Friday, February 7, 2014

Siapa di belakang ?


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Bila membaca entri seram di Blog JR semalam, terus teringat satu peristiwa seram sejuk yang jadi bulan 12 tahun lalu. Baru lagi kejadian tu sebenarnya..huhu
Tapi sebenarnya tak tahu masa tu cuma perasaan aku atau sebaliknya.....
Alkisahnya begini..

Tiap-tiap petang aku akan memandu seorang balik ke rumah daripada kerja kira2 jam 5.30 petang.
Weekday jalan raya memang agak sesak so nak balik rumah mengambil masa sejam, kiranya jam 6.30 petang baru sampai ke rumah. Kalau kat KK jam 6.00 gitu hari dah agak gelap.

Setiap hari aku akan ikut jalan yang sama.
Jalan raya biasa yang memang selalu digunakan oleh orang ramai. Dalam keta aku mesti dengar radio, Radio Klasik Nasional. Kalau tak mesti aku boring sebab keadaan yang jammed.

Tapi hari tu, aku lalu jak kat roundabout, tepinya ada hutan kecil berbukit. Sapa yang tinggal di KK, kat area KKYS dekat dengan jalan Dewan Undangan Negeri tu....tiba-tiba aku jadi macam seram sejuk semacam.
Jantung pulak berdegup kencang. Dup dap dup dap jak.....
Mungkin perasaan aku jak. Aku kuatkan sikit volume radio, kononnya nak menghilangkan rasa seram sejuk mainan perasaan aku tu...huhu

Tapi aku rasa semakin tak tentu. Macam takut pun ada. Ehhh kenapa lah pulak dengan aku ni. Selalu pun drive sorang2 ok je. Makin deras dup dap jantung, tetiba bulu tengkuk aku pula rasa cam meremang.....dan secara automatiknya aku terasa seperti ada sesuatu di tempat duduk belakang.
Memang masa tu drive sangat tidak keruan.
Betul2 masa tu aku terasa ada sesuatu di belakang aku. Tak berani pulak aku nak tengok cermin pandang belakang tu. Aku mula terbayangkan cerita seram, bila orang tengo belakang nampak rupa yang menyeramkan lagi hodoh...isshh tak nak aku
Tak pasal2 aku pengsan dalam keta, tak ke naya tu...huhu

Radio aku offkan...dah tak tenang mendengarnya..
Tiba2 aku terpandang ayat Kursi yang aku lekat kat dashboard keta. Apalagi, terkumat kamitlah mulut aku membacanya. Aku rasa adalah lebih kurang 10 ke 15 kali aku ulang ayat Kursi tu.
Dalam 10 minit gitu, aku rasa cam dah tenang sikit. Jantung pun tak dup dap dup dap lagi.
Perasaan seram tu pulak dah hilang sedikit. 15 minit kemudian aku sampai ke rumah.
Tapi aku tak ceritakan kejadian tu kat hubby. Lepas seminggu baru aku ada keberanian ceritakan peristiwa seram sejuk tu kat hubby....huhu

Tak tahu apa atau siapa di belakang aku hari tu.


Image : Google





Note : Baca di sini untuk pengalaman seram yang lain.




12 comments:

  1. Wah seram sejuk baca cerita akak ni. Jam 5,30 ptg pun dah terasa auranya yea. Jika waktu malam tak tahu lah macam mana..

    ReplyDelete
  2. Seram... Jangan Pandang Belakang bah... hehe

    ReplyDelete
  3. isyh cuaknyer... nasib teringat nak baca ayat kursikan..

    ReplyDelete
  4. Eeee... takutnya Mia. Kakak ni dah tua tapi penakut. Kena macam Mia agaknya boleh menangis sendiri dlm kereta..

    ReplyDelete
  5. SA ni lagi penakut...dah la tido sorang2 kat umah sewa...oh tidak...x nak bayangkan....nehi..nehi....

    ReplyDelete
  6. Seram aku membacanya. noks. Dah lah aku sorang2 kat office ni.

    ReplyDelete
  7. Adoiiii...cik pon seram juga baca.Dapat cik rasakan mcm mana perasaan kak mia tyme tu sebab cik pon pernah melaluinya..tapi syukur lah handphone memang ada download yaasin dan ayat kursi.Boleh lah pusing tyme dalam keta..

    ReplyDelete
  8. dah la masa baca ni sorang2 kat bilik… huwaa, mmg seram, nasib baik tak jadi apa2…

    ReplyDelete
  9. aku plak yg merasa seram bila baca citer nie..tambah2 bila tgk gambar..hohoho..sib baik ko tak pandang belakang kan..kena mesti ade cd quran tuk standby bw keta kat jln seram..:)

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!