan pun ada! Bestnya!

2. Top 3 produk yang aku suka kat Lazada ni?

Pertama - barang make up


Korang tengok harga eyeshadow tu .. meleleh air liur ko. Harga asal RM50.30 tapi selepas didiskaunkan RM16.15 ja, ohemgee! Memang nak lah aku. Ni yang aku tak boleh nak masuk website Lazada ni, gatal ja tangan nak tekan 'buy' tu. 

Kedua - barang make up ... lagi!

Benda yang ada kaitan dengan make up. Pouch make up bag. Penting tau benda ni sebab senang aku nak bawa ke hulu ke hilir make up wajib aku tu, mascara, eyeliner, lipstick, foundation, bedak, lipstick lagi ... hehe pendek kata semua muat dan senang dibawa kemana2. Yang penting harga tu, murah ya amat. 

Ketiga - bukan make up tapi tetap golongan wanita suka

Walaupun aku bukan jenis yang rajin memasak hehe tapi kena juga memasak kan. Benda alah ni memang dah lama aku aim2. Korang tengok harga tu ... 😰 murah giler 

3. Bagaimana nak menambahbaik mutu perkhidmatan Lazada?
Selain daripada terus berkolabrasi dengan media influencer seperti blogger, mutu penghantaran harus lebih diutamakan lagi. Ini kerana bagi syarikat perniagaan online seperti Lazada, penghantaran yang cepat dan selamat merupakan salah satu tarikan utama untuk para pembeli.

4. Ucapan birthday untuk Lazada😁
Happy 5th birthday Lazada! Moga terus success selalu! Jangan lupa buat contest lagi dan sales lebih gempak lepas ni! πŸ˜„


Ok dah! Semoga berjaya untuk korang semua!


Monday, March 6, 2017

Hidangan western di talam!

Assalamualaikum

Biasa di kampung-kampung ja orang gunakan talam untuk menghidangkan makanan. Perkara biasa sewaktu kenduri kendara, sewaktu makan secara berjemaah gitu 😊

Tapi bila hidangan western dihidangkan di talam, agak unik kan.
Memang pelik tapi sebenarnya memudahkan customer untuk membuat pilihan.
Yalah bila sorang nak makan cikencop, nak makan burger .. pastu ada yang nak makan sepaigeti *bak kata Damia, nak makan perais .. πŸ˜₯ order ja set talam ni. Ambik ko semua ada. 

Ada cikencop, ada burger, ada sepaigeti, ada meat ball .. bak kata company penyiaran tu, macam-macam ada πŸ˜…

Tempat kami makan ni, aku tahu mengenainya kat dalam FB. Bila buka FB, promo tentang set talam ni balik-balik muncul. Tu yang rasa nak makan pula. 

Dekorasi kat restoran ni sempoi ja. Terdapat sudut menarik yang korang boleh pose dan bergambar. 



Damia kalau disuruh bergambar, bukan main lagi. Tak payah disuruh bergaya, ada saja pose 'minta pujinya' tu πŸ˜…


Set ni didatangkan dengan sejug minuman ice lemon tea. So jimat sikit, tak payah nak order minuman lain lagi. Hari tu kitaorang tak order set yang ada sepaigeti, kitaorang lapar nasi so ambillah hidangan western mix asia ni.


Bila anak-anak suka, umi dan baba pun gembira 😁


Belanja hangus kitaorang hari tu, RM65 net. Korang rasa-rasa mahal ke murah?



Saturday, March 4, 2017

Anakku sado dah 11 tahun

Assalamualaikum

Lama betul ko menyepi, tetiba hari anam *bilang orang sabah (hari sabtu) ko muncul balik 😁

Cerita pun semua sudah basi2. Tapi sebelum 'begiuk' *ada ulat muncul, kasi ceritalah juga.
Ni kisah hujung minggu lalu. Balik kampung semalam semata-mata nak sambut harijadi anakku yang sulung tu sama-sama dengan atuk dan opah. 
Kasi surprise sikit. 
Shumi tak tahu pun kami balik sebab nak sambut birthday dia. Aku dah suruh kakak tempah sebijik kek coklat dan mak pula goreng mee dan ayam. 
Kami lambat sikit gerak dari KK sebab baba ada mesyuarat PIBG kat sekolahnya. So dalam jam 4 petang kami baru sampai kat kampung. 

Shumi ni hati tisu sikit, bila aku buka kotak kek dan tunjukkan kat dia, mulalah muka tu emosi semacam. Hehe


Celebrate simple-simple ja. Janji anak-anak happy. Nak-nak bila dapat sambut birthday dengan atuk dan opah. Bedabel-dabel hepi dorang 😍




Selamat hari jadi Shumi. Moga jadi anak yang soleh, berjaya dunia dan akhirat ... aamiin

Badan Shumi bukan main semangat lagi. Sejak masuk darjah 5 bukan main 'sado' lagi. Kata atuk, lemak baba dah pindah kat Shumi πŸ™ŠπŸ™Š